Ahad, 29 Ogos 2010

Hasnah Murtad? Jadikan ikhtibar!



Mengapa mereka murtad? Ini persoalan yang menghantui kepala penulis sekian lama. Adakah mereka ini orang yang kurang pendidikan agama? Adakah kerana kesusahan dan kesempitan hidup keluarga menjadikan mereka ini murtad? 

Nama pelajar : HASNAH
Asal : Malaysia
Keluarga : 12 adik beradik, ayah seorang kaki botol
Melanjutkan pelajaran : Kansas State Universiti, USA
Mengapa keluar Islam? : Kesusahan dan keperitan hidup masa lampau yang dilalui.. adakah ini satu alasan yang rasional?

Mungkin sudah ramai yang pernah mendengar tentang kisah Hasnah (Melayu) yang murtad ini tapi saya still nak paparkan tentang kisah dia.. agar dapat kita jadikan teladan...speech dia I dah dengar( ucapan Hasnah di sebuah university di Amerika), rasa nak nangis. I tak dengar habis sebab tak sanggup dengar dia perlecehkan Islam..meremang bulu roma I..marah..hanya Allah Yang Maha Tahu. Saya terasa untuk berkongsi pandangan saya tentang perkara ini setelah berulang kali mendengar rakaman ucapan Hasnah. Mungkin boleh kita jadikan pedoman dan iktibar. Sebelum ni, saya pernah dengar atau baca tentang org Islam Malaysia murtad, saya rasa dah beberapa kali berlaku. Tapi tidak pernah saya mendengar pengakuan sebegini. Bukan setakat satu pengakuan bahawa dia sudah masuk Christian, malah memperleceh dan mempersoalkan kebenaran Allah dan Islam, dan sebaliknya mengagung2kan kristian.

Sebagai seorang Muslim, saya rasa amat marah, kecewa dan sedih, dan saya pasti anda juga akan rasa begitu. Terfikir saya bagaimana dia sanggup berbuat demikian. Hasnah memberi alasannya didalam rakaman ini. Bagaimana kesempitan hidup, kesusahan , kesedihan dan kesengsaraan membuat dia hilang kepercayaan terhadap tuhan dan agamanya. Salah siapa? Dirinya sendiri, keluarganya yg porak peranda atau masyarakat? Mungkin sudah tidak perlu lagi dijawab kerana mungkin sudah terlambat bagi Hasnah. Bagaimanapun, saya ambil kisah ini sebagi satu iktibar. 
Hasnah menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yg dia alami. Baginya, Allah tidak menyayanginya. Tidak menolongnya. Walau apapun,alasan yg diberikannya tidak boleh saya terima. Sebagai org Islam, saya percaya, apa yg berlaku dlm hidup ini adalah ketentuan tuhan, qada dan qadar. Jika hidup kita diberikan kesenangan, kita patutlah bersyukur. Dan sekiranya bala dan kesusahan kita alami, kita haruslah redha, bersabar, tabah berusaha mengatasi dan bertawakkal. Itu adalah dugaan Allah terhadap hambanya. Kadangkala, disebalik setiap kesusahan itu ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah sayang terhadap hambanya. Sayang sekali, bukan itu yg Hasnah nampak.
Membuat saya terfikir, mungkin ada orang disekeliling kita, mungkin orang yg kita kenali melalui apa yg Hasnah telah lalui. Dan saya rasa kita boleh melalukan sesuatu utk mengelakkan ini berlaku lagi. Janganlah dibiarkan mereka bersendirian sehingga mereka mula mempersoalkan takdir tuhan. Kenapa tuhan tidak berlaku adil? Kenapa Tuhan memberikan kesusahan dan kesengsaraan? Kenapa tuhan tidak menolongnya? Mungkin kita boleh menolong mereka sedaya yang mampu. Dan saya rasa yang penting ialah mengingatkan mereka supaya redha, tabah menghadapi dan bertawakkal. Jika tidak, pasti musuh Islam akan mengambil kesempatan untuk memesongkan fikiran dan jiwa mereka, sebagaimana yg telah berlaku terhadap Hasnah. 

Saya harap kisah ini dapat di kongsi bersama saudara Islam kita yg lain untuk dijadikan iktibar. Semoga kita berwaspada terhadap kesempatan yg diambil oleh musuh islam untuk memesongkan kita. Tulisan saya ini adalah pandangan saya, seorang yang masih banyak kelemahan. Sekiranya ada salah dan silap, sudilah kiranya ada yg menegur. Dan buat Hasnah, semoga Allah memberi petunjuk untuknya bertaubat dan kembali kepangkuan Islam. Insyallah. 


Wassalam,
Jazakallah Khairan.
Sumber:http://tunasislam.blogspot.com/
Pengakuan Murtad Hasnah Laknatullah!






Ditulis Oleh : Captain Hari: 11:52 PG Kategori:

Comments
26 Comments

26 ulasan anda:

  1. Assalamualaikum..

    masyaAllah... murtad? hurm..banyak dah kes murtad..tapi pihak berkuasa? kalaulah kita dizaman khalifah dulu..orang murtad pasti dibunuh..

    p/s: tak wajar alasannya...

    moga dijauhkan hal begini

    BalasPadam
  2. ramai betul yang semakin sesat sekarang ni...lepas tu nak salahkan Tuhan bila itu ini tak dapat....asas tak kuat sebab tu sng sgt terpengaruh...nauzubillah

    BalasPadam
  3. Salam Pembebel Jalanan.

    Sekarang bunuh org murtad masuk lokap...sokong hudud! Allah hu akbar!

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam
  4. salam suzzsuzie,

    Semua salahkan Allah...Salahkan diri sebab iman tak ada langsung...tak berbekas...Iman bukan boleh diwarisi.

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam
  5. Tak seronok dengar dia bercakap merendah2kan sambil disorak orang kafir tu... :-( sesat dan mungkin makin menyesatkan...

    BalasPadam
  6. salam H.Sakinah,

    Sakit telinga dan hati bila dengar hasnah laknatullah perleceh agama Islam...Cakap slange sombong bila lama duduk di US. Dah sesat lagi menyesatkan!
    Hanya Allah SWT membalas orang mcm ni atas dunia lagi..

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam
  7. tak lama dia dapat pingat dari amerika tu mcm seorang dokter perempuan dari indonesia yang menyokong gay/lesbian.

    BalasPadam
  8. she's stupid and idiot..
    she so weak and just can't hold the GOD test..
    Hope that we Malaysian citizen can't do something to help her to find her way back..

    BalasPadam
  9. she's stupid and idiot..
    she so weak and just can't hold the GOD test..
    Hope that we Malaysian citizen can't do something to help her to find her way back..

    BalasPadam
  10. she's stupid and idiot..
    she so weak and just can't hold the GOD test..
    Hope that we Malaysian citizen can't do something to help her to find her way back..

    BalasPadam
  11. she's stupid and idiot..
    she so weak and just can't hold the GOD test..
    Hope that we Malaysian citizen can't do something to help her to find her way back..

    BalasPadam
  12. salam Seri Bahasa,

    Pihak tsb sanggup pergunakan orang macam Hasnah Laknatullah untuk melemahkan Islam..

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam
  13. Salam lovely eifa,

    Memang itu ayat yg betul utk Hasnah..

    Hanya doa kita shj yg dapat selamat orang macam ni mendapat balik hidayah. Nak cari Hasnah dah kahwin dgn kristian dan tinggal kat US..Mungkin tak kenal lagi sebab sudah dye rambut....macam mexican rupa parasnya.

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam
  14. salam gomok9endek,

    Biarlah orang yg sesat ni Allah swt laknatkan shj..

    BalasPadam
  15. saya percaya sudah masanya kita belajar tentang Bible dan kelemahan nye, kita tak boleh biarkan paderi memperlekehkan AL-QURAN. mereke telah mengkaji beribu tahun yang lalu. Mengapa kita tidak mengkaji bible... kita patut bongkar kelemahan mereka. Banyak kelemahan mereka. Ayuh, kita dedahkan...

    BalasPadam
  16. apapun thanks admin, post benda ini.. Semoga kita sama dapat pengajaran dari ni

    BalasPadam
  17. ini pasal mak bapa dia tak kasi didikan agama dan contoh islam bapa dia judi dan mabok.Elok sebat bapa dia dulu.Minum memang kena hukum sebat dalam islam.

    BalasPadam
  18. die bagi alasan sebab hidup susah mase islam dulu..
    bodoh punye PhD...Kesian die xbace kisah hidup nabi dan sahabat...
    dapur rumah nabi xberasap 2 bulan relak je..sahabat n nabi ikat perut dengan batu sebab kelaparan....makan kurma ngan air zam2 je..moga2..die taubat suatu hari nanti..

    BalasPadam
  19. salam Tanpa Nama,

    Alasan susah sudah jadi seperti kes DUMC di Shah Alam, terima bantuan dari gereja dan sesetengah sudah murtad tapi ada yg masih kuat iman.

    wslm.

    BalasPadam
  20. memang sedih bila kita lihat sedara se Islam kita menjadi murtad.. tapi isu nya sekrg kenapa boleh jadi begini.. dgr betul2 speech dia..dia beberapa kali cuba menentang dan menolak kristian.. tapi org di sekelilingnya begitu sabar & lembut terhdpnya.. they never gave up on her.. no pressure no brain washing.. tiada kekerasan & memburukkan agama lain.. hanya soalan knp perlu kristian.. mereka membantu dia dlm kesusahan.. mereka cuma suruh membaca bible & memujuk utk memahami kristian.. they blend in very well.. tiada perbezaan dari segi sosial dgn hasnah.. akhirnya hasnah cair dan menerima kristian.. ingat hasnah sudah hilang keyakinan akan wujudnya Tuhan tapi meraka berjaya meyakinkan dia Tuhan itu ada.. tapi jesus christ.. sedarlah sedara se Islam.. bandingkan cara mereka dgn kita.. memang lain.. bkn salah Islam sedara2 kita murtad n susah utk org dari agama lain utk brhijrah ke Islam.. tapi mlgnya cara n attitude kita sendiri yg menjauhkan mereka.. dari agama kita ini yakni Islam.. renung2kanlah..

    BalasPadam
  21. Anonymous salam, mmg ada juga kebenaran kamu, Cara orgx Islam mendakwah kadang-kadang sangat terlampau dan tidak berhikmah sehingga menakut orangx bukan Islam.

    Cara kristian mmg halus dan teliti. Guna wang ringgit sehingga yg miskin dan kufur mudah terpengaruh kerana duit yg sedikit banyak dari pemberian Baitulmal.

    Jika sebulan, pihak gereja sanggup bagi paling sikit RM1000. Mgg banyak bagi orang yg susah.

    Baitulmal pulak agih RM300++. Mgg tak cukup nak hidup pd zaman sekarang.

    Tapi syurga akhir pd yg beriman.

    wslm.

    BalasPadam
  22. tega kau hasnah,sbntar lagi murka Allah akan menghampirimu

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam,

      Bala Allah itu akan menyusul nanti...

      Padam
  23. mudahan pintu taubat masih terbuka untuk dia.....kembalilah pada allah...

    BalasPadam
  24. mudahan pintu taubat masih terbuka untuk dia

    BalasPadam

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

ARKIB


get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA