Khamis, 5 Ogos 2010

Apa yang dicari oleh setiap wanita?



Untuk memahami tentang kemahuan insan yang bernama wanita, setiap lelaki perlu tahu keinginan mereka yang sebenarnya. Bukan senang untuk tahu apa yang dicari oleh mereka dalam hidup ini walaupun sudah berkahwin bertahun-tahun lamanya. Jika ditanya kepada mereka, apa yang dicari dalam kehidupan ini. Berbagai jawapan yang kadang-kadang boleh memening kepala otak lelaki memikirkan. Ada yang berkata, mahu hidup sederhana, ringkas dan bahagia bersama orang tercinta. Dalam kehidupan yang penuh materialistik, setiap wanita tidak akan bersuara tentang kemahuan sebenar jika kedudukan kewangan pasangannya hanya cukup-cukup makan sahaja. Disini penulis ingin senaraikan apakah perkara yang mereka cari sekira pasangan mereka mampu memenuhi keinginan mereka. Mungkin ada yang tidak setuju dengan penulis. Tetapi inilah realiti hidup!


Apa yang wanita mahu dalam hidup mereka.

Sebenarnya bukan banyak pun yang mereka "demand". Lihatlah senarainya. Kalau ada yang kurang tolong tambahkan!

Suami yang handsome atau sedap mata memandang.

Sebentuk cincin belah rotan.

Majlis perkahwinan yang sederhana


Berbulan madu dimana sahaja.


Bercuti bersama keluarga setiap cuti sekolah didalam negeri.


Percutian ke luar negeri setahun sekali


Anak-anak yang comel


Rumah yang sederhana supaya anak-anak dapat berlari dan bermain

Makan malam bersama suami semasa ulangtahun perkahwinan.


Black card AMEX. atas sikit drp Platinum Credit Card (No Limit)


 Hadiah berupa minyak wangi dan sebagainya.

Suami yang penyayang


suami yang rajin dan bekerja keras


Sebuah kereta sederhana kecil untuk shopping


Sebuah kereta untuk keluarga


Kasut untuk setiap acara


Beberapa koleksi beg tangan


Beberapa pakaian yang cantik


Sedikit alat make-up yang berjenama

Sedikit make-up jenama biasa


Sedikit barang kemas dan wang sebagai jaminan hidup

Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 3:05 PG Kategori:

Comments
13 Comments

13 ulasan anda:

  1. salam capt.
    selamat pg. mcmana nak ckp ya. setakat ini sy sukakan kesederhanaan dlm segala hal. contohnya sy cuma ada sebuah beg tgn n sepasang kasut yg biasanya sy akan bw ke mana2. hehe... dah lusuh baru tukar. alat solek mmg tiada.
    yg sy inginkan suami yg soleh, anak-anak yg soleh n solehah n tentunya berjaya dlm kehidupan dunia n akhirat.
    alhamdulillah, setakat ini sy tidak suka meminta2 pd suami, tp capt sy penah jauh hati n sedih bila suami lupa harijadi sy thn lepas. sy bkn minta dirai cukuplah tarikh itu diingati. hehe...

    BalasPadam
  2. bagi awe keperluan diri awe macam make up,beg dan kasut awe akan guna wit sendiri sebab kejr..kalu tak keje tak da lah nak demamnd..

    lelaki plak, sedap mata memandang, mampu bantu awe bimbing anak2, ada keje utk sara hidup..cuti tak da lah nak setiap kali cuti sekolah, balik kg kumpul ramai2 ngan sedara mara dah cukup bahagian..nak g cuti tempat lain tak da la nak selalu...
    bnyk lagi nak komen tapi cukup lah di sini..hehe

    BalasPadam
  3. Salam Capt,

    Bertuahnya seorang wanita yang dapat semua yang diinginkan seperti diatas.Tentunya wanita yang dapat menikmati semua ini akan bahagia hidupnya.Bertambah-tambah lagi jika suaminya orang yang beriman.

    Tetapi kita manusia biasa, ada ujian yang perlu kita hadapi, kadangkala segala-galanya barangan mewah boleh kita dapat, tapi perangai suami panas baran dan tak romantik. Tak bahagia jugakan.

    Kadang-kadang ada suami yang romantik, penyayang tetapi tak begitu mampu memberi segala-gala barangan 'Yang sedang-sedang aja' tetapi pasangan ini lebih bahagia.

    Hakikatnya kebahgiaan tu bukan terletak pada harta benda dan kemewahan tetapi bagaimana anda meletakkan dan melayan cinta anda itu ditempat yang sepatutnya.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    menangis saya baca artikel nie...
    sayu hati dengar bacaan Al-quran...

    betul lah apa yang ditulis..
    bila kenang balik..
    sy mmg nak hidup sederhana dan disayangi suami..
    tapi kdg2 mmg teringin dan tergoda juga dengan material tu sume...
    dan selalu fikir kalau ler suaminye byk duit..
    nauzubillah....

    BalasPadam
  5. Salam Capt.

    Shoutbox takleh pakai la, nape ye?

    Sat2 lagi ana dtg blk..tak sempat baca lg ni. Nak beres tugasan lain dulu. InsyaAllah.

    BalasPadam
  6. slm capt...
    kalau suami sy mampu apa salahnya hi3 =)

    ape yg penting sy inginkan suami mampu melindungi dan membimbing anak-anak =)

    amin...

    BalasPadam
  7. SALAM..CAPT..

    betul sekali entry nih..saya setuju..hehe..tapi keinginan2 tuh kene kawal bergantung kepada kemampuan suami...

    BalasPadam
  8. Salam Capt,

    Alhmdulillah...HIDUP IKUT KEPERLUAN, BUKAN IKUT KEMAMPUAN-ana cukup suka dgn ungkapan ini. Mksud 'hidup sdrhana' ni ana rasa brbeza2 pd pndgn stiap org. Jika ditanya, ana lbih suka sdrhana dlm semua hal. Bkn brmaksud tak tringin dgn benda2 yg mewah, tp pndgan ana baik org itu miskin, sdrhana @ kaya, dia perlu ada sikap brsdrhana,bljar tekan nafsu jika apa yg diingini itu bkn kprluan yg sepatutnya..

    Harta kita juga semuanya akan dihisab di akhirat nanti..utk tujuan apa digunakan harta2 itu. Rasulullah suka hidup sdrhana.. Shbat Rasulullah AbdurRahman Auf yg kaya raya, byk menginfaqkan hrta yg ada utk kpntingan akhirat & agama. Dialah juga shbt yg paling lambt disoal di akhirat, kerana hartanya yg banyak. Sahabiah2 @ istri2 nabi, bila nak brkahwin, mreka cuma mnggunakan sehelai baju pengantin shj yg digilir2kan dgn org lain. Bandingkan lah dgn diri kita skrg...Ada org rmh tak ada perabot padanya takde masalah,ada org rumahnya lapang macam padang bola dah rasa susah sampai brgaduh2 suami isteri.. Begitulah manusia, sentiasa rasa tak cukup dgn apa yang ada. Bila kita selesaikan setiap mslh dgn cara agama, insyaAllah amanlah hidup kita dunia akhirat.

    Wallahu alam.

    BalasPadam
  9. tak da suami tak pe yg nak..hehehe

    suka yg sejuk mata memndang..yg penting memahami,caring, hidup sderhana jnji bhgia ckup mkn pki..
    klu dpt lbih rezeki & bonus..mak bapak cntik, hnsem, ank comel..akekeke.

    BalasPadam
  10. salam capt
    Bahagia ke jika dpt smue yang diidamkan spt diatas tu, pd sy tak kan bahagia, sbb manusia tak kan pernah cukup, bila suami dh bole berikan segalanye, tak salahkan jika suami minta kawen lagi, hehehe. Setakat ni walau suami berkemampuan, tp sy tau takat mana sy bole minta dr dia, sbb sy suka pakai sesuatu tu sampai dah tak bole guna, br mnta ganti baru..

    BalasPadam
  11. Salam kepada semua: Anis/Awe/Aliaazuan/Sweetie/SayangHasni/Ija/Nur Fannun/Idda Hashim.

    Hidup kalau mewah tapi tak bahagia jika semua datang dari hati yang tak pernah bersyukur. Tapi hati yang bersyukur dengan harta yang sikit atau harta yang banyak akan meredha apa yang ada.

    Sekiranya suami berkemampuan apa salahnya...jika dapat semua yg dihajati...perpatah inggeris "ENJOY WHILE YOU CAN!".

    Tengok Prince Khalid Arab Saudi...Baru beli A380 buat Istana terbang yg terbaru ada jakuzi dan swimming pool..

    Jazakallah Khairan

    BalasPadam
  12. Salam kepada semua: Anis/Awe/Aliaazuan/Sweetie/SayangHasni/Ija/Nur Fannun/Idda Hashim.

    Hidup kalau mewah tapi tak bahagia jika semua datang dari hati yang tak pernah bersyukur. Tapi hati yang bersyukur dengan harta yang sikit atau harta yang banyak akan meredha apa yang ada.

    Sekiranya suami berkemampuan apa salahnya...jika dapat semua yg dihajati...perpatah inggeris "ENJOY WHILE YOU CAN!".

    Tengok Prince Khalid Arab Saudi...Baru beli A380 buat Istana terbang yg terbaru ada jakuzi dan swimming pool..

    Jazakallah Khairan

    BalasPadam
  13. Salam kepada semua: Anis/Awe/Aliaazuan/Sweetie/SayangHasni/Ija/Nur Fannun/Idda Hashim.

    Hidup kalau mewah tapi tak bahagia jika semua datang dari hati yang tak pernah bersyukur. Tapi hati yang bersyukur dengan harta yang sikit atau harta yang banyak akan meredha apa yang ada.

    Sekiranya suami berkemampuan apa salahnya...jika dapat semua yg dihajati..."ENJOY WHILE YOU (STILL) CAN!"Confucius 551BC.

    Tengok Prince Walled Arab Saudi...Baru beli A380 buat Istana terbang yg terbaru ada jakuzi dan swimming pool..http://my.mg60.mail.yahoo.com/ya/download?mid=1%5f9351%5fAJpzbHwAAQBNTFzJcAKM0lhAzMo&pid=2.2&fid=Inbox&inline=1

    Jazakallah Khairan

    BalasPadam

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA