Khamis, 15 Julai 2010

Wahai suami, sanggupkah anda berpoligami


Berkahwin lebih dari satu adalah setiap impian dan angan-angan bagi semua  lelaki. Kemampuan kewangan bukanlah satu daripada sebab-sebab untuk membolehkan seseorang lelaki itu berpoligami. Banyak lelaki yang berkemampuan tetapi setia pada satu isteri sahaja. Kadang-kadang ada yang  memberi pelbagai  alasan disebabkan kesihatan isteri, kurang layanan, tiada zuriat dan ada juga  memberi  alasan kononnya nak ikut sunnah Nabi SAW. Nabi SAW berkahwin lebih dari satu selepas wafatnya Siti Khatijah ra. Perkahwinan yang selepas itu adalah disebabkan oleh perkara-perkara yang tertentu untuk kebaikan bagi megembangkan syiar Islam.

Jika nak ikut sunnah Nabi, banyak lagi sunnah Nabi SAW. Tetapi tidak diikut pun oleh mereka. Dalam soal ibadat juga tidak diikut. Cuma bab kahwin sahaja yang diikut. Memang begitulah sifat-sifat orang yang nak kahwin lebih dari satu. Perkara yang paling penting adakah mereka ini sanggup berlaku adil diantara isteri pertama dan isteri kedua.

Firman Allah SWT:-

Berpoligami itu hukumnya sunnah bagi yang mampu, kerana firmanNya “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilama kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” [An-Nisa : 3]

Memanglah jodoh, ajal, pertemuan  dan rezeki adalah ketentuan dari Allah SWT. Jika ditakdirkan juga, itu semua kehendakNya. Tetapi Allah swt menyuruh hambaNya berusaha dahulu dan kemudian tawakal kepadaNya. Tetapi jika bukan jodoh  seseorang itu, perkahwinan tidak akan bertahan lama. Akhirnya kembali juga  ke pangkuan isteri pertama. Banyak kes bila suami ditimpa musibah atau sakit, isteri pertamalah tempat mengadu. Jarang ada isteri kedua atau ketiga yang ingin menjaga dan menguruskan berak dan kencing suaminya yang sakit. Jika ada boleh dikira dengan jari.  Jika dari segi kemampuan kewangan, banyak kawan-kawan penulis yang telah berkahwin lebih dari satu dan ada yang sampai tiga isteri. Mereka ini terdiri dari yang bekerja kampong, buruh kasar, kerani dan bisnes kecil sahaja. Apabila ditanya pendapat, mereka, kebanyakan menasihat pada penulis “Jangan cari pasal!”.seperti kata-kata yang selalu disebut oleh kumpulan Sepah dalam rancangan Rajalawak. Bila dah kahwin dapat anak, barulah tahu masalah beristeri dua.  

Bukan semua lelaki hendak berkahwin lebih dari satu. Ada dua orang kawan penulis yang terpaksa menguruskan rumahtangga kerana isterinya sakit lumpuh. Seorang lagi isterinya kena “stroke”. Banyak kawan-kawan menasihatkan mereka supaya berkahwin lain. Tetapi itulah lelaki yang setia. Kesetiaannya  kepada isteri mereka susah digugat. Ini suami yang soleh. 

Begitu juga penulis semasa di KL dahulu. Si suami yang sakit terlantar di hospital. Sungguh setia isterinya menjaga keperluan suaminya yang lumpuh dan tidak terdaya memberi nafkah zahir dan batin. Kepada isteri-isteri yang solehah ini, syurga tempat anda nanti. Semuga Allah SWT memberi kebahagian dan merahmati kamu. Jika lain-lain isteri yang kurang imannya pasti mencari penganti atau berlaku curang.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kesanggupan, maka menikahlah, karena menikah itu lebih menundukkan pandangan mata dan lebih memelihara kesucian farji ; dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa, karena puasa dapat menjadi benteng baginya” [Muttafaq ‘Alaih]

Perkara-perkara  yang tak sanggup dihadapi lagi untuk berkahwin lebih dari satu.

1.  1.Hilang kasih sayang anak-anak.
Kasih sayang anak-anak adalah yang paling utama dalam hidup. Hilang kasih sayang mereka, hidup pasti sunyi dan kosong. Sepatutnya bila dah anak-anak berkahwin, layan cucu-cucu yang ada, bukan anak kecil yang kadang-kadang orang ingat cucu kita.

2.  2.Pengorbanan Isteri.
Yang sanggup bersama di waktu susah dan waktu senang. Banyak pengorbanan yang belum tentu lagi sanggup  dihadapi oleh isteri kedua  seperti yang dibuat oleh isteri pertama. .

3.  3. Bangun Malam.
Tidak sanggup lagi bangun waktu malam untuk membuat susu dan menukar pampers seperti yang dibuat seperti dahulu. Biarlah bangun malam untuk melakukan solat kepada Allah SWT sahaja.

4.  4. Membahagi masa dan hari.
Bila beristeri dua atau tiga, kena adil dan bergilir-gilir tidur dirumah isteri pertama kedua dan ketiga. Tak sanggup berulang alik . Sepatutnya berulang alik ke Masjid untuk solat berjemaah dan mendengar ceramah ustaz..

5.  5. Ibadat dan amal Jariah.
Sepatutnya apabila anak-anak sudah membesar. Banyaklah membuat ibadat, menqada’ solat dan puasa ramadhan  yang tertinggal dahulu. Masa yang ada sepatut berguru dengan ustaz bukan bergurau senda lagi.

6.  6.Bersanding atas pelamin.
Bila dah kahwin dengan anak dara, pasti tidak dapat dielakkan kerana adik beradik sebelahnya akan minta suaminya bersanding atas pelamin sebagai kenangan. Itu pasal kena pakai cermin mata hitam. Kadang-kadang kesian pada anak-anak isteri pertama yang tengok.”Bapaku kahwin lagi”.

7.  7.Isteri muda selalu menjadi perhatian orang.
A Apabila berjalan berdua-duaan dengan isteri muda, selalu orang akan memerhati isteri muda kerana suaminya tua, Macam bapa dengan anak. Mulalah  suami cemburu tak tentu pasal.

8.  8. Melayan karenah adik beradik, mertua yang baru.
Kena jaga hati mereka kerana suami jadi perhatian dan orang baru bagi mereka. Kena berkunjung sampai habis semua kerabatnya yang ada jauh dan dekat.  

9.  9Menjaga kesihatan luar dan dalam.
Bila berkahwin dua, kena makan makanan yang berkhasiat, jamu dan segala makjun dan vitamin. Kena cari tukang urut batin bila isteri muda asyik nak yang itu sahaja. Badan yang kuat menjadi lemah. Mata asyik mengantuk sampai ceramah ustaz pun terlelap. Nak solat tasbih yang panjang pun tak termampu disebabkan terkandas diranjang bersama isteri muda. Sampai tak kering bulu , kata Kumpulan Sepah “ Sahaja aku mandi…”.

1  10.Mengawal kemarahan.
Semasa isteri pertama dahulu mungkin beliau tidak pernah kena jentik, kerana kita dapat mengawal kemarahan dan tahu sifat-sifatnya baiknya. Bila isteri muda mula buat perangai dan mengada-gada. Mula makan penampar sulong suami. Asyik meminta itu dan ini dan kuat memerap suami seperti budak kecil. Keluar bersembang lama sikit dengan kawan dipanggil balik kerana tidak boleh berenggang sikit macam belangkas. Suami naik rimas kena kontrol.

Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang penulis nak senaraikan disini. Jika pembaca ada pendapat atau nak ditambah lagi. Sila komen nanti.

Suami yang berkahwin lain mungkin disebabkan perkara-perkara  seperti berikut:-

1.  1. Isteri mementing diri sendiri dan adik beradiknya sahaja.
Jika adik beradik suaminya datang berkunjung. Buat perangai marah anak-anak bila buat kesilapan kecil. Yang paling ketara semasa menyediakan makanan yang ala kadar saja untuk adik beradik suaminya. Untuk adik beradik sebelahnya dihidang makanan mengalahkan Restoran Insaf.

2.  2. Isteri selalu mengungkit perkara-perkara yang lepas.
Perkara yang lepas dimaafkan tetapi apabila berlaku sikit salah faham. Diungkit sehingga suami sakit hati. Dalam bisikan hati suami ”Aku kahwin lain baru padan muka engkau”.

3.  3. Mengikis harta suami dan buat perangai bila suami jatuh susah.
Bila adik beradik mengadu sikit, habis semua harta nak dijualkan untuk membantu mereka. Sekadar membantu yang terdaya sahaja. Tengok beberapa selebriti dan pengacara TV yang tinggalkan suami mereka bila jatuh bangkrap. Sanggup berkahwin dengan orang tua yang seangkatan dengan datuknya bukan dengan bapaknya. Nak disebut nama...nanti penulis naik mahkamah pula.!

4.  4. Isteri suka memperleceh dan membebel suami dihadapan orang atau adik beradiknya.
Banyak berlaku sampai suami sakit hati. Ayatnya lebih kurang begini ''Suami aku bukan pangkat besar Limah, kuli cabuk je, bawa lori JKR, makan pun tak cukup!”. Ada suami menceraikan isteri yang  begini. Bila berkahwin kali kedua. Bisnes naik tangan dan maju hingga kaya raya. Melopong isteri pertama yang kahwin dengan orang lain tetapi masih susah. Pernah tengok berlaku di depan mata.

5.   5. Isteri sakit tidak dapat memenuh keperluan seks suami.
Ada yang berkahwin lain kerana keperluan seks yang amat sangat bagi mereka mengelak dosa zina. Isteri menyuruh suaminya berkahwin lain. Isteri begini yang bertimbang rasa dan tidak mahu suaminya masuk neraka. Susah mendapat suami yang setia. Hanya setakat ini dua orang sahabat penulis yang berkorban segala-segalanya untuk isteri kesayangan mereka.


Banyak sebab-sebab lain suami kahwin lain. Hanya ANDA sahaja yang perlu ''cerminkan diri'' anda dan perbaiki kelemahan yang ada dengan bertanya kepada suami apakah yang kurang dan apa yang baik untuk suami anda supaya kekal bersama anda hingga akhir hayat.

Setakat ini sahaja semuga kita sama-sama sabar menghadapi ujianNya dalam hidup ini. Ingat matlamat dan tujuan hidup yang singkat ini. Bukan mencari bala. Perbanyakkan amal ibadat. Untuk mencari keredhaanNya  dan rahmatNya supaya hidup kita tidak sia-sia.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cendurung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antaramu kasih dan sayang". Ar-Rum: 21

Jazakallah Khairan.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 4:16 PTG Kategori:

Comments
20 Comments

20 ulasan anda:

  1. Salam,
    Nak tambah sikit. Berlaku adil agak subjektif. Sbg contoh, memberi 1 kilo daging kepada isteri pertama dan 1 kilo daging kepada no 2 kelihatannya seperti adil. Tetapi bagaimana jika isteri kedua itu tidak boleh makan daging? Jadi, kaji dan fikir dahulu sebelum membuat sesuatu yang sisuami itu fikir mungkin adil.

    Abang Long
    http://abanglongonline.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Salam Abang Long,

    Terima kasih sudi komen kali pertama.
    Adil kepada kedua isteri memang subjektif kerana nilai dan harga sesuatu barang kepada mereka mesti sama nilainya. Bagaimana pula jika isteri pertama sudah 20 tahun kahwin sementara isteri kedua baru satu tahun kahwin.. Disini nilai sesuatu barang kepada keduax isteri seperti kereta baru....

    Yang ini kena adil..fikir-fikir siapa yg layak kereta yg mahal dan mewah.

    Jazakallah Khairan.

    BalasPadam
  3. Salam Capt..

    Lama dah sya tercari2 hujah bernas berkaitan poligami nih...
    Sya sikit pun x menentang poligami sbb sya tau hukum Allah itu adil dan bijaksana...Tapi sya kdg2 sedih gak tgk nasib isteri pertama atau kedua yg tdk diadili dgn baik...Kdg2 suami tu plak yg kesiannya nk melayan karenah isteri2 wlupun beliau dh berlaku adil...

    BalasPadam
  4. Salam Cik Shinju,

    Layanan yang adil hanya dirasai oleh isteri yang solehah. Bersyukur kerana mempunyai suami...yg dapat menghangatkan badan tak kala sejuk oleh kedinginan malam.

    Bagaimana jandax yg kematian suami yg dikasehi...hilang satu daripada nikmat berumah tangga...

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam
  5. Salam..

    Tajuk ni menarik & bagus. Ana ingat semua org kena baca. Mari kita lihat sifat mulia Rasulullah ketika menghadapi poligami & khauf bginda kpd Allah Taala. Saidatina Aisyah mengkhabarkn bhw Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah mmbahagikan sesuatu antara dia & isteri2 yang lain, lalu Rasulullah telah menyama-ratakan mereka dan bersabda:

    اللهم هذا قسمي فيما أملك فلا تلمني فيما تملك ولا أملك

    "Hai Tuhanku, inilah pmbahagianku pd brg2 yg aku miliki, maka jgn Engkau siksa akan daku pada brg yg Engkau miliki,padahalnya tiada boleh aku miliki akan dia".

    Dikeluarkn oleh Tirmizi & Hakim: Brgsiapa ada bginya dua isteri, maka tidak menyamakan antara kedua2nya, nscaya ia dtg pd hari kiamat dlm keadaan sblh bahunya roboh & gugur...

    Jd,fikir2kan kmampuan diri msing2...

    Wallahu alam.

    BalasPadam
  6. Salam Aliaazuan,

    Terima kasih kerana komen yg manfaatkan. Ana pasal adil kpd keduax isteri kadang-kadang tertanya-tanya juga dari segi pemberian rumah kpd isteri tua dan muda...

    Kata isteri tua dia dah kahwin dekat 20 tahun sepatutnya dia dpt rumah bangalow. Isteri muda yg baru 2 tahun pun demand sama juga..

    Yang disini keadilannya saya masih tercari-cari... nak kena cari Ustaz balik kalau disoal oleh pembaca..

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam
  7. salam capt.
    n3 yg menarik dan manfaat.

    sabda Rasulullah SAW:
    Ertinya:
    "Barangsiapa mempunyai dua isteri,lalu lebih condong kepada salah satunya,maka kelak pada hari kiamat ia akan datang dgn bahu yg miring."(HR.Abu Dawud dan Ahmad)
    Penjelasan hadith ini mengancam suami yg tidak adil dlm melayan isteri-isterinya.Islam membenarkan poligami sampai batas 4 orang isteri.Hadith ini juga sekaligus memberi penjelasan bahawa yg dimaksud adil kpd isteri2 itu adalah dalam hal belanja dan keperluan meterial,bukan dlm cinta.sbb cinta tidak dpt dibahagi seperti sesuatu brg.

    BalasPadam
  8. Salam Ummuamin,

    Beratnya sampai mereng bahu suami nanti diakhirat...di dunia dah berat tanggungjawab dah...Jadi mcm tu nak kahwin kena adil saksama baru aman rumah tangga.

    Jazakallah Khairan

    BalasPadam
  9. Salam Capt,

    N3 yang menarik. Bagi Sweetie, mana-mana suami yang mahu berkahwin dua tu, fikirlah sedalam-dalamnya niat mereka. Adakah terdapat alasan yang benar-benar kukuh untuk berpoligami. Fikirkanlah juga hati dan perasaan isteri pertama dan anak-anak. Pengorbanan mereka dan kasih sayang mereka. Janganlah korban segala-galanya hanya kerana mengikutkan hati muda, nafsu muda.

    Memang madu rasanya amat manis, tetapi rasanya bermadu itu lebih pahit dari hempedu.
    Sweetie tidak menentang poligami ini, tetapi pesanan para suami diluar sana yang berhasrat kahwin lagi satu fikir-fikirkanlah adakah hasrat anda tu tepat. Tepuk dada, tanya minda anda.

    BalasPadam
  10. Salam Capt
    MashaAllah berat lagi hati ana ketika membaca N3 ni, tapi dapt gak dijadikan modal cerita buat suami2 yang nak kawen lbh dari satu supaya tak jadi kawen..syukran capt

    BalasPadam
  11. Salam sweetie,

    Betul katax sweetie, kena fikir byk kali tentang perasaan isteri dan anakx. Isteri walaupun senyum diluar, sedihnya tidak nampak..makan hati. Tapi lama-lama baru dpt terima kenyataan bila dah bermadu..

    Jazakallah Khairan.

    BalasPadam
  12. Salam IddaHashim,

    N3 ini adalah dari apa yg terfikir logik dan sebab-sebab yang didalam fikiran capt shj. Sebenarnya apa yg capt rasa bila nak kahwin lain itu perkara yg menghalang capt.

    Sebab-sebab contoh ada disekeliling capt sebabnya keluarga sebelah isteri byk kahwin dan cerai 3 tau 4 kali dlm hidup mereka.

    Jazakallah Khairan.

    BalasPadam
  13. salam capt,

    adil bukan bmksud sma rata, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. lelaki klu cerita psl poligami sronok je..pmpuan tarik muka masam..

    tp masih xfhm2..stakat tahu je.. khwn lbh satu ikut sunnah rasulullah saw..tpi fahamnye idak. nabi poligami slps wafatnya siti khadijah..khwn lak dgn janda..adil..tp mrka khwn dgn prmpuan muda.1st wife still hidup lagi, msih blh tunaikan tnggungjwb sbg istri dh khwn lain.

    dlm cite ketika cinta bertasbih, heroin ni knakn syrt xnk dimadukan & bkn bereti tolak poligami tp dia nak jadi spt fatimah & siti khadijah yg xpernah dimadukan spjg hidupnya.siap tnjuk rujukan kitab (xingt nma) suami bleh khwn len jika dia tdk dpt tunaikan tnggjwb dia sbg istri.

    BalasPadam
  14. Salam Nur Fannun,

    Selalu macam tu lah. Nak kahwin cari pucuk muda yg ranggup seperti yg kita baca dlm akhbar. Pucuk muda sampai masa jadi tua juga.

    Nak cari janda takut anak-anak tiri pulak kalau yg janda dah umur 50an keatas. Budget boleh miss dibuat oleh anak-anak tiri. Yg berada dan kaya tak mengapalah. Tak kisah sebab maknya yg penting bagi mereka. Anakx tumpang senang juga begitu.

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam
  15. senang AJA guna FIFO. FIRST IN FIRST OUT .KALAU DAH GATAI SANGAT. TAKMUNGKIN BERLAKU ADIL TENGOKJARI HAMPA MANA SAMA INIKAN NAK SAMA DENGAN 4 BINI MENYUSAHKAN DIRI DIAKHIRAT AJA BUAT APA? ANAK RAMAI TAKDA MASALAH SEKOLAH ASRAMA TAKFIZ BANYAK BELANJA MURAH ANAK JADI HAFIZ/HAFIZAH DAPAT CAHAYA DIAKHIRAT UNTUNGNYA IBU BAPA MEREKA. AKU DALAM PROSES NI TUNGGULA.

    BalasPadam
  16. Capt....adakah Baginda Rasullullah x menjaga hati isteri pertama apabila Baginda berpoligami?Kebykkan post Capt bercanggah dengan maksud poligami itu sendiri...ayat Quran & Hadis tu da betul..tapi kupasan yang Capt bg perlu diperbaiki.Bukan semua isteri muda itu umurnya sangat muda dan ada juga yang lebih tua dari isteri pertama.Apabila kita gagal dalam episod pertama dalam hidup...Allah yang Maha Pengasih dan Adil itu memberi kita peluang menjalani episod baru dalam hidup kita.Dan beramai juga isteri pertama diceraikan kerana tidak pernah nak merubah diri, derhaka (antara 70 dosa besar) dan tidak menghormati suami.Wallahulam....

    BalasPadam
  17. Kalu isteri pertama tak tau pandu kereta buat apa nak beli kereta yang mahal dan mewah??Jangan dinilai keadilan dengan wang ringgit. Kalu difikir da 20 tahun kawin mmg la da byk isteri pertama tu berkorban kalu nak dibandingkan dengan isteri kedua yg baru sethn dikahwini.Mana la boleh nak dinilai perngorbanan kalu cam gini..kena la tunggu isteri kedua smpi capai 29 tahun perkahwinan kalu cam ni..haha..

    BalasPadam
  18. @Anonymous salam, Jika terdapat kupasan yg bercanggah...maafkan ya! Kadang-kadang suami kahwin lain disebabkan sikap isteri pertama yg suka memperlecehkan dan maki suami atau derhaka...elok diceraikan utk kebaikan. Tapi disebabkan anak-anak tak jadi diceraikan tapi disimpan dan nampak pulak berat sebelah..Itu mungkin jadi kesilapan suami. Buka episod baru utk masa depan yg baik kerana Allah swt. Isteri yg teruk..boleh melemahkankan dan mengurangkan iman dan ibadat suami kepadaNya..jazakallahn khairan.

    BalasPadam
  19. aku doakan agar penulis akan berkahwin dua atau tiga

    BalasPadam
  20. Tanpa NamaSalam, Alhamdulilah...Jodoh, Maut, Rezeki dan Takdir, Semuanya di Tangan Allah. Sesungguhnya segala sesuatu berasal dari Allah dan akan kembali padanya.

    Allah Swt menyeadarkan diriku betapa singkatnya hidup ini. Betapa pentingnya harus mengisi kehidupan yang singkat ini dengan berbagai macam kebaikan yang terbaik.

    Wslm.

    BalasPadam

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA