Selasa, 20 Julai 2010

Saham akhirat Vs Saham Neraka


Islam tidak melarang umatnya mencari kekayaan. Islam juga tidak menegah atau menghalang umatnya mencari kekayaan dan kebahagiaan hidup di dunia, sebaliknya apa yang ditekankan ialah memburu kebahagiaan hidup di dunia janganlah sampai lupa tanggungjawab mempersiapkan diri dengan amalan serta bekal kehidupan di akhirat. Sempurna di dunia insyAAllah sempurnalah di akhirat sana.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan carilah kurniaan Allah untuk kebahagiaan di akhirat di samping itu jangan pula engkau lupa kepada kebahagiaan di dunia. (Surah Al-Qasas, ayat 77)"
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Bekerjalah kamu untuk kepentingan di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup buat selama-lamanya, tetapi beramallah untuk kepentinganmu di akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari. (Hadis riwayat Al-Asyakin)
Berbalik kepada tajuk ini. Pada malam minggu yang lepas, penulis telah menonton sebuah drama TV3 yang berjudul "Saham Neraka". Apabila menonton drama ini, teringat penulis kepada beberapa orang kawan yang mungkin menjadi mimpi sedih sekiranya mereka menyaksikan drama tersebut. Sekurang-kurangnya sesetengah daripada kita pernah terlibat  dengan Saham Neraka seperti Skim Pak Man Telo, Skim 350, Platinum Lane, Mercantile Investment, dan yang akhir sekali pada tahun lepas iaitu Euro Index. Banyak lagi skim saham neraka yang sedang beroperasi di negara ini melalui MLM dan yang paling mudah iaitu email yang anda terima hari-hari dimana memerlukan pelaburan yang serendah RM10 tetapi pulangan berpuluh ribu. Tak payah nak sebut mungkin anda tahu.

Dari kisah drama "Saham Neraka" yang mengisahkan Keghairahan pasangan suami isteri Pak Halim dan isterinya untuk cepat kaya sehingga mencagarkan habis harta benda yang sedia ternyata membawa padah kepada keluarga mereka. Ditambah pula dengan sikap yang tamak haloba menyebabkan kekayaan yang diimpikan akhirnya menjadi bala dan penderitaan yang tidak berkesudahan. Isteri Pak Halim Jamilah dan anak lelaki mereka, Rozmi. Mereka semua terbabit dalam permainan saham. Pak Halim pada mulanya tidak minat pada saham. Katanya saham itu riba. Walaupun begitu, Senah kawan kepada Jamilah memujuk Pak Halim dan Jamilah masuk main saham di bawahnya. Nama saham itu adalah AB Taufan. 

Anak lelaki Pak Halim, Rozmi pula adalah seorang pelajar universiti. Dia turut terlibat bermain saham bersama rakan-rakannya. Rozmi mempunyai seorang kekasih bernama Juwieta. Senah dan suaminya, Hamdan cuba memujuk Pak Halim dan Jamilah untuk turut serta masuk berlabur dalam saham AB Taufan. Pelbagai cara yang dibuat untuk memujuk mereka. Senah dapat memujuk Jamilah tetapi Pak Halim tetap berdegil. Walaubagaimana pun Pak Halim terpengaruh juga akhirnya selepas melihat Senah dan Hamdan membeli kereta mewah dan perabot baru. Ini semua hasil duit main saham. Pak Halim yang pada mulanya berpuas hati dengan pulangan modal pertama, ingin mendapat keuntungan  berlipat ganda, lalu meminjam wang dan mencagar rumah kepada ceti Along. Dan akhirnya dari sikap yang tamak haloba, habis segala-galanya. 

Ikhtibar dari Tipu Daya Skin Cepat Kaya.

Dari kisah-kisah yang terjadi kepada pendeposit skim cepat kaya yang selalu heboh di akhbar, selepas syarikat menutup dan melarikan diri. Kita hendaklah mengambil ikhtibar dan muhasabah diri kita. Kita wajib tahu bahawa: 

1. Tiada jalan pintas untuk berjaya/kaya. "There is no shortcut to Richness". Kita kena berusaha sendiri dan berserah nasib padaNya. Jangan lihat kepada kekayaan orang lain. Lihat kepada orang yang lebih susah daripada kita. 

2. Sekiranya kita berjaya mendapat untung pada yang mula awal masuk melabur. Adakah duit yang diterima itu halal? Dengan jumlah pelaburan yang sedikit, tetapi pulangan yang besar. Adakah itu riba?

3.  Ingat ayat ini. "Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah". Yang senang dengan duit terpijak tanpa usaha yang selalu kita baca dalam "blog-blog sensasi". Komisyen yang diterima berjuta-juta tetapi menganiaya orang lain. Kes lompat katak. Terimalah balasanNya kamu nanti! Di dunia kamu terlepas, tunggulah akhirat nanti.

4. Rendah diri adalah benteng kepada sikap tamak haloba. Syukur dengan nikmat yang sedikit tetapi membawa berkat. 

Dalam sebuah hadis sahih, seseorang yang bertanya kepada Nabi Muhammad SAW mengenai perbandingan antara kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat, maka jawab baginda:
"Ketahuilah kamu bahawa jika dibandingkan kenikmatan yang ada di dunia ini dengan kenikmatan di dalam syurga, maka dunia sebenarnya adalah tak lebih seperti seketul bangkai yang ditarik atau direbut oleh beberapa ekor anjing".
Sementara dalam sebuah hadis lain, bertanya pula seseorang kepada Rasulullah SAW mengenai perbandingan antara dunia dengan akhirat, maka jawab baginda: 
Celupkan jarimu ke air laut, maka air yang menitis dari hujung jarimu itulah dunia, manakala air yang selebihnya tertinggal di lautan itulah akhirat.
SAHAM AKHIRAT
Alangkah ruginya manusia yang berkira untuk menderma dan bersedekah.  Bukankah dengan bersedekah atau menderma akan menambahkan lagi saham pelaburan kita di akhirat!. Lebih-lebih lagi jika yang datang meminta derma tersebut adalah daripada wakil sesebuah masjid yang akan dibina  atau wakil sesebuah rumah anak-anak yatim dan miskin atau mana-mana pertubuhan kebajikan Islam yang memerlukan sumbangan dana. 



Kepada yang berada boleh mewakafkan tapak tanah untuk kebajikan seperti mendirikan surau atau masjid. Untuk mendirikan bangunan seperti Rumah untuk orang-orang tua. Selagi mereka menggunakan wakaf anda selagi itu juga anda mendapat pahalanya seperti menderma sejadah, kitab-kitab Al-quran dan surah Yasiin. 

Diblog ini dahulu ada satu ruangan untuk sesiapa yang ingin menderma terus ke pihak yang yang memerlukan. Tetapi tiada respon dari pembaca langsung. Jadi penulis telah membuang bahagian tersebut. Mungkin pembaca ingin menderma sendiri kot!.Banyak cara-cara untuk melabur dalam saham akhirat. Semuga kita berlumba-lumba mencarinya. 

Sebagai nasihat penulis kepada pembaca, apalah ertinya harta jika tiada keberkatannya. Apalah ertinya kekayaan jika hanya senang didunia. Dengan beramal jariah, kesenangan anda akan bersambung hingga ke akhirat. Ketika anda tiada lagi dapat beramal di alam barzakh tetapi amal jariah anda berkekalan membantu dan menemani anda.   

Jazakallah Khairan.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 3:31 PTG Kategori:

Comments
23 Comments

23 ulasan anda:

  1. salam capt..

    capt pun tgk cite tu..tp mrka tau gak haram, tp join gak..tau gak duit tu xleh bli mkanan..tp yg brg cm perabot, kete leh pulak..

    sekali kna tak serik2..ejen & customer pun sama..tak da istilah duduk diam, dpt duit..

    org pling rugi(muflis) masa kt akhirat,ialah org yg pahala hbs kna bg pd org lain..

    BalasPadam
  2. rezeki yang halal dan berkat memang penting.. nak cari kekayaan memang tak salah tapi perlu berhati-hati

    BalasPadam
  3. Salam Capt,

    Saya ada tengok cerita tu, terhibur (part awal) tapi melarikan diri, taknak tengok part hujung2, mesti derita.

    BalasPadam
  4. Salam Nur Fannun,

    Bila tengok tajuknya pelik mesti tgk sebab ada message baik kepada penonton..

    kita terlupa unsur dan sumber duit akan dapat. Duit tetap duit tapi riba tak peduli lagi sbb dah tamak..

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam
  5. Salam zuriey,

    Tak salah jadi kaya. Yang penting halal dan tidak membuat kita lupa diri. Tamak sifat mazmumah..kikis dari hati kita.

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam
  6. Salam H.Sakinah,

    Kenapa tak sanggup tgk bahagian yg mencemaskan..itu part yg best punya.
    Mcm isteri saya juga..part tu mula lah nak masuk tidur awal...

    Jazakallah Khairan.

    BalasPadam
  7. Serupa, pasal ngantuk juga, walaupun cerita menarik. Tak tahan juga tonton tentang perangai tipikal Melayu yang PhD bak kata watak yang dibawa Erma Fatima, nauzubillah. Rugi juga tak tengok sampai habis. Nasib baik Capt ada bagi ulasan sekali dengan pengajaran ni. Terima kasih.

    BalasPadam
  8. Salam H. Sakinah,

    Biasa aje mana-mana bangsa di Asia.
    Phd kita kuat sikit..sbb syaitan dan Iblis suka kat Orang Islam supaya pecah belah..

    Tgk MLM yg berjaya kat gambar mereka..Mesti bergaya dgn kereta mewah punya...siap pakai kot hitam...

    BalasPadam
  9. Salam Capt
    Walau tak dpt tgk cite tu, tapi saham dunia ni pernah gak sy cuba, tapi tak lah abis ribuan, ratusan pun takde cuma nak menunggu tu yang malas, nasib baik tak trjebak lama.

    Saham Akhirat lak, slalu kita terlupa tentang tu, sbg contoh arwah kakak sy meninggal, takde sapa yg nak 'bantu' dia di sana, apatahlagi masing2 dah dpt wang epf beliau, lagi lah smue senyap, takde apa2 nak di dermakan buat arwah, cuma sy jek (bkn nak bangga/sombong capt) yg dh buatkan buat arwah. Sy btol2 sedih dgn keadaan mereka yg terlalu memikirkan dunia, mudahan Allah bukakan hati mereka agar ingat akhirat juga, inshaAllah. Ameen

    BalasPadam
  10. Salam capt.

    Camtulah...biasanya org kita jugak yg mudah trpedaya, punyai keinginan besar yg amat tinggi melangit. Kerana nafsu, hbis smuanya trgadai..

    Takpa la..ana pun ada 'MLM' sndiri gak, lbih selesa rasanya...iaitu perniagaan yg insyaAllah dpt myelamatkan mnusia drp azab yg pedih kat akhirat nnti. Tak trhitung pahalanya bg sape2 yg buat MLM ni..

    InsyaAllah, wallahu alam.

    BalasPadam
  11. Betul, kereta mewah tu iklan atau simbol agaknya bagi mereka. MLM = mewah. Tapi MLM dulu sampai sekarang tetap dijalankan dan tetap punya pengikut dan penyokong kuat. Agaknya takda MLM orang tak boleh kaya ke Capt? Pelikkan.

    BalasPadam
  12. Salam IddaHashim,

    Terjebak awal sekali pengalaman pertama kerana tak tau. Tapi sampai dua atau tiga kali mmg tamak haloba.

    Tentang arwah kakak. Yang ni lagi sedih. Berlaku kat ex-teman semasa kecil. Arwah andartu yg mati kanser payudara 2 tahun yg lps. Tinggal wang 1.5 juta. Habis semua adik beradik faraid. Yang sedih baru-baru ni capt nak lawat kubur arwah kat S.Jaya tapi tak jumpa. Rupanya itulah 1st and last saudara dia pergi kubur semasa nak kebumikan. Batu nisan dan benteng tahan tanah pun tak ada. Paling menyedihkan.

    Semuga kakak Idda Hashim dirahmatiNya.

    Jazakallah Khairan.

    BalasPadam
  13. Salam Aliaazuan,

    Bisnes MLM seperti Amway, cosway, Hai-o dan beberapa MLM yg famous, itu yang halal. Tapi MLM yg lagi satu cari masuk saham mmg riba.

    Tapi yg tamak ni Melayu cepat mudah percaya. Nasib baik capt tak terjebak semasa kawan-kawan tgh rancak masuk melabur tapi lebur. Capt dpt modal sekali masa Labu peram sebelum kahwin. Member kiri kanan semua ajak, Lps tu tak tergerak nak join Pak Man Telo sebab Allah swt selamatkan.

    Jazakallah Khairan.

    BalasPadam
  14. Salam H. Sakinah,

    MLM yg biasa mcm Amway, Coswy yg jual barang itu halal punya..Yg MLM lagi satu cari ahli melabur mcm skim cepat kaya yg itu riba.

    Tapi itulah MLM yg halal atau tak halal mesti tunjuk kereta Mewah. Trademark mereka supaya semua pasang impian yg kadangx tak kesampaian...Habis semua MLM masuk tapi yg dpt, tapak kasut haus cukup bulan Upline dpt beribu, kita dapatlah bonus cukup beli beras sekampit...Nak kata malas tidak sebab meeting semua pergi sampai buat atas gunung pun sampai. Kata Upline, Tengok TV tak ada PV.

    Jazakallah Khairan.

    BalasPadam
  15. salam capt.

    wlpun tak dpt tgok story tu,pengalaman kawan2 saya dahulu masuk MLM(saham dunia)ni,mrk kerugian berbelas ribu,sedih saya melihatnya.

    Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan nya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

    Al-Quran > Surah As-Saff> Ayat 11

    Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

    Al-Quran > Surah Al-Munaafiquun> Ayat 10

    Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.

    Firman Allah Taala bermaksud:

    Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukkan syaitan lantaran (terkena) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. (Surah al-Baqarah: Ayat 275).

    BalasPadam
  16. Salam Ummuamin

    Terima kasih dtg lagi. Ana kena sekali masa bujang Labu peram 1985. Masa tu tak tahu apa-apa pun mcm zaman sekarang. Lepas tu bila dah belajar tentang hukum hakam sampai sekarang tak pernah percaya. Kata Ustaz hukumnya riba...Nauzubillah min zalik.

    Jauhi riba...Biarlah jadi hamba yg tubuhnya bersih dari sumber yg tidak halal.

    Jazakallah Khairan.

    BalasPadam
  17. Ada juga ya, ustaz yang berpandangan MLM jual produkpun haram. Apa maksudnya tu, 'tgk TV tak ada PV'?

    BalasPadam
  18. Salam H.Sakinah,

    PY dalam MLM adalah Point Value. Contoh: 1 PV sama dgn RM1.00
    Produk A- 20 PV jika dpt jual.Lebih kurang begitu nilainya..Nak qualified dapat bonus...ada yang kena jual atau group sale mesti 1000PV baru dpt bonus yg bermacamx. Bonus X, Bonus Y atau Z...Capt tak ingat sangat pasal bonus. Lagi banyak PV, mcmx bonus dpt.

    BalasPadam
  19. Macam tu rupenye, terime kaseh Capt atas penerangan,bijak sikit dah pasal MLM :-)

    BalasPadam
  20. Salam Capt,

    Saham AB Taufan..hmm menarik cerita tu, banyak pengajarannya,

    Siapa tak mahu jadi kaya, hidup senang lenang yer Capt. Sweetie pernah gak cuba, tapi MLM kecil2an. tapi satu hapah pun tak dapat akhirnya..heheh Sweetie ketawakan diri sendiri bila tengok citer ni. Kita ni bila lihat wang mudah sangat gelap mata...

    BalasPadam
  21. Salam sweetie,

    Tengok juga cite ni! Kadang-kadang rasa marah kat si isteri yg tamak sikit dari suaminya...Nak cepat kaya, tambah balik semua modal yg dapat supaya lipat ganda. Akhirnya semua kena telan.Pengajaran bagi semua orang.

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam
  22. salam capt,

    pe nak heran..tgk hadis nabi
    "kebaikan gnerasi ptma umat ini krn adanya sift syahid & keimanan yg kuat dan binasanya gnerasi akhir umt ini krna adanya sift bakhil dan byk angan2." riwyt bukhari & muslim.

    dlm cite ni angan2 nk cpt kaya..

    BalasPadam
  23. salam Nur Fannun,

    Zaman sekarang, duit menjadi keutamaan. Generasi yang materialistik...ada duit kawan,tak ada dihina. Tapi duit bukan segala-galanya. Tak ada duit segala-galanya tidak dpt dirancang. Merancangkan duit untuk kebaikan...semuga berkatnya.

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA