Rabu, 14 Julai 2010

Orang yang dianiaya, doanya tiada hijab


Jika diikutkan hati yang marah dan geram mahu sahaja aku habiskan riwayat orang-orang yang zalim dan yang suka menganiaya orang lain. Tapi disebabkan undang-undang yang menghalangkan aku berbuat demikian, aku pasrah kepada-Mu Ya Allah SWT dan menyerahkan hidup ini bulat-bulat kepada-Mu!. Ku mohon pertunjuk dan pertolongan di saat-saat yang mencemaskan dan menyedihkan. Hanya Kau yang dapat membalas perbuatan orang-orang yang zalim diatas muka bumi ini.


Kisah ini baru berlaku dua hari yang lepas, semasa anak perempuanku balik ke UTM, Sekudai, Johor Bharu memulakan pengajian semester terakhir. Kejadian kecurian dompet berlaku semasa beliau ke tandas di tempat rehat Yong Peng. Dompet yang disimpan dalam beg galas terlupa dibawa bersama semasa turun dari bas ekpress Teluk Intan ke Johor Bharu. Apabila kembali semula ke tempat duduk, didapati dompetnya telah hilang. Pada masa itu jam baru 2 pagi. Jadi beliau menghubungi penulis tentang kecurian dompetnya. Ayah mana yang tidak risau sekiranya anak perempuan pula, keseorang ditempat orang tanpa wang untuk meneruskan perjalanan balik. Wang yang diberi termasuklah perbelanjaan harian sehingga mendapat biasiswa hujung bulan nanti.

Dalam keadaan tertekan, hanya Allah SWT tempat aku mengadu dan memohon pertolongan-Nya. 

Ayat-ayat yang penulis baca semasa tertekan malam itu:-

1. Selawat Nabi 11 kali.
2. Alfatihah 11 kali - dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, sahabatx dan keluarganya. Wali-wali Allah, orang muslim yang baru mati dan arwah ibu/ayah.
3. Doa Qunut Nazilah 11 kali - dituju kepada orang yang menganiaya. (Yang Mencuri).
4. Doa diminta - mohon pulangkan dompet sahaja.
Rasulullah SAW, bersabda, 
"Tiga orang yang do'anya dikabulkan: Do'a orang tua, musafir dan orang yang dianiaya".
InsyaAllah Allah SWT akan memakbulkan lambat atau cepat. Dalam kes anakku. Ada seorang hamba Allah yang baik menghulurkan sedikit wang untuk anakku meneruskan perjalanan balik ke kampus. Pada jam 5 pagi, anakku menerima satu panggilan telefon dari pemandu bas dan memberitahu dompet sudah dijumpai di dalam bas. Hanya RM 40 sahaja yang hilang. Baki wang lain tidak diambil. Mungkin yang mencuri itu kasihan atau takut untuk mengambil kesemuanya. "Terima kasih Ya Allah," kerana memakbulkan permintaan hamba mu yang lemah ini!.    

Ada satu kisah lagi orang yang dianiaya, seorang kawan, anaknya bernama Imran dianiaya atas kes samun 2 tahun yang lepas. Segala usaha dibuat oleh ayahnya untuk menyelesaikan supaya anaknya tidak dipenjarakan. Sebenarnya anak beliau bergaduh pasal kes perempuan yang diganggu oleh seorang pemuda dari kampong seberang. Semasa berlaku pergaduhan, barangan seperti telefon bimbit dan pakaian habis rosak. Pemuda tersebut membuat laporan polis. Tetapi seorang anggota polis yang tidak bertugas pada hari itu yang berada di Balai Polis, pula yang sibuk masuk campurtangan dan menyebelahi pemuda yang buat report. 

Beliau menasihat pemuda itu supaya membuat laporan polis bahawa beliau telah disamun oleh Imran. Kes samun berat hukumannya berbanding kes gaduh. Masa depan Imran boleh terjejas kerana pada masa itu beliau sedang menunggu keputusan SPM. Bapa Imran cuba merayu dan memohon belas kasihan dari anggota tersebut. Tapi dengan sombong beliau berkata, "Siapa yang berkuasa sekarang".

Imran ditahan reman dan di#@$%&* semasa dalam lokap. Bapa mana yang tidak sedih jika berlaku pada anak kita. Lebam sana sini. Bapa Imran bukannya orang senang. Kerja kampong sahaja. Mana nak cari duit untuk menjamin anaknya.  

Setelah menghubungi penulis atas kejadian itu, penulis menasihat beliau supaya banyak bersabar dan berdoa supaya Imran dibebaskan dengan kes gaduh sahaja. InsyaAllah terlepas juga Imran dari kes samun cuma membayar kos kerugian telefon dan sekarang Imran telah meneruskan pengajian. 

"Tetapi apa yang berlaku kepada anggota yang sombong itu!" Selepas 2 bulan berlaku berlalu, Beliau telah terlibat dengan satu kemalangan jalanraya dan meninggal dunia. Itu kehendak Allah SWT. Mungkin banyak sangat menyusahkan hidup orang lain dengan kuasa yang ada. Ditarik nyawanya supaya tidak lagi dapat menyusah hidup orang lain pula pada masa akan datang. Begitu juga dengan kes adik-adik yang lain yang dianiaya yang selalu kita baca dalam akhbar. Jangan menganiaya orang lain. Allah SWT akan membayar "cash" di dunia ini juga.

Dari kejadian itu, semuga menjadi pengajaran dan ikhtibar kepada kita. Jangan menganiaya hidup orang lain hanya kerana kita ada kuasa, tidak suka atau setuju dengan pendapat. Jika perbuatannya dapat dimaafkan, maafkanlah kerana membalas dendam adalah sifat Syaitan dan Iblis. Sekiranya dapat menolong orang dalam kesusahan, lakukanlah dengan kuasa yang ada pada kita.

Jazakallah Khairan. 

Ditulis Oleh : Captain Hari: 10:31 PG Kategori:

Comments
24 Comments

24 ulasan anda:

  1. Salam Capt
    Begitu cepat Allah bayar pd org yg menganiaya kan. Adakah sy teraniaya :-)

    BalasPadam
  2. Salam,
    MasyaAllah benar2 makbul ya doa2 orang teraniaya. Terima kasih berkongsi doa yang diberi tu.

    BalasPadam
  3. Salam IddaHashim,

    Terima kasih memberi ulasan. Jika hati kita sedih dan duka yg teramat sangat keatas kita, mungkin kita dalam kategori yg teraniaya, iaitu ...Deraan emosi.

    Banyakx bersabar dan tawakal kpd Allah SWT. Mohon sebanyak yg terdaya dengan penuh keinsafan yg ketelusan hati yg suci. Nescaya segala doa kita dimakbulNya serta mendapat rahmat-Nya nanti.

    Jazakallah Khairan.

    BalasPadam
  4. Salam Capt, Apa Khabar?

    Syukur Alhamdulillah akhirnya pencuri tu mengembalikan dompet tu.Memang merisaukan anak perempuan kita ditimpa kesusahan ditempat orang dan memang berat kalau kehilangan IC/dokumen penting. Letih nak renew semula.

    Sweetie pun nak juga cuba amalkan bacaan-bacaan ni.Banyak dugaan berat pada Sweetie dan PadaNYA ya Allah swt, Sweetie memohon pertolongan.

    Terima kasih Capt, N3 ni memberi panduan pada Sweetie.

    BalasPadam
  5. Salam H.Sakinah,

    Semua balasan Allah SWT cepat atau lambat. Kita tak ada daya dan kudrat hanya padaNya kita minta pertolongan disaat kita terdesak InsyaAllah Allah akan menolong kita. Jangan berhenti meminta kepadaNya untuk selamat diatas bumi ini.

    Jazakallah Khairan.

    BalasPadam
  6. salam capt.
    Islam juga mengharamkan kezhaliman dengan keras dan memberantasnya dengan kuat, baik kedhaliman terhadap diri sendiri apalagi terhadap orang lain. Terutama kezhaliman orang-orang yang kuat terhadap orang yang lemah, kezhaliman orang-orang kaya terhadap yang miskin dan kezhaliman pemerintah terhadap rakyatnya. Semakin manusia itu lemah, maka menzhaliminya semakin besar pula dosanya. Rasulullah SAW pernah memberikan wasiat kepada Mu'adz:
    "Hati-hatilah terhadap doa orang yang dianiaya, karena tidak ada hijab (halangan) antara doa itu dengan Allah." (HR. Muttafaqun'Alaih)
    Rasulullah SAW juga bersabda:
    "Doa orang yang dianiaya itu akan diangkat oleh Allah ke atas awan, dan dibuka untuknya pintu-pintu langit, kemudian Allah berfirman, "Demi kemuliaan-Ku, sungguh akan Aku tolong kamu walaupun setelah beberapa saat." (HR. Ahmad dan Tarmidzi)

    BalasPadam
  7. Salam Sweetie,

    Nasib baik anak tu, jika tidak kena buat semua balik ic dan kad-kad lain.

    Elok sweetie baca dan amalkan ayat-ayat Qunut Nazilah. Allah swt ada utk kita minta pertolonganNya semasa susah dan terdesak.

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam
  8. Salam Ummuamin,

    Terima kasih memberi komen dan ulasan yg manfaat. Ummuamin kat oversea selalu baca ayat-ayat pelindung diri seperti ayatul kursi dan qunut Nazilah. Hati manusia kita tahu walaupun nampak baik.

    Berjauhan disana, tawakal akan diri sebaik-baik pada Allah swt memberi pelindungan dan selalu mengingatkanNya.

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam
  9. Salam...

    Alhamdulillah..cara yg Capt buat tu mmg betul, insyaAllah. Bila Allah uji manusia, Dia nak lihat sejauh mana takluq diri kita denganNya dan pengaduan kita tu prtama skali nak tuju kpd siapa.

    Skrg ni sudah jadi prkara biasa bilamana trjadi kes2 contohnya seperti ini, manusia cari bantuan drp makhluk dahulu, polis contohnya. Itupun bila dah jumpa polis, agak sukar juga nak jumpa yg amik wudhuk, cari sejadah dsbnya. skrg kita nk bljr tukar kpd cara yg Allah ajar spt dlm firmanNya: Mintalah pertolongan daripada Tuhanmu dgn jalan sabar dan solah...Brmkna, asal ada saja ujian yg menimpa, mengadulah pada Allah dahulu, baru ikhtiar buat usaha seterusnya.

    Sorang kawan kpd sedara ana bbrapa thn lps telah kehilangan kereta di KL, dicuri org. Lantas dibuatnya bbrapa amalan, antaranya zikir,selawat & bbrapa bacaan spt yg Capt buat tu, kmdn baru la dia report polis. Subhanallah dgn izin Allah selang 2 mggu kmdn, polis jumpa blk kereta tu kat Perak nuuun...tersadai tepi jln,siap ada kunci kereta lg..& tiada sbrg kerosakan. Si pencuri tu terasa panas kot. Alhamdulillah.. InsyaAllah, yakinlah Allah takkan sia2kan pengorbanan hambaNya..

    Wallahu alam.

    BalasPadam
  10. Salam Aliaazuan,

    Terima kasih dgn komen yg manfaatkan. Dalam terdesak ramai yg sanggup jumpa bomoh dan kadang-kadang jadi perkara lain pulak.. Jumpa pasal hilang barang..Bomoh kata jiran dengki dgn kita dan mula jadi musuh...

    Ada yg pergi kes lain dpt cerita kes lain. Barang tak dapat tapi musuh yg dapat.

    Hanya Allah swt yg kita minta pertolongan kemudian baru ikhtiar tapi jangan cari yg menyesatkan guna sihir dan ramalan, boleh akibat akidah kita lari...

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam
  11. salam capt.
    setuju dgn capt.org yg teraniaya doanya tiada hijab.samada cepat atau lambat shj.cukuplah Allah sebaik2 penolong.terima kasih atas panduan ini

    BalasPadam
  12. salam Pacifist,

    Terima kasih kerana ingin berkongsi. Apa yg berlaku menguatkan lagi iman dan ingatan kita kepadaNya.

    Iman kagang-kadang seperti nipisnya kulit bawang bila diuji bermacam perkara.

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. salam saudara mohon share buat peringatan bersama..sdng menghadapi situasi yg serupa

    BalasPadam
  16. salam sunshine,

    Dipersilakan hajat tsb ...semuga tabah menghadapinya...

    BalasPadam
  17. just nak tanya pendapat, perempuan yang kena curang dengan suami/tunang/kekasih sedangkan dia seorang yang setia, adakah termasuk dalam golongan orang-orang yang dianiaya?

    BalasPadam
  18. salam captain,

    pertama sekali sy mengucapkan syukur alhamdulilah diketemukan dengan captain. pada hujung tahun 2009 dan awal tahun 2010 sy dilanda pelbagai musibah diantara nya rumah kena pecah masuk,kereta kena langgar dan telah dianiaya dan difitnah oleh pihak pengurusan kerana pecah amanah. mohon pihak captain bantu . hati saya terseksa dan berasa duka hingga sekarang... askm..

    BalasPadam
  19. @Anonymous Salam anon,

    Begitu malang nasib dalam menempuh liku kehidupan ini....tapi insyaAllah mohon petunjjuk dari yang Maha Pencipta yang tahu kesengsaraan hambaNya yg difitnah.

    Banyak bersabar dan tabahkan hati dan berdoa kepadaNya selalu supaya dijauhkan musibah dan fitnah yg tidak sanggup kita hadapinya.

    InsyaAllah sekiranya kita dijalan yg benar...Allah ta'ala akan menolong kita... Captain pun dahulu pun kena kes lebih kurang mcm tu. Tapi yg jahat sudah kena laknatNya. Bukan membalas dendam...tapi berkat doa dan tawakal kpdNya..nescaya ada cahaya dihujung perjalanan hidup...jazakallah khairan.

    BalasPadam
  20. Salam..saya ingin berkongsi pengalaman ngan kawan2 smua.saya telah diperdaya dan dianiaya dengan skim cepat kaya oleh rakan sekerja sya dan sekarang saya menanggung hutang yang banyak di bank selama 20 tahun. Saya redha apa yang telah berlaku sekarang ini,byakkan bersabar dan berdoa pada Allah S.W.T dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

    BalasPadam
  21. @din2311 KASIHAN SUNGGUH BACA KISAH MCM NI...BYK YG TERKENA LAGI..TAPI USAH RISAU. PERCAYA PD YG MAHA ESA...DIPERMUDAHKAN PEKERJAAN DAN URUSAN OLEHNYA...

    BalasPadam
  22. Salam

    Saya kerap kali mengalami penganiayaan yg berulang kali, sudah lebih dari 6 bulan.

    Rasa sedih, takut dan marah pada org yg menganiaya.

    Sy ada satu persoalan?
    Doa2 ini baca mcm tu saja ke?

    BalasPadam
  23. Anonymous Salam, Dalam buku yassin yg tebal di belakang sekali ada beberapa doa kalau tak silap ada Doa Qunut Nazilah. Atau tekan link ini dari blog captain juga:

    http://surahalquran.blogspot.com/2010/04/doa-qunut-nazilah.html

    1. Qunut Nazilah dibaca bila ada bala semasa solat berjemmah oleh imam sepertimana dilakuka bacaan doa qunut solat subuh.

    2. Boleh dilakukan dalam solat wajib dan baca pada rakaat terakhir pada waktu iktidal selepas ruku’.

    3. Yang captain buat itu selepas solat hajat dan baca kerana belum masuk waktu subuh. Yang ini mmg jarang dibuat orang.

    4. Tetapi sebab terlalu susah hati dan bimbangkan anak yg dianiayai malam itu. Tak ada cara lain. Dan inilah doa yg captain baca. Mmg Allah makbulkan juga lepas itu.

    5. Jika tuan nak baca Qunut Nazilah lakukan semasa iktidal pada rakaat terakhir. Jika boleh ajak ayah jadi imam dan saudara lain buat semasa solat maghrib. InsyaAllah.

    wassallam..

    Baca Qunut Nazilah.

    BalasPadam
  24. Qunut nazilah baca dlm Bahasa Melayu atau Arab?

    BalasPadam

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA