Jumaat, 16 Julai 2010

Magnet yang merbahayakan kesihatan anda









Satu kajian dari Princeton University telah membuat penemuan yang menakutkan akibat dari kesan magnet yang dilekatkan pada pintu peti ais anda, boleh menyebabkan makanan yang anda makan mendapat kanser. Mungkin betul juga kajian tersebut, semakin hari semakin banyak pesakit kanser yang dikesan dan menerima rawatan di hospital kerajaan. Kalau kita pergi ke rumah saudara atau kawan-kawan. 

Lihatlah pada pintu peti ais mereka dipenuhi berbagai magnet yang cantik dan berwarna warni. Mungkin senang nak melekatkan bil atau nota kecil yang penting. Jumlah magnet yang dilekatkan kadang-kadang sampai berpuluh banyaknya.

Dulu ada satu kajian mengatakan bahawa makanan yang kita makan sekarang banyak mengandungi bahan toksik dan bahan kimia berbanding zaman dahulu. Tapi rupa-rupanya kita sendiri yang menyebabkan makanan yang disimpan di dalam peti ais itu tercemar oleh "pancaran sinaran electromagnet". Kadang-kadang berminggu-minggu kita menyimpan makanan seperti ikan, daging ayam sebelum dimasak. Pada tahun 1990an, telefon bimbit Motorola, jika diletak pada sudu akan melekat kerana magnetnya sangat kuat. Banyak kes barah otak dilapurkan sehingga syarikat tersebut terpaksa memberhentikan pengeluarannya. 

Kanser sel selalunya terjadi apabila satu sel sahaja yang "active" dan ia mula merebak diam tanpa pesakit mengetahui perkembangannya. Kanser adalah seperti "time bomb" dan hanya diketahui pada "stage 4" apabila pesakit mula merasakan perubahan pada dirinya seperti demam yang berpanjangan, loya dan tidak bermaya serta kurang selera. Selalunya pada "stage 4 " sudah terlewat untuk menerima rawatan, hanya rawatan kemotrapi yang menyakitkan sahaja diberi rawatan pada pesakit kanser. 

Kadang-kadang rawatan kemotrapi belum tentu dapat menyembuhkan pesakit kanser tapi sangat menyeksakan sehingga habis semua rambut gugur. Yang paling menyakitkan iaitu apabila mengambil air tulang "bone marrow". Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemotrapi akan sampai satu tahap, akan berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi dan pasrah akan hidupnya. Jangan biar orang kesayangan anda menerima nasib yang sedemikian. 

Ini bukanlah untuk menakutkan pembaca tetapi kita boleh membuat pemeriksaan awal mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan berpandu daripada darah kita, ia dapat mengesan sel kanser jika baru nak "active". Pada peringkat awal ini, rawatan dapat membunuhnya terus sel yang "active". Jangan ingat dalam minda kita, ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah untuk kita. Jika umat Islam sehat maka agama Islam pun kuat. Jika umat Islam lemah, musuh-musuh Islam akan menang. 

Pelbagai andaian mungkin benar juga mengapa sesetengah ahli keluarga mereka menghidap kanser ternyata datangnya dari makanan yang kita makan. Sejumlah penyelidik dan saintis di Princeton 's University telah menemui sesuatu yang menakutkan!. Untuk beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus. 

Kajian oleh Penyelidik

Kumpulan pertama yang diberi dengan makanan disimpan di peti ais tanpa magnet. Kumpulan kedua dengan makanan yang disimpan di dalam peti ais tapi dengan beberapa hiasan magnet dilekatkan pada pintu peti ais. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana "pancaran sinaran elektromagnet" yang keluar dari magnet hias di pintu mempengaruhi sumber makanan. Dari hasil kajian klinikal menyatakan bahawa kumpulan tikus yang diberi makanan yang "terpancar sinaran electromagnet" mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% makanan lebih tinggi untuk mendapatkan kanser berbanding dengan kumpulan tikus lain. 

Kerajaan tidak boleh menjelaskan atau persatuan kesihatan/institusi untuk memberikan kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan untuk menghilangkan atau menanggalkan magnet dekoratif dari peti ais anda dan meletakkannya jauh dari makanan.  

Sila sampaikan maklumat penting ini kepada kenalan dan saudara anda. Mencegah lebih baik dari merawat. Semuga kita terhindar dari penyakit kanser yang banyak membawa keburukan dan kedukaan sesebuah keluarga bahagia.

Aqidah anda tentang kuasa magnet.

Pada hukum tauhid. Semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah shj. Dan kuasa pancaran hanya sifat ma'niyah. Sifat ini berdiri dengan zat iaitu hal kelakuan pancarannya, dikeranakan dengan satu kerana. Jika kehendakNya, bukan kuasa magnet boleh menyebabkan kanser. Semuanya kerana kehendak Allah SWT. Yang menjadi asbab penyakit tersebut jika terdedah pada zat oleh sifat kelakuannya. 


Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 10:59 PTG Kategori:

Comments
12 Comments

12 ulasan anda:

  1. salam capt, yeke..xtau la..tp klu elektromagnetik ni, smua brgn elektronik cm kmptr & handphone pling hampir dgn kita..lgi bahya..

    lagi satu lampu kristal juga bahaya pd kesihatan terutama ibu mengandung blh myebabkn rahimnya lemah & kmudian gugur..

    BalasPadam
  2. Salam Nur Fannun,

    Kekok juga nama ni, dah biasa dgn cik editor. Ikut kajian saintis princeton logik juga. Sebab magnet yg dilekatkan sampai berpuluh banyaknya.

    Kalau hp atau komputer taklah kuat sangat pancaran electromagnet yg rendah. Tapi hp motorola yg dulu. Letak kat sudu melekat kuat dan banyak org kena barah otak..terus stop productionnya.

    Wasallam.

    BalasPadam
  3. salam capt.
    Benar apa yg capt cakap.skrg ni bertambah ramai pesakit kenser,kita pun tak tau dr mana puncanya.kdg2 benda2 atau hiasan seperti ini boleh membawa penyakit kpd kita,secara tak langsung menyerang kita dlm senyap.saya kat rumah ni tak ada megnet2 ni,cuma saya letakkan stiker nombor2 kecemasan saje kat peti ais tu.benda2 hiasan seperti ini selalunya merbahaya kepada anak2 kecil kita di rumah.

    BalasPadam
  4. Salam Ummuamin,

    Capt pun baru tau juga dari kawan yg bagitau. Satu atau dua magnet ok juga sebab kuasanya sedikit. Tapi sampai berpuluh malah beratusx dipintu sampai kat bawah...Berapa banyak kuasa magnet tersebut agaknya? Bagitaulah kawanx dan saudara mara yg hobinya melekat magnet.. Tapi nasib baik capt tak pernah lekatpun sejak kahwin.

    Jazakallah Khairan.

    BalasPadam
  5. Salam Capt,
    baru semalam tampel magnet lagi kat fridge.dah lebih 150 ketul kat pintu fridge,takut jugak dengar kesan electromagnet ni pada kesihatan..insyaallah saya akan pindahkan dan pokok tanaman tu pun baru semalam masuk dalam pasu baru,pemberian kawan.Memang ni satu kebetulan dan syukur dapat info ni dari blog Captain yang penuh imformasi..Terima kasih for sharing Capt.

    BalasPadam
  6. Salam Nour,

    Masyallah sampai 150...dua atau 3 ketul magnet gagah lagi sebab powernya taklah sampai kat makanan.

    Nasib baik capt masuk posting ni...

    Jazakallah khairan.

    BalasPadam
  7. hehhee..nama dulu tu pki smntara je..nasib lekat satu dua je..nampknya nak kena alih la pulak..jgn pki bks polistrin utk bungkusn mknan terutama mknan yg panas cm nasi lemak..ustz yg teror sains gtau (nama xtau) bhn kimia pd polistrin tu blh brtindk bls dgn makanan yg pnas tu..

    BalasPadam
  8. Salam Capt,

    MasyaAllah...jazakallah khir atas info yg brguna ni.Mmg betul ckp Capt. Mencegah lbih baik drp merawat. Jika kita dh tau mklumat ni, kena usaha hindarkan @ elakkan. Tp paling penting (utk jaga iman kita)ialah, jgn letakkan yakin yg smpurna dlm hati kita bhwa magnet tu boleh mnyebabkan kanser,krana hnya Allah sj yg brkuasa mmberikan sakit kanser tu.. Takut2 kita jd prcaya pd kuasa magnet plak. Magnet tu cuma makhluk Allah yg mnjadi asbab kepada sakit kanser. Smua yg trjadi @ sebaliknya adalah dgn izin Allah...

    Allah Taala firman: Kun, fayakuun...

    Smoga kita trhindar dr penyakit2 brbahaya & mengerikan ini...

    Jazakallah khairan utk Capt lg skali sbb ana pun baru tau.

    BalasPadam
  9. Salam Aliaazuan,

    Betul komen itu jgn kita percaya pada a magnet boleh menyebabkan penyakit. Semuanya kehendak Allah SWT.

    Magnet hanyalah zat dan pancaran electromagnet adalah sifat kelakuannya. Memang capt terlupa menulis penutup pada posting.

    Pada hukum tauhid Semua kebaikan dan keburukan dtg dari dari Allah. Magnet yang ada bersifat nafsiah shj. Dan kuasa pancaran hanya sifat ma'niyah. Sifat itu berdiri dengan dengan zat iaitu hal kelakuan, dikeranakan dengan satu kerana. Dan tidak dikerana dengan satu kerana.

    Yang menjadi asbab penyakit tsb jika terdedah pada zat oleh sifat kelakuannya.

    Jazakallah Khairan.

    BalasPadam
  10. Salam..Saya br tau..Br jer nak stat hobi mengumpul magnet..InsyaAllah, demi kesihatan, mencegah lbh baik dr mengubati ya..Lepas nie kena beli board khas utk ltk magnet2 yg ada tu la ya..
    Terima kasih kerana berkongsi..Izin share di blog Saya pula ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam,

      Simpan jauh dari makanan..atau buang sahaja.

      wslm.

      Padam
    2. Anda dah ditipu. Tiada kajian sebegitu di univeristi tersebut.

      Rujuk http://www.hoax-slayer.com/refrigerator-door-magnet-warning.shtml

      Sedutannya... Baca artikel pnh di link di atas...

      " However, I could find no credible evidence whatsoever that confirms the claims in this warning message. There is no record of a study like the one described being conducted at Princeton University. I contacted Princeton University to enquiry about the supposed study and received the following reply from a university spokesperson:

      To confirm, we are not aware of any such research affiliated with anyone at Princeton and unfortunately we do not know where or why this e-mail chain started.We appreciate you informing your readers that this e-mail is a hoax.In fact, despite extensive research, I could not find any record of such a study being conducted at any major university. 

      Padam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA