Rabu, 2 Jun 2010

INDAHNYA MALAM PERTAMA



Malam pertama adalah malam yang selalu dinantikan oleh setiap pasangan pengantin  yang baru berkahwin. Disebelah siang, pengantin lelaki atau perempuan akan menghiaskan diri dengan sebaik-baiknya luar dan dalam, supaya bila bersama-sama nanti akan mendapat kepuasan dan kenikmatan syurga dunia yang tak dapat dibayangkan. 


Malam penyatuan dua jiwa. Sebelum itu ada yang minum jamu dan ubat traditional serta memakai wangian yang boleh menaikkan nafsu bila bersama nanti. Bagiku wangian “drakkar” yang paling disukai oleh isteri. Sebab baunya cukup selesa dan tahan lama. 


Kata isteriku bau lelaki sejati. Seminggu sebelum malam pertama, setengah pengantin perempuan akan pergi  ke salun kecantikan untuk mandi bunga, susu atau mandi rempah supaya bau badan yang busuk dan kusam akan hilang. Hanya bau harum yang wangi dari hujung rambut sampailah kehujung kaki. Bayangkan kenangan malam pertama itu tak dapat dilupakan sampai bila-bila.

Tetapi ada satu MALAM PERTAMA yang akan dilalui oleh semua orang. Tetapi Malam Pertama ini bukanlah yang dinantikan oleh sesiapa pun mahupun seorang ulamak atau orang yang soleh. 


Ia adalah sebuah malam pertama di alam kubur yang akan meninggalkan isak tangis sanak saudara. Walaupun hari itu  mempelai sangat dimanjakan, dimandikan dengan seluruh badan terbuka. Tak ada sehelai benang pun menutupinya.Tak ada sedikitpun rasa malu walaupun seluruh badan digosok dan dibersihkan.

Kotoran dari lubang hidung dan qubul dikeluarkan. Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih. Itulah tubuh dan susuk kita yang akan dikapankan secantik dan seindahnya dengan wangian mawar dan kasturi kerana hendak mengadap Yang Maha Kuasa. Dipakai baju yang bersih lagi putih warnanya.

Pernahkah kita melihat kuburan? Pernahkah kita melihat gelapnya kuburan? Pernahkah kita melihat sempit dan dalamnya liang lahat? Pernahkah kita membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur? Sedarkah kita bahawa kuburan itu dipersiapkan untuk kita dan untuk orang-orang selain dari kita? Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur nanti asyik dan nikmat atau penuh derita dan sengsara?" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan dan menakutkan.

Malam pertama kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana ?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.


Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:
"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri: "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'" Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! 

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!

Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 10:34 PG Kategori:

Comments
24 Comments

24 ulasan anda:

  1. Salam Capt,

    Memang tidak disangkal begitu indahnya malam pertama di hari perkahwinan. Malam yang mendebarkan, malam penyatuan dua jiwa, malam yang dinanti dan menjadi kenangan manis selamanya.

    Malam pertama berakhirnya sebuah penghidupan, begitu takutnya bila bersendirian, hanyalah amalan-amalan didunia sebagai bekalan. Takut bila difikirkan, takut lagi jika tiada bekalan, Moga kita mati dalam senyuman kerana mati di dalam jihad dan iman. Waallahualam.

    BalasPadam
  2. salam Sweethoney,

    Terima kasih komen malam pertama. Masih teringat lagi ke? Tapi malam pertama di Alam kubur yg dihindarikan tapi pasti menempuh juga nanti..semuga sweethoney mendapat manfaatnya.

    BalasPadam
  3. sesiapa pun akan brkata indahnya mlm prtama dan tidak tahu apa yg akan brlaku pd mlm pertama di dlm kubur.

    **Ku rebah di dada malam
    memecah dendam yang lama diam
    ku tanggalkan baju dunia
    dakapku dengan selimut syurga
    ya Tuhanku hanya padamu
    tempat mengadu segala rindu
    limpahi ku rahmat kasihmu
    dalam tahajjud cinta bersujud**
    (lirik trakhir lagu tahajud cinta-dato siti nurhaliza)

    BalasPadam
  4. salam capt, suspens je tjuk tu & prenggan pertama..ingtkn entry utk org dh khwin...layan lagu menanti di barzakh-fareast..mesti insaf..
    "Tanah Yang Basah Berwarna Merah, Semerah Mawar Dan Jugak Rindu, 7 Langkah Pun Baru Berlalu, Susai Talkin Penanda Syahdu,
    Tenang Dan Damai Di Pusaraku, Nisan Batu Menjadi Tugu,
    Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku" sbhgn lirik, surah al-mulk pendamping di mlm pertama di alam sana..tp hafal sikit je..huhu

    BalasPadam
  5. Salam,
    Saya ada menulis puisi yang bertajuk "Saat Aku Jadi Pengantin"
    Ceritanya lebih kurang seperti dalam entri ini, cuma bedanya olahan cerita saya berbentuk puisi. Apa pun jua bentuk yang kita sampaikan ianya adalah untuk renungan kita bersama...

    pabila kadi liang lahat, berjabat mesra dengan pasangan kita,
    yang disaksikan tiang-tiang nisan, penuh makna dan rahsia...
    Siapa yg tahu kesudahannya? Moga Malam pertama yg dinanti itu adalah malam yang terindah untuk kita rasai kelak setelah tiba masanya...

    BalasPadam
  6. Salam Norgadis Labuan,

    Terima kasih dgn komen... Cerita alam kubur semuanya hampir sama sbb benda yg sama akan berlaku, batu nisan, seksa kubur..
    Yang pentingnya malam pertama yang ini yang kita tak mahu hadapi tanpa amalan yg kurang dan dosa yg banyak.wslm

    BalasPadam
  7. Salam cik editor,

    Sungguh pun perenggan pertama klimak untuk pembaca seperti cik editor yg belum menempoh malam pertama tu...nnt sampai masa taulah..malam pertama lagi satu sungguh dasyat dan semua kena tempoh. Capt pun tak bersedia lagi..Semuga panjang umur dan sempat bertaubat akan dosax yg banyak ni.

    BalasPadam
  8. Salam zue,

    Sungguh takut dan dasyat dan tak boleh bayang malam pertama di alam kubur...tak termampu untuk menceritakan azab dan seksaan kubur nanti..Walaupun ulamak dan orang yg soleh akan mengeluh inikan kita yg amalan kurang dan banyak dosax besar dan kecil...minta sempatlah taubat kita nanti.wslm

    BalasPadam
  9. Salam Capt
    Saya slalu bayangkan bagaimana nanti bila saya meninggal, kerna saya tak berkesempatan mengadap kakak tersayang meninggal, dia meninggal dalam masa yang pantas skali, InshaAllah mudahan Muslim matinya dalam Islam yang beriman, Ameen

    BalasPadam
  10. salam iddah Hashim,

    Walaubagaimana pun suatu masa nanti akan bertemu juga kakak di Syurga. Doakanlah begitu supaya tenang menerima suratan takdir.

    BalasPadam
  11. assalamualaikum capt.
    malam pertama yg sungguh menggerunkan.
    mohon izin copy.

    BalasPadam
  12. Salam Capt...entry yg suspen tp mmpunyai impak ksudhn yg baik...

    Ada cerita sikit ttg kisah sahbt R.Anhu. Seorg hamba iaitu Hani' Rahimahullah ( seorg yg telah dibebaskn oleh Saidina Uthman R.Anhu) mnceritakan: Hazrat Uthman R.Anhu apabila mengunjungi tanah prkuburan akan mnangis shingga janggutnya mnjadi basah. Sseorg telah brtanya Hazrat Uthman, knapa apabila kamu diceritakan mengenai syurga & neraka tidak menangis sbgaimna kamu menangis apabila melihat prkuburan? Uthman mnjwb: Rasulullah telah brsbda, prkuburan ini ialah prsinggahan yg prtama drp prsinggahan2 akhirat. Maka brgsiapa yg brjya di prsinggahan prtama ini, maka prsinggahan yg seterusnya akan mnjdi mudah. Ttapi jika dia gagal drpdnya, persinggahan yg seterusnya akan mnjdi lbih sukar. Dan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam brsbda: Aku tidak pernah melihat satu pmndngan yg lbih mengerikan drp siksaan kubur...

    Pernah juga seorg Ansar brtanya Rasulullah, Wahai rasulullah, siapakah org yg paling bijaksana & tegas? Rasulullah mnjwb, mereka itu ialah org yg byk mengingati mati & mmbuat persiapan dgn amal utk dibawa mati sblm dtgnya kmatian..Mereka itulah org yg prgi dgn kemuliaan dunia & mndpt penghormatan akhirat...

    Wallahu alam.

    BalasPadam
  13. salam salmi,,


    Dipersilakan copy...Malam pertama tu mmg gerun mahu org yg soleh atau ulamak..macam kita lagilah dgn amalan yang sedikit dan byk dosa.

    BalasPadam
  14. salam Aliaazuan,

    Banyak posting capt berkaitan dgn kematian. Sebab kematian kita terlalu hampir dan lambat. Seksaan kubur shj tak tertanggung oleh sesiapa pun yang tidak tahu nasib lagi, kerana kubur yang akan menjadi salah satu daripada taman-taman Syurga atau salah satu daripada lubang-lubang neraka adalah bergantung kepada amalan kita.

    BalasPadam
  15. assalamuaikum,
    sya nak tanya apa hukum pd cite ni
    'sya ada seorng seppu permpuan yg berumr 18 thun,setiap ari ahad ptg akan keluar berdua dgn pakwe dia menaiki kereta prgi dating.boleh ke kalau ikut ajaran islam dan akan betunang bulan depan.lagi satu dia di kira langkah bendul kerna ramai adik beradik atas dia lom kawin.jd kena belikan hadiah kpd yng belom kawin.'tolong jawab ye.terima kasih

    BalasPadam
  16. memang entry2 capt sangat berbaloi untuk dibaca dan diambil teladan..tahniah capt...

    BalasPadam
  17. saya amat merasai ketakutan untuk menghadapi kematian tanpa bersedia apa-apa. Setelah membaca tulisan sauadara saya amat menyesali perbuatan dan dosa-dosa saya sebelum ini. semoga Allah mengampuni dosa saya dan orang-orang yang telah dahului meninggalkan kita. Amin

    BalasPadam
  18. saya juga mohon copy catatan-catatan saudara untuk peringatan diri saya dan tazkirah kepada orang ramai. terima kasih

    BalasPadam
  19. salam Manidah..

    Dipersilakan copy mana-mana yg baik utk dipanjangkan. Maaf lewat membalas kerana ada urusan sikit.

    BalasPadam
  20. salam Manidah..

    Bila pintu taubat masih terbuka, sama-sama kita bertaubat kpdNya kerana Allah swt Maha Pengasih dan Pengampun pada hambaNya yg insaf.

    BalasPadam
  21. salam Eja.

    Terima kasih dan ambil iktibarNya.

    BalasPadam
  22. Salam Hamba Allah.

    Maaf lewat menjawab pertanyaan kerana baru baca blog dan komen.
    Tentang hukum tsb adalah Haram pergi berdating walaupun akan berkahwin atau bertunang. Tetapi sekiranya dia ditemani oleh kakak atau abangnya baru boleh keluar bersama.

    Bagi hadiah kepada kakak yg belum kahwin oleh pihak pengantin lelaki adalah adat kita semata-mata. Tiada dalam hukum Islam. Kita bagi sebagai tanda hormat kepada si yang belum kahwin. Kerana adat kita dahulu dibuat dan diteruskan tidak mengapalah hanya niat yg baik bukan paksaaan.wslm

    BalasPadam
  23. salam Aliaazuan,

    Terima kasih ulasan yg banyak memberi manfaat. jika kita selamat di persimpangan itu maka kita akan ditempatkan ditaman-taman syurga dan sekiranya kita gagal dipersimpangan itu maka kita ditempat dilubang-lubang neraka.
    Begitulah nasib kita nanti...biarlah kita dirahmatiNya dengan amalan-amalan yg sedikit ini. wslm

    BalasPadam

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

ARKIB


get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA