Sabtu, 8 Mei 2010

Jangan putus asa dalam hidup


Hidup ini seperti roda yang berputar.Ada masa diatas dan adakalanya dibawah. Semasa diatas mungkin kita lupa kepada-Nya. Kelalaian dan keseronokan dengan kemewahan membuat kita cuai dan lupa tanggungjawab dalam menunaikan suruhan-Nya. Langit pun tidak selalu cerah. Bila roda berputar kebawah, mula terasa kesempitan hidup sedikit demi sedikit mencengkam kita. Wang yang disimpan habis tak tau kemana perginya. Gaji yang sedikit tidak dapat menguruskan diri dan keluarga. Inilah dikatakan takdir kehidupan. 

Pada yang putus asa pada Allah SWT selalunya akan menjuruskan diri menjadi kufur. Melakukan pelbagai kerja yang menyalahi hukum-hukum Islam. Berjudi dan minum minuman keras bagi menghilang rasa rendah diri dan susah hati. Mungkin ini ujian pada kita. Disebabkan kemiskinanlah banyak umat Islam menjadi kufur. 

Tengoklah di Indonesia sahaja berbagai perkara yang mendatangkan "uang" walaupun hukumnya syirik mereka lakukan juga disebabkan hidup dalam kemiskinan yang amat sangat. Ada setengah bapa sendiri sanggup menjualkan anak dara mereka sendiri pada bapa ayam untuk mendapat sesuap nasi untuk keluarga. Bacalah blog mazidul baru-baru ini. Ini semua disebabkan kemiskinan yang dialami oleh mereka. Oleh kerana iman yang tidak kuat dan goyah, maka jadilah berbagai perkara yang jarang kita alami di negara ini.

Orang yang beriman tapi kesempitan hidup membelenggu diri mereka tapi masih kuat pegangan kepada Allah SWT. Hidup dan mati mereka berserah bulat-bulat padaNya, maka Allah SWT pelihara mereka dan dicucuri rahmat-Nya.

Firman Allah SWT Maksudnya:
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Ayat Seribu Dinar)
Dalam masa yang sukar ini, banyaklah berdoa pada-Nya supaya dihapuskan segala kesengsaraan dan kesempitan hidup. Pengalaman susah dan senang adalah ujian kepada hambaNya. Mungkin ujian ini bukan kepada mereka yang sudah memang mempunyai harta turun temurun yang banyak seperti anak-anak raja, pembesar-pembesar negeri, anak-anak menteri atau dato-dato. Mungkin pengalaman susah mereka tiada pernah rasai tetapi Allah SWT akan memberi ujian berbentuk yang lain pula. Seperti kematian orang yang disayangi, masalah rumahtangga, atau penyakit kronik.

Kepada semua bloggers-bloggers dan pembaca setia blog ini. Kalau kesusahan menghimpitkan anda masa kini, teruskan berdakwah dan berdakwah. InsyaAllah walaupun kesusahan berada dihadapan kamu. Nescaya Allah SWT akan menghantar hamba-hambaNya menolong anda.  Allah SWT tidak akan lupa pada hamba-Nya yang sering berdoa memohon sesuatu hajat nescaya lambat atau cepat ada tangan-tangan-Nya yang akan datang menghulurkan bantuan kepada anda nanti. Ini yang selalu berlaku pada hambaNya yang taat padaNya dan serahkan hidup dan mati kerana-Nya,

Firman Allah SWT: 

"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah, ayat 152).

Yakin pada Allah SWT itu sesuatu perkara teras yang harus ditanam dengan teguh dan terus subur pada diri seseorang muslim termasuk juga para mualij supaya semua pergantungan hanya diletakkan pada Allah SWT semata-mata. Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu serta dengan izinNya.

Akhir pesan dari penulis. Banyakkan beristiqomah kepadaNya. Segala yang datang,  susah atau senang anggaplah ujian yang perlu kita hadapi. Jadilah hamba yang bersyukur dengan sedikit kesenangan dan kenikmatan yang diperolehi di dunia yang sementara ini. Kelemahan dan kekurangan diri adalah datang dari tindakan kita sendiri. Hanya yang baik datang dari Allah SWT.

Wasallam. 

Ditulis Oleh : Captain Hari: 2:58 PG Kategori:

Comments
6 Comments

6 ulasan anda:

  1. salam
    betul yg dikatakan capt..
    sy setuju...
    putus asa bukan ciri muslim sejati. dan apa jua yang ada kat dunia ni adalah ujian buat kita.

    senang
    susah
    bahagia
    derita
    sakit
    sihat
    & macam2 lagi

    siapa yang tak kufur nikmat... maka nikmat akan ditambah. jika kufur... mulalah akan berlaku macam2 perkara saat itu baru kita akan lihat siapa yang akan putus asa, siapa yang redha & terus berusaha...
    ermm.. tu je pandangan saya..

    kalau ada salah silap tolong tunjukan... =)

    BalasPadam
  2. salam MissXYZ,

    Putus asa ada utk orang yg kalah perjuangan dlm hidup..jangan jadi born loser..

    Jika putus asa, muhasabah diri balik punca dan sebab kenapa jadi begini..
    kegagalan disebabkan diri sendiri adalah lebih baik untuk diperbaiki.

    Jangan salahkan orang lain kerana itu sikap negatif.Perbaiki dan tawakal pd-Nya.

    BalasPadam
  3. salam capt..benar....org beriman pasti di uji...

    semoga Allah memberikan ujian yg setimpal..dgn...kita..semoga kita dapat menerima nyer dengan redha..amin...

    seperti kata2 di bawah~~

    Tidak dikatakan beriman seorang mukmin itu jika tidak diuji.
    Allah beri ujian kpd manusia adalah mengikut tahap IMAN masing2. Maka jln terbaiknya ialah bykkn sabar, mengadu dgn Allah SWT melaui solat & bangun mlm serta doa,disusuli dgn ikhtiar & tawakkal. Tanamkan sifat REDHA ke dlm hati dgn setiap qada & qadar Allah. InsyaAllah,jadilah kita insan yg brjaya.

    BalasPadam
  4. umi setju dgn kata2 capt tu...
    (Putus asa ada utk orang yg kalah perjuangan dlm hidup..jangan jadi born loser..

    Jika putus asa, muhasabah diri balik punca dan sebab kenapa jadi begini..
    kegagalan disebabkan diri sendiri adalah lebih baik untuk diperbaiki.

    Jangan salahkan orang lain kerana itu sikap negatif.Perbaiki dan tawakal pd-Nya.)

    Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA
    Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak
    Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik
    Untukmu. Oleh itu,Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH''

    Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan?
    Kerana kita cuma ada satu persinggahan.

    BalasPadam
  5. salam capt
    sy copy artikel ni tuk blog saya ya, dah copy pun, ok ke. Jazakallah

    BalasPadam
  6. luahn hati sy
    sy hampir berputus asa dlm hidup..
    dgn krn Yang Maha Esa seperti tidak melihat sy dlm kesusahan..
    sy xdpt masuk U
    sy tidak dpt kerja
    sy tak ade duit
    sy seperti hidup sorg
    sy mengaku krn sy jarang utk brdoa pada ALLAH & sy leka apa yg sy dpt dulu..
    kini sy hny mmpu bsujud utk meminta ampun pd Allah....
    harap Allah beri sy peluang utk sy berubah utk jd lebih mengingati DIA

    BalasPadam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA