Rabu, 12 Mei 2010

Astarhgfirullah gadis sekarang


Saya nak pergi kangkang . Kamu nak ikut??   

Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku:


Hah? kamu nak pergi apa????? 


Dengan slumber pula dia menjawab, 


Itu? Nak pergi kangkang  kat tepi jalan sana tu haaaa~?  sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.   


Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata? 


Astarghfirullah? alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah? kesianlah dekat mak ayah kamu tu? dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?? 


Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab:


Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?? 
Aduh, bertambah ?panas? hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula! Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! 



Yang kamu nak pergi mengangkang  kat tepi jalan tu buat apa?? 


Kah~kah~kah~?  Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut. 



Sah lah? memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental?? kata hati kecil ku. Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut?  


V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

  
Hah? inilah Kang Kang  nya? Kamu fikir saya nak buat apa????  Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab?   

?Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG ? nak pergi KANGKANG ? Haishhh!!!~?

Kedai Kasut Kang Kang  ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak  bila disebut? 

Ditulis Oleh : Captain Hari: 11:42 PTG Kategori:

Comments
34 Comments

34 ulasan anda:

  1. salam capt.
    lucu la entri kali ni. :)) mula2 bc suspen juga. hehe...

    BalasPadam
  2. masyaallah..apa punya nama..buat org terkejut je :D

    BalasPadam
  3. ingat apa la p kangkang tu...
    rupa-rupanya nama kedai..hehe..

    BalasPadam
  4. Dah agak mesti salah faham je. Nama kedai & tempat sekarang pelik-pelik.

    Apapun, baguslah kerana sanggup menegur. Kat sini tak boleh nak tegur menegur nanti bergaduh plak.

    macam-macam kes..

    BalasPadam
  5. Teruk beno nama kedai tu kedai Kang Kang.. Kan dah dabel meaning tuh!!!

    BalasPadam
  6. Salam capt, hehe..igt kot dia nk pi kangkang apa td, rupa2nya nk pi beli kasut. Org kita bkn kira nama kedai tu apa, jnji kasut bkualiti dn murah.

    BalasPadam
  7. adoilah...suspen gilerrrrrrrrrrrrrr..ingat kan capt berani tegur pompuan camtu..fuyoooooooooo syabas aahh capt....buat2 suspen...heheheheh ,,,,kedai kasut pun nama tak senonoh..huhuhuhu

    BalasPadam
  8. Memang satu entri yang lawak! Aduaiii

    BalasPadam
  9. Salam Capt,

    La....nama kedai rupanya,patutlah letak gambar kasut kat N3 ni.intronya mendebarkan sweetie, cam geram pun ader juger. hehe

    BalasPadam
  10. salam semua,

    anis,umiliya,andrydaud,H.Sakinah,lynn,Hanna Picca,Miey,Zura dan syani.

    Selalu kena juga menceriakan pembaca kerana kita perlu sedih, ketawa dan terkejut, menangis kerana itulah sifat yg ada pada kita.

    Semuga pembaca dtg selalu ke sini...

    BalasPadam
  11. hehe..serius je bunyi perenggan awal post ni yg last tu lak lawak la hehe..

    BalasPadam
  12. salam capt,

    pe punya nama la..bikin suspend je..
    pemilik cina..mungkin pkataan tu dlm bhsa cina lain maksudnya..

    tp tinggi giler ksut dlm gmbr ni..

    BalasPadam
  13. Salam,
    Lain pula nama kedai tu...
    Entah apalah maksudnya ya...

    BalasPadam
  14. salam.

    Cik editor, Norgadis Labuan,Miss Tora dan sweetie2010.

    Begitulah dan pelbagai nama kedai yg pelik..Ada yg geram dan marah kat gadis..mmg berbaloi..

    Walaubagaimana kadang-kadang gambar itu seribu makna kita boleh huraikan..

    Terima kasih semua ya.

    BalasPadam
  15. HEHEHE....lawak tp actually bw mesej jgak..thanks

    BalasPadam
  16. ingat tadi buat nasi kangkang ke..wat suspen betul

    BalasPadam
  17. femes sgt ke kedai kangkang ni... hehehe
    kasut murah2 x

    BalasPadam
  18. ish2 sedey la budak zaman sekarang...

    per2 pun, nice entry~

    BalasPadam
  19. Salam..MasyaAllah tebainya kasut,tinggi lak tuh. he he he...dh ketawa sorang2 dh td. Baca perenggan ptama pun dh phm tntu ada bnda yg ajaib kat entry nih.

    BalasPadam
  20. salam,

    ctHajar/Zuriey.Miss Izah Mohamed/Lt fDanialz /Aliaazuan

    Apa-apa pun terima kasih kerana memberi ulasan.

    Suspen dan ada message posting ini.
    Cakap biar jelas dan Sekarang byk pusat peniagaan nama pelikx belaka bagi kita orang melayu.

    Kat T.Intan selalu kami pergi Tok Kong beli baju sekolah atau baju raya. Dan ada banyak lagi tapi dah lupa namanya...

    BalasPadam
  21. Haisyh, igtkan kena marah pun tak kesah dah..rupanya nama kedai...

    Tak sedap la nama kedai tuh ;)

    p/s: follow blog nih sekali

    BalasPadam
  22. haha...lawak la ayah....^_^

    BalasPadam
  23. mintk izin share buleh?
    lawak la..

    BalasPadam
  24. salam hitammerah,

    Dipersilakan ambil. sama-sama bergembira dgn lawak ini.

    BalasPadam
  25. Salam capt
    Minta izin tuk copy artikel lucu ni ye..syukran

    BalasPadam
  26. haha sangat saspen..ingatkan apa dia la tadi...

    BalasPadam
  27. salam,kelakarnya....ingatkan dia nak pergi ....tut....kat tengah jalan ,rupanya nak pergi kedai kangkang.dari mana orang kedai dapat nama tu ekh?

    BalasPadam
  28. sara Salam, terima kasih..ada banyak lagi tapi sekali sekala boleh juga Sara emailkan kpd captain kisah lucu boleh muat kat sini...

    BalasPadam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA