141++ DOA-DOA PILIHAN DIJADIKAN BUKU.

31 Mac 2010

Home » » Sebabnya jadi Andartu

Sebabnya jadi Andartu

Captain | 2:45 AM |



Sudah menjadi fitrah setiap makhluk yang Allah SWT jadikan itu hidup berpasangan-pasangan. Adam dijadikan berpasangan dengan Hawa, haiwan yang jantan berpasangan dengan yang betina, bunga jantan dengan bunga betina, demi untuk mengembang-biak keturunan masing-masing di muka bumi Allah SWT ini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:



“Allah menjadikan isteri untukmu dari jenismu jua, dan kemudian dijadikannya dari isterimu itu anak atau cucu dan diberikan rumahtannya kamu rezeki dari yang baik-baik." 


Firman Allah SWT lagi,


“Dan berkembang-biaklah dari keduanya lelaki dan perempuan yang banyak sekali”.

Semua ibubapa apabila umur anak perempuannya meningkat 25 tahun dan belum mempunyai teman lelaki mulalah rasa gelisah takut-takut anaknya tak dipinang. Ibubapa ingin melihatnya anak perempuannya berumahtangga selepas mereka mula bekerja. Bagi anak perempuan yang tidak menyambung belajar di menara gading, selepas SPM saja sekiranya ada pihak lelaki masuk meminang  ibubapa gadis akan terus bersetuju menerima pinangan itu dan suka jika anak gadis mereka kahwin awal.  Jadi selesailah tugas dan tanggungjawab ibubapa membesar dan menjaga anaknya.

Bagi yang telah menamatkan pengajian di menara gading, apabila anak gadis mula bekerja dan sekiranya mereka sudah ada teman lelaki yang sama-sama bekerja. Ibubapa merasa lega sikit. Selalunya ibubapa akan bersetuju saja sekiranya bakal menantu itu sama tempat kerja dengan anak gadisnya datang meminang. Maka terjamin hidup anaknya bersama suaminya yang sama-sama bekerja.

Andartu akan menderita dan merasa malu dengan kawan-kawan jika masih belum mempunyai pasangan sedangkan usia sudah semakin lanjut. Apatah lagi jika menerima gelaran andartu atau anak dara tua. Mereka tidak rela menerima gelaran itu. Satu penghinaan bagi mereka kerana mungkin dianggap tidak laku atau sial.

Manalah sanggup melihat adik-beradik yang dah berkahwin bahagia bersama suami dan anak-anak. Ada saja suara sumbang yang mengumpat andartu ini. Berbagai tohmahan dan ayat yang tidak elok keluar dari mulut orang. Jiran memandang serong akan andartu ini. Tambahan pulak andartu ini yang bekerja sebagai buruh lagi dipandang hina. Yang berjawatan tinggi kurang sikit tekanan berbanding yang tidak bekerja.

Lelaki bujang atau suami orang pun lebih suka kepada janda daripada andartu. Memang semua lelaki menjadi janda sebagai pilihan utama. Selalunya janda-janda muda  senang jodohnya berbanding andartu. Kalau suami baru meninggal dunia atau bercerai, sudah ada lelaki yang berminat mengambil mereka sebagai isteri. Sebab-sebab semua lelaki minat janda dari andartu tidak diketahui. Mungkin terangsang lebih bila bersama janda berbanding andartu.    

Faktor-faktor yang menyebabkan perempuan-perempuan menjadi andartu.

1. Ibubapa yang terlalu memilih calon menantu dan pernah menolak pinangan pihak lelaki sebelum ini. Sanggup menjaga maruah keluarga dari biar anak perempuannya berkahwin. Perempuan ini akan mengalami sakit mental.

2. Ibubapa memilih calon menantu yang keluarga sama taraf dengan keluarganya. Kalau Dato nak berbesan dengan Dato juga atau setaraf dengan kekayaannya. Kalau kahwin juga suami miskin ini akan dihina oleh adik beradik keluarga sebelah perempuan.

3. Perempuan yang anti-sosial dan jarang bergaul. Asyik dengan diri sendiri. Malu dan takut untuk mengubah diri.

4. Perempuan yang intelek dan ego. Selalu menjadi boss di pejabat. Bila kahwin suami sah jadi pemandu peribadi atau tukang jaga rumah atau tukang masak peribadi.

5. Perempuan yang mengejar karier daripada berumahtangga. Mengejar pangkat dan jawatan kadang-kadang mengambil Phd untuk meningkatkan taraf kelulusan. Harapkan Profesornya yang bujang suka padanya. Tapi Profesor suka pada pucuk muda. Siapa suka pada daging ayam tua yang keras.

6. Perempuan yang menjadi perempuan simpanan suami orang atau VIP. Ingat nak jadi isteri no.2 tapi tunggu punya tunggu sampai habis madu dan sepah dibuang.

7. Perempuan yang telah disihirkan oleh lelaki kerana pinangan pernah ditolak oleh  keluarga perempuan. Selalunya bertujuan untuk membalas dendam. Biar padan muka keluarga perempuan itu. Siapa pun tak akan datang meminang.

8. Perempuan yang mengidap penyakit kronik. Selalu pihak keluarga lelaki mahu bakal menantu yang sihat yang dapat memberi zuriat. Seperti leukemia dan sakit jantung berlubang yang jangka hayatnya pendek.

9. Perempuan yang banyak kali pernah dikecewakan oleh insan yang bernama lelaki serik dan takut untuk berumahtangga. Fobia dan trauma dengan perkahwinan yang runtuh dari ahli keluarga lain. Seperti kakaknya yang baru kena cerai setelah ada 2 anak. Tak mahu nasib menimpa diri seperti kakaknya.

10. Perempuan yang langsung tidak menghiaskan dan menjaga diri. Muka berminyak, badan dan mulut berbau serta tidak ada seri dan daya penarik. Lelaki akan menjauhkan diri dari mereka dan hilang minat terutama kepada yang tidak begitu cantik.

11. Perempuan yang pernah ditebuk tupai oleh lelaki yang tak bertanggungjawab dan diketahui oleh pihak keluarga lelaki. Latar belakang andartu dan aktiviti liar dahulu  diketahui oleh pihak lelaki. Lelaki biasanya nak kahwin mesti yang ada dara yang suci walaupun lelaki itu sendiri sudah kehilangan teruna dengan gadis lain.

12. Perempuan yang ingin mencari suami yang peribadi seperti Rasulullah SAW. Mana nak dapat lagi. Yang hampir adalah. Mereka ini rela menjadi andartu daripada mengambil suami orang sebagai teman hidup.

13. Perempuan yang klip video lucahnya bersama lelaki tersebar luas seperti yang kita pernah dengar. Siapa berani nak ambil perempuan  ini jadi isteri atau menantu.

14. Gadis bohsia yang terlanjur dan tersadai kat rumah pelindungan akibat mengandung anak luar nikah. Mana pihak keluarga lelaki akan menerima mereka sebagai menantu.

Banyak lagi nak dinyatakan sebab-sebabnya oleh penulis. Penulis pernah suatu hari mengikut seorang kawan ke rumah seorang “wak” di Bagan Datoh. Semasa tiba di rumah wak, terdapat 3 perempuan yang sederhana cantik dan dikategori andartu nampak seperti bisneswoman. Datang dengan kereta mewah. Tujuan mereka berjumpa “wak” kerana mandi bunga. Wak beritahu mereka ini datang mandi bunga supaya senang mendapat jodoh nanti. Sebab banyak kali pihak lelaki datang nak masuk meminang ada saja halangan. 

Menurut laporan setakat ini seramai lebih kurang 700,000 wanita berusia antara 30 hingga 34 tahun yang masih belum berkahwin. Ini tidak termasuk wanita yang berstatus janda. Masalah andartu mesti diselesaikan segera kerana ia boleh menjejaskan kestabilan masyarakat dengan timbulnya masalah sosio-ekonomi. Tambahan pula, masalah andartu boleh menjerumuskan kaum wanita terjerumus ke lembah maksiat.  

Sebenarnya, tidak ada perempuan yang sanggup digelar andartu. Masalah andartu bukanlah masalah peribadi bagi mereka yang terlibat sahaja, tetapi ia adalah masalah bersama. Ia adalah masalah masyarakat, masalah ummah. Kita mestilah mengkaji dan mencari langkah-langkah praktikal untuk mengatasinya. Tidak sewajarnya kita hanya menggelar, mengejek dan menghina, tetapi eloklah ditinjau akar-umbi masalah mereka sekaligus menyelesaikan masalah itu jika mampu. 

Terlalu banyak faktor yang menyebabkan wanita yang menjadi andartu. Antara golongan wanita yang tidak kahwin adalah perempuan-perempuan kota yang intelek dan mempunyai status yang tinggi. Golongan wanita intelektual ini telah ditempatkan pada kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Kadangkala sebagai boss dipejabat, pegawai eksekutif, peguam, doktor dan lain-lain jawatan yang dulunya dipegang oleh kaum lelaki. Walaupun pada zahirnya kelihatan mereka mempunyai banyak keistimewaan kerana kedudukan yang tinggi itu, tetapi hidup mereka sedikit demi sedikit mula terasing. Pergaulan mereka terbatas di kalangan orang-orang atasan sahaja. Malu untuk bergaul dan berdamping dengan staf-staf di bawah mereka.

Wanita-wanita istimewa ini berharap mereka akan bertemu jodoh dengan lelaki golongan atasan juga. Malangnya ini tidak berlaku. Wanita yang berkedudukan tinggi selalunya mudah ditimpa penyakit ego dan suka memerintah. Keterbiasaan mereka memerintah orang orang bawahan memungkinkan mereka bersifat yang sama dengan suami. Ini yang menyebabkan lelaki takut untuk beristerikan wanita yang berkedudukan tinggi. Dan gadis-gadis kampung atau gadis-gadis bandar yang sederhana lebih menjadi idaman lelaki status tinggi. Lelaki yang status rendah walaupun berminat untuk mengambil mereka sebagai teman hidup akan mengakhiri hidup mereka dengan berbagai tuduhan negatif oleh saudara dan adik beradik pihak perempuan. Yang bersabar akan bertahan jika ada jodoh.  

Wanita yang berprofesion menyayangi kerjayanya lebih daripada untuk mendirikan rumahtangga. Mereka takut terkongkong, terbantut karier. bagi mereka, kononnya beban kerja lebih ringan daripada bebanan rumahtangga. Protokol kerja dan protokol belajar juga menyekat wanita dari berkahwin di usia muda. Contohnya, seorang paramugari yang berumahtangga tidak dibenarkan bekerja di atas kapalterbang. maklumlah, selepas kahwin badan sudah hilang potongannya, mengandung pulak, hendak fikir anak dan suami. Oleh itu, kerana wanita sekarang suka pekerjaan yang mencabar, mereka lebih suka menangguhkan perkahwinan hingga lewat usia.  

Yang sering menolak pinangan pihak lelaki akan menyebabkan berita ini tersebar dengan cepat dan membuat ibubapa lelaki tidak berani masuk meminang gadis ini. Sekiranya anak lelakinya nak juga maka akan terjadi kahwin lari. Tidak menghiraukan kesan dan akibat tindakan mahkamah dimana pihak lelaki akan disaman seperti yang terjadi di Kelantan baru-baru ini.

Walaupun takdir dan suratan hidup telah ditetapkan oleh Allah SWT melainkan kita mendoakan kepadaNya supaya dipercepatkan dan dipermudahkan jodoh anak-anak perempuan kita. InsyaAllah Allah Maha Penyayang dan Pengasih pada hambaNya akan mendengar doa hambaNya yang lemah ini.

Kepada andartu mungkin di dunia ini anda tidak bertemu jodoh dengan lelaki. Jika anda mendapat jodoh dengan lelaki yang melanggar perintah Allah SWT dan tidak bertanggungjawab. Lebih baik jadi andartu daripada berkahwin dan redha dengan takdir ilahi mungkin di Syurga nanti anda akan berpeluang mendapat Bidadara yang disediakan pada hambanya yang beriman yang tidak berkahwin semasa hidup di dunia ini.


Wasallam.

16 ulasan anda:

  1. Panjangnya cerita Andartu... nasib baik aku sudh kwin, klu tak tentu aku turut terasa...

    BalasPadam
  2. t'senyum m'bce n3 ni... smga dipertemukn jodoh jga suatu hari nnti... amin...

    BalasPadam
  3. salam Norgadis dan Nur insan,

    Terima kasih atas ulasan pendek anda.

    Kalau yg dah berkahwin jaga suami baik-baik pulak.

    Yang belum pilih betul-betul dan serasi..insyaAllah Nur insan akan bertemu bakal suami nanti..Jgn pilih suami orang ya!

    Kalau duda pun jangan sebab nnt kena jaga anak tiri..

    BalasPadam
  4. hahaha..aku mgkin akan pilih perenggan yg last skali tu kot..

    BalasPadam
  5. salam..doa2 moga sy x di gelar andartu :)

    BalasPadam
  6. salam..sy dh bc faktor2 tu..tp rasanya xde yg kena dgn sy :)
    mungkin jodoh blm smpai..insyaAllah satu hari nnt kot

    BalasPadam
  7. Sya setuju dengan e3 capt ni. bagus...:)

    BalasPadam
  8. Captain, saya kesian dekat kebanyakan andartu, tapi salah diri sendiri jugak sebab kebanyakannya terlalu memilih..

    BalasPadam
  9. pjgnya story, terpksa skip time baca..tak slhkan memilih skit.
    apapun jodoh dtgn tuhan, lelaki yg baik utk permpuan yg baik, permpuan yg baik utk lelaki yg baik, begitu gak sbliknya..(^_^)

    BalasPadam
  10. salam.

    Andartu pun ingin dibelai seperti pasangan yg dah kahwin. Tapi kalau dah jodoh tak ada nak buat macamana?

    Serah bulatx pada yg Maha Pengasih. Kerana Dia yang berkuasa menentukankan jodoh setelah usaha andartu telah gagal.

    BalasPadam
  11. Salam Ukhuwwah,
    Saya seorang andartu - umur hampir 46, berkerjaya. Saya tidak pernah malu maupun sensitif dengan title kerana menganggap situasi saya sekarang adalah dengan kehendak Allah dan setiap yang Allah berikan adalah baik bagi diri sendiri walau berat mana sekalipun. Satu lagi kategori andartu yang tidak dimasukkan di dalam list - mereka yang menanggung keluarga ataupun mereka yang menanggung hutang keluarga. Saya termasuk di dalam golongan kedua - tanggung hutang keluarga. Siapa mahu kahwini perempan yang banyak hutang? Ini ujian Allah bagi saya di dunia dan saya pohon Allah beri kekuatan kesabaran dan keredhaan kepada saya untuk mengharungi ujian tersebut agar berjaya dengan cemerlang. Jadi adik-adik sekalian (saya rasa lebih ramai adik dari kakak/abang di sini), the next time you meet a so-called andartu, fikir-fikirkanlah. Ujian kita semua berbeda dan minta jgn judgemental terhadap golongan andartu. Kamu semua tidak tahu perasaan sesuatu golongan sekiranya kamu sendiri tidak mengalaminya. Dan juga minta kamu ingat bahawa jika kamu judgemental (maaf, tak tahu istilah Bahasa Melayu), kamu bersikap demikian terhadap apa yang Allah telah tetapkan untuk seseorang. Wallahualam. Semoga kita saling memahami.

    BalasPadam
  12. salam,

    tanpanama.

    Penulis memohon maaf sekiranya terdapat ayat-ayat yang menguriskan perasaan dan hati. Sebenarnya terlepas pandang jugak beberapa fakta termasuk yang saudari hadapi.

    Saya terharu dengan pengorbanan saudari yang begitu besar. Menanggung hutang keluarga dan membantu adik-beradik. Saudari anak sulong ke?

    Mungkin ini ujian terbesar saudari di dunia ini. Mungkin belum terlewat lagi, insyaAllah saudari akan bertemu jodoh suatu hari nanti.

    Allah swt akan membalas segala pengorbanan yang saudari lakukan utk famili. Jika bukan didunia ini mungkin disana nanti.

    Yang perlu saudari buat hanyalah berdoa kepadaNya selalu. Jaga solat dan menurut perintahNya. Meninggalkan laranganNya. Allah Maha Pengasih dan Penyayang kepada hambaNya yang baik.

    Semuga beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan dariNya.

    Wasallam.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum,

    Blog hopping hari ini dan terjumpa blog ni -- ada rasa nak gelak, ada rasa nak geleng kepala tentang catatan tuan. Bila bercakap biarlah berbahasa ... macam tanpa nama di atas komen jangan judgmental ... membuat andaian sedangkan kita tak tau apa2.

    Perlu juga beringat Allah Maha Adil ... kadangkala bila kita berkata pada seseorang benda itu akan terpalit semula pada kita (terutama macam tuan yang bercakap tanpa usul periksa). Bagaimana rasa kalau dalam keluarga tuan /anak2 perempuan juga jadi andartu nanti? Share aje ye ... sebab itu kesilapan ibu saya. Dia pernah berkata dalam hati tentang anak rakannya takkan bertemu jodoh sebab dia gemuk dan tak cantik. Akhirnya yang berlaku saya yang masih single dalam usia 40 tahun. Ibu baru confess ape yang dia terlintas dalam hati sebab dia kata kalau tengokkan saya dan anak kawannya memang saya mempunyai banyak kelebihan.

    Janganlah cepat sangat nak cakap andartu ini macam "daging tua yang keras" sebab kami juga makhluk ciptaan Allah. Saya bersyukur dan berdoa agar saya tidak bertemu jodoh dengan orang yang begitu judgmental macam tuan. InsyaAllah, ada yang lebih baik untuk saya di sana. Semoga Allah bukakan minda dan akal tuan.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  14. @Tanpa Nama Salam ukhuwah,

    Maaf jika sedikit kekasaran atau bahasa yg tidak indah dalam N3 ini..

    Mmg andartu yg baca N3 ini kebanyakan marah tapi ada andartu yg baik kerana menjaga dan memperbesarkan adikberadik sampai terlajak dan akhir nasibnya kasihan. Tak kahwin sampai sekarang.

    Ada andartu yg komen telah menjadi kawan baik captain skrg dan captain ada bagi nasihat dan doa-doa serta amalan. Ada yg sudah ada teman, insyaAllah sedikit nasihat dan doax yg baik utk mereka. Ada yg snak mendirikan rumahtangga.

    Kalau cantik atau hodoh ada pasangannya melainkan tidak berusaha hanya membiar qada dan qadar shj.

    Doa-doa boleh mengubahkan qada seseorang itu melain qada Mubram seperti mati mmg tak boleh diubahkan.

    Jika ada apa-apa hubungi captain sebab captain ada interaksi dengan pembaca yg serius melalui email captain. Luahkan apa masalah semuga captain doakan yg terbaik utk orang lain yg mempunyai masalah tanpa meminta wang walaupun RM1.

    Wasallam.

    BalasPadam
  15. tiba-tiba tergerak hati nak berkongsi pendapat tentang sebahagian catatan yg ada di sini.. sila baca di sini http://matahaw.blogspot.com/2012/02/single-ladies-am-i-andartu.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam,

      Terima kasih sudi berkongsi..captain akan buka link tsb nanti.

      wasallam.

      Padam

Terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi memberi komen. Komenlah secara berhemah dan janganlah beri komen yang negatif. Komen-komen sebegitu tidak akan dilayan oleh penulis blog ini.

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat, maka salin dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang lain. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.

Resepirahsiaku.com is powered by Blogger © All Rights Reserved