Kalau kita tengok banner ini mungkin kita ingat terpasang di kedai atau café di luar negeri. Semasa penulis berada di Bangkok dan Manila tahun lepas, banner begini memang banyak tergantung di simpang jalan untuk menarik pelancung yang datang melawat negara mereka.
Tetapi ini lah banner yang tergantung di negara 1Malaysia iaitu di negeri Melaka yang bersejarah. Dimana Shah Rukh Khan mendapat anugerah "Datok". Negeri yang banyak sejarah. Sampai sekarang pun sedang membuat sejarah. Supaya terkenal di seluruh dunia. Takkan nak tarik pelancung sampai kena pasang banner macam ni seolah Malaysia ini diperintah oleh orang-orang kafir dan yahudi? Apakah mufti dan Majlis Agama Islam Melaka terlepas pandang , rabun atau buta mata seolah tak nampak akan banner ini. Adakah perlu dengan maksiat sebagai tarikan pelancung luar datang beramai-ramai ke negeri Melaka? Orang nak berceramah agama pulak perlu mendapatkan permit dan perbagai arahan ketat kamu kenakan.
Tulisan kat banner berbunyi begini “Free Beers Tomorrow” Shirts and Shoe required, Bra and panties optional”. Dalam bahasa melayu maknanya begini! “Esok bir percuma, Bila datang baju dan kasut kena pakai. Baju dalam dan seluar dalam terpulanglah.” Jadi pengunjung wanita yang nak minum free tak payah pakai baju dalam dan seluar dalam. Kena raba free pulak. Ini semua menjerumus kepada kegiatan maksiat zina. Celaka punya banner!.
Apalah nak jadi dengan umat Islam hari ni. Selepas disiasat terdapat beberapa orang pekerja berugama Islam dan diantara pengunjung yang minum pun ada jugak yang berugama Islam. Sepatutnya Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kena ambil tindakan tangkap orang-orang Islam yang minum dan lepas tu jatuh hukuman sebat macam model sambilan Kartika Seri Dewi Shukarno yang ditangkap di hotel Kuantan.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Wahai orang beriman, sesungguhnya arak, judi, asnab (berhala dan merenung nasib itu adalah kerja kotor (dan keji daripada amalan syaitan maka tinggalkannya semoga kamu berjaya”. (Surah Al-Maidah: 90) Pada ayat inilah muktamad hukum minum arak, iaitu haram dan termasuk dalam dosa besar.
Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam. Haramnya arak ini tidak mengira tempat, samada restoran kecil atau besar, atau di dalam rumah sendiri.
Apa tidaknya, takut dengan balasan-Nya ketika di dunia ini kerana pada saat Allah SWT menurunkan bala-Nya, ia tidak terkecuali yang melakukan dosa atau tidak. Semuanya merasai musibah tersebut. Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 - 80 rotan jumlahnya,
Hadis riwayat Iman Ahmad daripada Abi Umar, Sabda Rasulullah saw:
“Telah dilaknat arak, peminumnya, pemberi minumannya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang memprosesnya dan pemakan harganya (wang hasil penjualan arak). Hadis ini jelas menyatakan bahawa semua jenis perkhidmatan dan penggunaan berkaitan dengan arak adalah haram”.
Ada jugak anak-anak menteri, ahli parlimen Melayu yang berugama Islam pemegang saham terbesar kilang Arak di Malaysia. Tak takut ke azab Allah SWT nanti. Tak cukup ke duit yang bapa kamu bedal dan songlap semasa berkuasa dahulu. Kepada Ahli Parlimen, tak cukup duit projek 10% yang kamu bedal dan songlap?. Nak tahu siapa anak VVIP carilah sendiri!. Cakap bukan main. Nak tegak negara Islam kononnya.
Sekarang pelajar-pelajar sekolah menengah pun terutama di bandar besar berani dan terang-terang membeli minuman keras walaupun berpakaian sekolah. Yang tukang jual pun orang Islam yang bertudung. Kalau di hypermarket asingkan bahagian atau kaunter untuk penjualan arak. Bila ada pelanggan beli benda haram suruh pergi kaunter lain yang juruwangnya yang bukan Islam.
Sekiranya di mini market ada jual minuman keras. Jangan bekerja disitu. Cari kerja ditempat lain. Walaupun tak minum, dosa menjual minuman keras sama macam yang minum kerana bersubahat dalam perkara ini. Jangan kerana alasan susah untuk mendapat kerja. Maka kita tak peduli dengan haram dan halal dengan rezki yang kita cari. Janji cukup bulan dapat gaji dan bagi keluarga kita makan duit haram itu. Banyak lagi kerja di Malaysia ini. Kalau tidak, pendatang haram tak pulun nak masuk cari kerja kat Malaysia.
Kerajaan sepatutnya mengambil perhatian yang serious dalam perkara ini. Bagi hotel, restoran dan hypermarket yang menjual arak hanya pekerja bukan Islam sahaja mengendalikan penjualan arak. Pekerja berugama Islam dilarang sama sekali. Sediakan ruangan khas untuk kaki minum yang bukan Islam.
Majlis Agama Islam pulak perlu selalu turun padang dan pantau semua restoran dan mini-mini market yang ada menjual minuman keras. Ambil tindakan. Sekarang ini bukan susah nak beli arak. Jika hendak minum wisky murah boleh didapati dimana-mana kedai runcit India atau China dengan harga 1 packet kecil berharga RM1.00 sahaja. Kalau nak tengok, datanglah ke tempat penulis tinggal. Jangan asyik nak berpolitik.
Seorang pelajar perempuan melayu sedang membeli minuman keras di mini market dan juruwang pun seorang wanita melayu Islam...Apa nak jadi macam ni!
10 golongan (dilaknat) yang terlibat dengan arak yg terdapat di dalam hadis di atas:
1. Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya
2. Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.
3. Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram.
4. Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .
5. Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yg membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram.
6.Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yg memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram.
7. Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram .
8. Orang yang mendapat hasil daripada arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.
9. Orang yang membeli arak : bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram.
10. Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yang meminta seseorang yang lain membelikan arak untuknya kerana sebab yang tertentu .Contoh seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram.
Semuga mendapat pertunjuk dariNya.
Wasallam.
salam capt. sedih, geram, sakit hati, marah, takut... bercampur baur perasaan sy bila bc n3 terbaru capt ini, inilah jadinya bila pemimpin2 yg kononnya beragama tetapi tlh dibutakan matanya dgn pangkat dan duit. bimbang sungguh sy dgn keadaan begini. mohon Allah SWT sentiasa melindungi kita semua. moga pemimpin2 ini dibukakan mata hatinya. Allahuakbar...
BalasPadamastagfirullah hal azim..apela nak jadi ngan bdak2 zaman sekarang ni..takutnyer..
BalasPadammasyaAllah...mengapa ini terjadi??
BalasPadamsalam capt..
BalasPadamkenapa sumer ni boleh berlaku yer?
klu nk fk bkn negeri Melaka jer..
kwn sekolej sya dr negeri serambi mekah pun terjebak dgn gejala2 mcm ni...
salam. Terima kasih pada semua iaitu anis, hafizdah,ahmad humairi dan cik shinju kerana memberi ulasan dan komen.
BalasPadamKat Serambu Mekah pun ada walaupun TGNA nak perketatkan anak-anak melayu yang suka minuman keras..
Tuhan saja yang nampak perbuatan mereka. Tetapi sekurang-kurangnya TGNA ada juga mengambil tindakan atas perkara itu berbanding negerix lain. Sekian wasallam.
salam capt...betul tuh..eja setuju betul dengan entry nih...skarang nih orang islam memang xsensetif langsung dengan perkara macam nih..bagi dorang standard..sakit hati betullah
BalasPadamsalam capt.kenapalah sekalian rakyat rakyat masih belum buka mata.segala kebobrokan yg melanda adalah kerana polisi(dasar) yg dibuat tidak betul2 menjaga kebajikan umat Islam.tidak nampak langsung usaha mengharamkan arak,semuanya kerana mahu menjaga sensitiviti org lain,dalam masa yang sama sensitiviti sendiri di gadai.
BalasPadampolisi kerajaan adalah:
-sebelah tangan kanan beri madu-bina masjid, anjur musabaqah Al-Quran, sambutan maulid nabi dll
-sebelah tangan kiri beri racun-halalkan judi, arak, hiburan melalaikan dll
salam pacifist,
BalasPadamBegitulah kerajaan 1 Malaysia ni!
Tgk Brunei. Tak ada casino, rumah pelacuran dan jual minuman keras langsung.
Itu pasal minyak melimpah kat bumi dia dgn banyak..Tak ada incometax jugak..
Mereka bangsa melayu juga yg pakai kain batik dan pelikat.Makan nasi mcm kita.
Ada wakil rakyat china di Brunei minta minuman keras dijual. Kerajaan dia tak layan. Nak minum pi Malaysia, nak berjudi pi Malaysia. Nak perempuan sundal pun banyak kat Malaysia..dari Thailand,China dan Eropah timur pun ada. Sebab Malaysia negara demokrasi berpelembagaan. Raja jadi Payung.
Minyak kat Malaysia pun banyak..tapi yg dapat Menteri-menteri dan adik beradik mereka.
ermmmm... melaka darul rustam al-araki wal rasuahi
BalasPadam