Jumaat, 26 Mac 2010

Curi tulang gajinya haram


Kita berasa marah dan jijik kepada pencuri kerana perbuatan itu adalah salah di sisi agama, akhlak dan masyarakat. Sikap negatif kita terhadap pencuri disebabkan pendidikan agama yang diterima selama ini. Pencuri yang ditakuti biasanya adalah pencuri harta, karya dan benda yang dapat dilihat atau dirasa. Sebaliknya kita tidak sedar berlaku pencurian masa atau lebih difahami dengan istilah ‘curi tulang’ dalam tugas harian. Apabila kita ditawarkan pekerjaan di dalam kerajaan atau swasta. Dalam surat tawaran kerja akan tercatat perintah tetap atau “standing orders” ataupun mengenai bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita.   

Diantara kandungan surat tawaran jugak ada menerangkan jadual dan masa bekerja dan lihatlah masa yang kita ada dalam sehari bekerja.

1. Waktu kerja.                     0800 pagi -1600 petang.
2. Waktu Rehat                     1030 pagi - 10.30 pagi
3. Waktu Makan Tengahari      1300 tghari - 1400 tghari

Kalau diperhatikan waktu rehat pagi cuma anda ada 30 minit sahaja untuk minum pagi. Memang sempat masa yang diberikan. Tapi lihatlah di kafeteria atau kantin di pejabat-pejabat kerajaan. Jam 1045 pagi masih lagi penuh dengan staff-staff sedang minum atau berborak sakan. 


Masa 15 minit itu sepatutnya berada di pejabat bukan di kantin. Gaji 15 minit itu dikirakan gaji haram. Masa makan tengahari pun sama sebab ada staff-staff yang keluar awal untuk pergi makan tengahari. Inilah yang selalu berlaku dalam pejabat-pejabat kerajaan. Jadi dalam sebulan staff-staff ini bekerja masa yang dicuri 15 minit x 26 hari=??? (Banyaknya curi tulang dalam sebulan).

Bila dapat gaji hujung bulan, kadang-kadang rasa tak cukup untuk perbelanjaan dan untuk disimpan kerana gaji halal dah bercampur dengan gaji haram kerana curi tulang! Mana nak berkat macam tu sampai pencen.

Curi tulang ini dilakukan oleh pelbagai peringkat dan profession. Dari buruh sampai ke Ketua Pengarah. Kalau buruh ada orang atas boleh tegur. Tapi kalau ketua pengarah siapa yang berani nak tegur?  Kalau kerja sebagai guru di sekolah. Sepatutnya guru itu masuk kelas pada jam tersebut tapi ada guru yang masih bersembang kat bilik guru. 


Penulis tahu sebab isteri seorang guru dan berpesan jangan curi tulang. Yang tak bernasib baik pulak apabila kelas yang gurunya curi tulang berlaku kemalangan atau pergaduhan. Guru ini akan dipanggil. Panjanglah cerita dengan pengetua sekolah.

Yang bekerja sebagai securiti guard pun banyak yang curi tulang pada waktu malam. Kalau tak percaya pergilah melawat kat Balai Pengawal. Siap dengan tempat tidur sekali. Kadang-kadang banyak barang sekolah hilang seperti komputer di makmal komputer dan peralatan lain. Lebih baik ambil anjing sebagai pengawal kerana lebih selamat dan disiplin sebab anjing tak curi tulang cuma suka makan tulang sahaja.    

Penulis pernah baca dalam sebuah akhbar mengenai kisah doktor HKL yang curi tulang semasa bertugas.  Bila seorang menteri datang nak melawat pesakit. Beliau terkejut kerana ramai yang sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan tetapi doktor berkenaan sedang membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi sedangkan 20 pesakit sedang menunggu untuk mendapat rawatan.

Curi tulang tidak amanah

Tiga perkara yang boleh menyebabkan kerugian dan kekecohan dalam sesebuah organisasi mahupun sebuah negara ialah:

1. Kurang tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.






2. Suka membuang masa dan bersembang serta bercakap perkara sia-sia.
3. Suka melengahkan tugas yang dipertanggungjawab.


Sikap suka meninggalkan tugas sehingga menyusahkan orang lain adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Malah, ia juga boleh dikategorikan sebagai khianat atau ‘curi tulang’ iaitu sikap orang malas yang sentiasa mengharapkan habuan dan pertolongan orang lain. 

Golongan begini mensia-siakan amanah yang diberikan dan masa yang diperuntukkan kepadanya. Kesannya apabila kesuntukan masa orang lain yang terpaksa memberikan bantuan.Bukankah itu menyusahkan orang lain, malah jika tidak diberikan bantuan, dipersalahkan pula atas alasan tidak memberikan kerjasama. Ini mengakibatkan perselisihan, kekecohan dan kemarahan.

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:
“Dilaknat Allah sesiapa yang menyusahkan orang-orang beriman atau membuat kecoh terhadapnya.”
Sikap terbabit juga mengakibatkan satu-satu operasi menjadi lemah. Pengabaian tanggungjawab golongan yang suka menangguhkan kerja sehingga satu pun tidak terlaksana boleh juga dianggap satu sikap suka membuli, kerana kesudahannya orang lain yang menjadi mangsa. 

Tabiat buruk itu sepatutnya dijauhi bukan saja bagi memastikan operasi sesebuah organisasi atau negara berjalan lancar, malah mengelakkan daripada menanggung dosa yang berterusan.

Firman Allah SWT bermaksud:
“Sesungguhnya kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka dan bagi mereka azab yang menghinakan.” (Ali-Imran: 178)
Allah SWT membiarkan golongan ini berterusan mengumpul dosa kerana mereka menyangka perbuatan mereka itu betul dan tidak akan menerima pembalasan di akhirat nanti, sebagaimana: 

Firman-Nya pada ayat 36 surah al-Qiaamah, bermaksud: 
“Patutkah manusia menyangka bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan?)”
Curi tulang boleh berlaku dengan mengabaikan tugas dan tanggungjawab, melengahkan kerja atau meninggalkannya sama sekali dengan pelbagai helah atau alasan tidak munasabah. Ada kalanya tanggungjawab itu dilakukan tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga.

Perbuatan keji ini jika diteruskan amat merugikan diri sendiri terutama apabila kita memahami kerja adalah ibadat terhadap Allah jika dikerjakan dengan tulus ikhlas dan penuh tanggungjawab.

Selain ganjaran pahala yang diterima, kita juga akan mendapat upahnya. Jadi, jika pengabaian terus berlaku, kita tidak akan menerima pahala yang boleh memberkati wang gaji. Tegasnya, wang upah yang kita terima jadi tidak bersih.

Selain itu, kita juga berdosa terhadap rakan sejawatan kerana menggendalakan kerja mereka dan meletakkan mereka dalam keadaan serba salah. Ditegur bimbang tidak diterima dan mengakibatkan permusuhan. Jika tidak ditegur, akan merugikan banyak pihak.

Sifat mensyukuri dan mencukupi amat penting supaya kita tidak menjadi orang yang tidak pernah rasa cukup, keluh-kesah dan jangan biarkan dikejar tak dapat, dikendong berciciran.

Semuga sama-sama kita memohon keampunan dari Allah swt sekiranya semasa bertugas secara tidak sedar atau sedar pernah curi tulang sewaktu bertugas. Dan dijauhi azab Allah swt nanti. 


Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 9:29 PG Kategori:

Comments
6 Comments

6 ulasan anda:

  1. mencuri,
    walau apapun konotasinya,
    ia tetap merupakan perkara yang tidak baik, jangan lakukannya!

    BalasPadam
  2. salam,

    terima kasih komen anda dan ulasan anda yang baik itu. semuga kita sama-sama mendapat manfaatnya.

    wasallam

    BalasPadam
  3. Curi tulang... amat memalukan... harap menjadi teladan untuk kita...

    BalasPadam
  4. salam capt,
    moga kita terhindar perkara yg sedemikian,kerana kita dibayar gaji atas tugas yg diamanahkan.kita kena memperhalusi sumber pendapatan kita supaya ada berkat.saya berpesan pada diri sy sendiri...

    BalasPadam
  5. bahaya ni..kadang kadang tanpa sedar kita boleh terjebak sama..

    BalasPadam
  6. syukran capt ats peringatan ini..yaALLAH mcm br terjaga dr lena bl bc part nie...

    BalasPadam

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

ARKIB


get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA