Jumaat, 26 Mac 2010

Awas sihir tafriq. Pemisah suami isteri.


Baru-baru ini penulis telah menerima satu panggilan telefon dari seorang kawan dari Kuala Lumpur. Beliau telah meminta penulis menolong kawan beliau yang baru dapat anak pertama 2 bulan lepas. Tetapi masalah bukan anaknya tetapi pada isterinya yang berkelakuan pelik selepas bersalin. Perangai isterinya berubah dan asyik minta cerai dari suaminya. Benci kepada suami sampai tak boleh tengok suaminya langsung.

Jadi pada mulanya penulis ingat isteri kawan beliau ini mungkin "gila meroyan" iaitu penyakit yang kadang-kadang yang selalu terjadi kepada perempuan yang lepas bersalin. Mengikut ceritanya, kalau diikut hati suaminya mahu dicerai saja isterinya. Tapi penulis menasihatkan jangan ambil tindakan bodoh nanti menyesal kemudian hari kalau ikut hati yang marah. Bersabar dahulu atau dibawa ke pusat rawatan Islam. InsyaAllah boleh diubati penyakit ini tapi suaminya kena banyak bersabar.

Manusia rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Hati manusia kita tak boleh baca. Yang boleh baca isi hati kita hanyalah Allah SWT sahaja. Nabi Muhammad SAW sendiri pun tak boleh baca hati orang lain. Kalau ada bomoh atau pawang yang boleh membaca hati pesakitnya, jangan berubat dengan mereka. Syaitan dan Iblis pun tak boleh baca hati manusia. Mereka ini akan menyesatkan anda. Anda akan bergaduh kerana bomoh akan menyebutkan siapa yang membuat sihir kepada anda. Itulah kerja syaitan dan iblis yang suka melaga manusia supaya matlamatnya tercapai.

Kadang-kadang setengah manusia di muka bumi Allah SWT ini tak boleh tengok orang lain lebih sikit. Hati mula sakit. Yang jahat dan perut busuk mulalah fikir bagaimana nak merosakkan rumahtangga orang lain dengan menggunakan sihir. Bomoh-bomoh yang ada pun jangan percaya sangat akan kejujuran mereka. Dulu ada satu pasangan suami isteri berjumpa dengan bomoh untuk berubat. Suaminya minta bomoh tersebut mengubati isterinya yang sakit. Bomoh ini berkenan pulak pada isterinya lalu menggunakan sihir tafriq untuk memisahkan pasangan suami isteri ini. 

Banyak kes-kes begini berlaku pada zaman moden. Lagi canggih teknologi makin kuat kepercayaan mereka kepada kehebatan bomoh. Sampai beribu-ribu ringgit habis untuk mencapai hajat yang dapat memuaskan hati mereka. Hajat yang baik tak apa lah. Ini hajat yang tak baik pulak. Yang selalu diminta oleh bomoh-bomoh kalau nak buat kerja-kerja sihir. Foto penuh mangsa dari kepala hingga kaki. Itu pasal kena jaga-jagalah foto yang penuh walaupun gambar beramai-ramai. Sekarang boleh "crop" menggunakan komputer. Lepas tu print kat kedai gambar. 

Selain barang yang selalu diminta oleh bomoh-bomoh ilmu hitam ini seperti baju dalam dan seluar dalam kepunyaan mangsa sekiranya ada. Itu pasal dahulu ibu kita kalau basuh baju, seluar dalam dan baju dalam disidai berasingan atau ditempat yang tak boleh diambil orang. Sekarang kalau kita lalu diampai tempat sidai baju di taman perumahan. Kita boleh tengok berwarna-warni seluar dalam dan baju dalam tersidai tanpa rasa malu. 

Mungkin dari firasat penulis isteri beliau tidak stabil emosinya dan pelbagai persoalan yang timbul? Kemungkinan ada orang sakit hati atau dengki dengan pasangan suami isteri ini. Yang hanya penulis boleh tolong dengan berdoa dan buat sembahyang hajat sahaja minta pasangan suami isteri ini dijauhi sihir dan iblis. Yang selebihnya ahli keluarga mereka kena berusaha sendiri. Berjumpa ustaz atau tok guru yang handal untuk pulih sediakala.

Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: RasululluLLAH SAW bersabda: 
"Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)
Hadis ini menjelaskan bahawa dalam banyak godaan yang diselenggarakan Iblis dan konconya ialah menceraikan pasangan suami isteri, sementara yang lain tidaklah menjadikan kebanggaan bagi iblis laknatuLLAH.

Oleh yang demikian, tidak menjadi kehairanan di kalangan perawat bahawa masalah yang selalu ditangani adalah sihir yang ingin memisahkan suami isteri.

Tanda-tanda gangguan

1. Keadaan yang berubah secara cepat seperti rasa cinta kepada marah, suka kepada benci dan sebagainya.

2. Meragui kejujuran pasangan, merasakan ada melakukan kegiatan curang yang berlegar dalam fikiran.

3. Amat sensitive, tidak mahu menerima kesalahannya.

4. Melihat pasangannya berwajah hodoh dan menakutkan.

5. Membenci pasangannya yang meruap-ruap.

6. Marah kepada pasangan semasa berada di rumah tetapi merasa aman dan tenteram bila pasangan tiada disisi. Adakalanya merindui pasangan ini bila berjauhan.

Rawatan

Bacakan kepada pesakit ayat2 berikut:

Surah Al-Fatihah
Surah Al-Baqarah :1-5
Surah Al-Baqarah :102 (7x)
Surah Al-Baqarah : 163-164
Surah Al-Baqarah : 255 (Ayat Kursi)
Surah Al-Baqarah : 285-286
Surah Al-‘Imran :18-19
Surah Al-A’raf : 54-56
Surah Al-A’raf : 117-122
Surah Yunus : 81-82
Surah Thoha : 69
Surah Al-Mukminun : 115-118
Surah As-Shaffat :1-10
Surah Al-Ahqaf : 29-32
Surah Ar-Rahman : 33-36
Surah Al-Hasyr : 21-24
Surah Al-Jin : 1-9
Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Falaq
Surah An-Nas

Pesakit perlu melakukan mandian dengan cara membacakan pada sebaldi air: Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 4 Qul. Minum 3 teguk air berkenaan dan buat mandian sebagai bilasan terakhir. Jangan lap air berkenaan, biarkan ia kering secara terus memakai pakaian. Waktu terbaik mandi adalah sebelah petang. Lakukan setiap hari sehingga anda yakin tidak ada gangguan lagi.

Pesakit juga digalakan membaca Al-Baqarah 102 setiap kali lepas solat dan sebelum tidur.

Bagi wanita yang didatangi putaran haid, rakam bacaan di atas untuk didengar atau sekurang-kurang surah As-Shaffaat.

Pesakit juga mestilah berzikir “Lailahaillah wahdahu la syarikalah lahulmulku walahulhamdu wahua ‘ala kulli syaiin qadir” 100x pagi dan petang

Jika anda gagal berzikir, cuba lawan untuk berzikir. Jika gagal juga jumpalah perawat.

9 JENIS SIHIR

AL MARAD

Sihir sakit, orang yang terkena akan sentiasa sakit anggota badan, tidak berfungsi tiba-tiba atau kaku tubuh badan.

AL HAWATIF

Sihir yang membuat seseorang bermimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi, mendengar suara orang bercakap dalam jaga. Banyak was-was dan kuat syak wasangka pada orang yang rapat atau disayangi.

TA”TIL TAWAJ

Sihir bagi merosakkan perkahwinan seseorang. Kesannya akan merasa takut untuk berkahwin, mudah marah dan lupa dan kurang syahwat.

TAFRIQ

Sihir yang memisahkan suami isteri. Kesan sihir ini timbul perasaan marah dan benci apabila memandang satu sama lain sehingga merosakkan hubungan rumahtangga.

AL MAHABBAH

Sihir yang dibuat oleh isteri ditujukan kepada suaminya agar taat dan patuhi arahannya.

TAKHAYYUL

Sihir yang menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal. Juga akan berimaginasi benda kecil tetapi pada pandangannya ia besar.

NAZIF

Sihir yang dikenakan pada wanita yang mengalami darah istihadah (haid yang melebihi tempohnya), Darah akan keluar berterusan berbulan-bulan.

AL JUNUN

Sihir yang menjadikan seseorang lupa dan tersasul. Apabila bercakap matanya terbeliak. Tidak akan tetap di suatu tempat dan sering bertukar kerja. Selalu dilihat keluar tanpa hala tuju dan tinggal dirumah kosong.

AL KHUMUL

Yang terkena sihir ini akan suka bersendiri untuk tempoh yang panjang. Benci pada perhimpunan. Sentiasa resah dan lambat melakukan kerja.

Semuga dijauhi niat jahat manusia kepada kita serta dilindungiNya dan dipeliharaNya sepanjang masa. 

Jazakallah Khairan.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 3:51 PTG Kategori:

Comments
18 Comments

18 ulasan anda:

  1. Salam capt..terima kasih atas info yg berguna sgt2 ni..semoga Allah memberi ganjaran pahala yg setimpal dgn apa yg di kongsi..amin

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. salam capt,terima kasih atas info ini.semoga kita semua dijauhi gangguan yg ingin merosakkan anak adam

    BalasPadam
  4. salam capt. pagi. capt, blh tak delete komen sy yg lps tu. malu plk sy. t,kasih.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

    Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
    Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

    "SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

    P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
    DISINI

    "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
    Wallahualam.

    "Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

    blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

    BalasPadam
  6. moga dijauhkan dari perkara-perkara yang merosakkan...

    BalasPadam
  7. nauzubillah.. mintak simpangla.. ape2 pun, mekasih coz kongsi info ni ust..

    BalasPadam
  8. saya baru saja kawin pada april yang lalu.rumahtangga saya hanya bahagia selama sebulan saja.isteri saya tinggal bersama keluarganya.setiap minggu saya blik utk bersama isteri.malangnya ibu mertua sya menghalang sya utk tdur bersama istri.lepas pristiwa itu istri sering minta cerai.sya syak istri sya telah disihir oleh ibunya.istri benci tgok muka saya ,sudah bayak bomoh dan ustaz sya pergi utk berubat.tetapi hasilnya sama saja.sekarang sudah 2 bulan saya tidak berjmpa istri.tolang lah bantu saya.

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. salam capt..sya ada msalah dgn sihir taffiq ini.istri saya amat benci pda sya shigga mintak cerai.sekarang kami tak sehaluan lg.istri tidak tinggal brsama sya.jdi susah utk sya mengubati nya.tolong bantu saya

    BalasPadam
  12. @khairulsalam..captain turut simpati akan keadaan rumahtangga kamu..

    Nak buat penilaian samada isteri kamu kena sihir tafriq atau tidak adalah amat sukar sekali..Captain nasihatkan cari perawatan Islam yg ada berhampiran ditempat kamu.

    Berbincang dengan kedua orang tua bagaimana nak atasi perkara ini dgn mereka dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

    Sementara itu banyakkan solat hajat dan istikharah minta pertunjuk dari Allah..

    Bacalah doa-doa yg ada diblog ini..insyaAllah Allah Maha Pengasih dan mendengar permintaan hambaNya..Jangan cepat putus asa dan harapan dalam kemelut yg sedang berlaku ini..

    Hanya Allahs swt tempat hambaNya mengadu dan kena berusaha juga..
    wslm.

    BalasPadam
  13. salam capt...ibu mertua saya mati mati sruh sya ceraikan istri saya dan tidak membenarkan sya berjmpa istri.utk pengetahuan capt ibu mertua sya dari keturunan banjar perak.sya ada mendengar crita yg orang banjar bnyak menggunakan sihir.bapa mertua sya pun mcm dh terkena sihir nasi kangkang.apa ibu mertua sya ckap ikut ja.sampai hal kelurga pn ibu mertua sya yg uruskan.tlang lah sya capt..dh byak pengamal perubatan islam sya pergi.jwapan di beri istri di beri makan benda kotor.

    BalasPadam
  14. salam capt...sy seorang istri yg bru msk 4 bln mndrikn rmh tangga..
    keadaan mnjadi x tng di awal bln 3..suami sy tbe2 mnjdi snyap n mngasing kn diri dari sy..sy buntu capt..pd satu hari suami sy de mnghantar msg yg mngatakan die sudah tawar hati dgn sy n die ade bg plihan sma ada bpisah atau twuskn prkhwinan ini..hancur ati sy capt ble die ckp mcm tuh..sy x taw ape slh sy pd die..dgn sklip mata die berubah..ble di luar die boleh bgurau2 dgn kwn2 die..tp bila di rumah die jd pndiam n dingin ckp pwn x nk..klau kt rmh bdn sy jd pns n bdebar2 bile dia ade d rmh..soalan sy adakah suami sy terkena sihir pemisah?? n symtpom2 tu ade kt die ke?...

    BalasPadam
  15. hmpir setahun sy dgn suami dlm situasi tegang.. bru2 ni suami pijak muka sy..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam,

      Kasihan dgn nasib kamu..amalkan doa pengasih dan doa ayatul mahabah..insyaallah dia akan berubah nanti..

      wslm.

      Padam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA