Sabtu, 20 Februari 2010

Pengorbanan seorang ibu


Semalam penulis telah menelefon dan bertanya khabar seorang kawan yang berada di Perlis. Semasa beliau menerima panggilan telefon. Beliau sedang berada di luar bilek ICU, hospital Ipoh kerana melawat isteri kawannya  yang sedang nazak kerana penyakit kanser payudara. Jadi penulis ingin tahu apakah cerita selanjutnya. Beliau memberitahu Isteri kawannya ini  yang berumur 31 tahun dan  peluang untuk hidup adalah 50/50 kerana kansernya pada tahap kritikal.

Beliau mempunyai dua orang anak dan sewaktu mengandung anak ke 3, pada bulan ke 4 kehamilan, doktor telah memberitahu beliau mengidap penyakit kanser payu dara  dan peluangnya untuk sembuh adalah baik jika beliau menerima rawatan kemoterapi. Beliau telah diberi dua  pilihan iaitu sama ada nyawa beliau atau nyawa anak yang perlu diselamatkan. Tetapi beliau memilih untuk menyelamat nyawa anaknya. Semasa  mengandung segala rawatan ke atas beliau terpaksa ditangguhkan sehingga beliau selamat melahirkan anaknya.

Selepas  melahirkan  anak ke 3, barulah rawatan ke atas beliau bermula tetapi apakan daya semuanya sudah terlambat. Barahnya sudah merebak keseluruh bahagian badannya. Peluang untuk sembuh adalah tipis. Pada masa penulis membuat posting ini, beliau masih lagi koma dan hanya menunggu masa  sahaja panggilan ilahi.

Kadang-kadang pergorbanan seseorang ibu itu sangatlah tinggi tanpa mengambil kira sayang nyawa sendiri supaya anaknya dapat hidup ke dunia ini. Alangkah mulianya wanita ini yang sanggup berkorban diri demi  anaknya yang dikandung supaya selamat dilahirkan. Bagi penulis yang tidak kenal dengan wanita ini  dapat penulis membuat tafsiran sendiri. Beliau ini mestilah seorang isteri yang solehah. Rajin beribadat dan baik pekertinya dan juga seorang ibu yang penyayang yang dapat penulis rasakan.

Kalau isteri yang bukan solehah, bayi ini mungkin digugurkan supaya dia mendapat  rawatan dahulu.  Keutamaan nyawa sendiri adalah lebih penting dari nyawa anaknya. Bagi isteri begini  dunia lebih penting baginya. Takut sekiranya mati awal suami akan kahwin lain. Pada hal syurga dihadapan sedang menunggu jika mati selepas bersalin adalah mati syahid dan dijamin tempat disyurga.

Bagi isteri kawan yang kini sedang nazak, syurga sedang menantinya. Alangkah sungguh mulia wanita ini disisi Allah SWT. Kepada suaminya sekira isteri beliau kembali kerahmatullah, penulis harap banyak-banyaklah bersabar dengan ujian Allah SWT.  Mungkin  Allah SWT lebih menyayangi isterinya.  Penulis  mendoakan  semuga isterinya kembali sedar dari koma serta sembuh supaya dapat bersama keluarga tersayang membesarkan anak-anak yang masih kecil lagi.

Bersama-sama ini diambil sedikit petikan untuk sama-sama kita renungkan.


KEMULIAAN SEORANG IBU

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2.Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari dan pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagu satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, ia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang beri minum susu  badannya kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang memberi minum susu badanya kepada anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

7. Wanita menyusui anaknya yang sedang menangis maka Allah beri pahala satu tahun soalat dan puasa.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9.Wanita yang tidak cukup tidur pada  malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 3:07 PG Kategori:

Comments
6 Comments

6 ulasan anda:

  1. Subhanallah.. tersentuh hati sy membaca entri capt kali ini. kasihnya ibu membawa ke syurga. Insyaallah.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum.semoga Allah memberikan aku keinsafan

    BalasPadam
  3. Capt, thanks on this piece..deeply touched my heart n soul...begitulah naluri wanita sejati yg bergelar ibu..bkn seperti wanita meterialistik sekarang yang sanggup membuang dan langsung membakar bayinya..kejam sungguh! Semoga kita semua mendapat hidayah dari kisah benar ini...Semoga si ibu tenang di dalam koma dan mendapat ganjaran pahala atas pengorbanan sucinya..Semoga seluruh ahli keluarga wanita ini diberi kesabaran dan cekal menghadapi saat2 yang tidak dapat ditentukan lagi...

    BalasPadam
  4. Salam,

    Kepada semua yg mengomen. Sy tak kenal pun sedih dan terharu.

    Ini kan pengorbanan Ibu..Kasihnya Ibu membawa ke syurga...Memamg konfirm tempatnya disana.

    Kita yang belum tentu lagi samada sembahyang kita diterimaNya atau tidak.

    Mati kita mati Islam atau Mati Kufur..Doakan semua pembaca semuga dirahmati dan dipeliharakanNya.

    BalasPadam
  5. betapa besar pengorbanan beliau...

    tersentuh hati baca..
    semoga beliau tabah dan sabar dengan dugaan ini..

    BalasPadam

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

ARKIB


get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA