Sabtu, 12 Disember 2009

Resepi ikan bakar air asam


IKAN BAKAR


Bahan2:


1 ekor ikan bersaiz besar, dilumur sedikit garam dan asam jawa


Bawang Besar, dimayang


Bawang Merah, dimayang


Bawang Putih, diketuk


Halia, diketuk


Serai, diketuk


Lengkuas, dimayang


Cili kering, direndam dan dikisar dgn sedikit air


Santan


Air Asam Jawa


Garam & Gula Merah secukup rasa




Cara2:


1. Tumis semua bawang, halia, serai dan lengkuas.


2. Bila hampir layu, masukkan cili kisar. Kacau seketika, masukkan air asam jawa. Masak sehingga likat dan maik minyak.


3. Perasakan dengan garam dan gula merah.


4. Masukkan sedikit santan dan masak sehingga santan meresap dan hilang warna putihnya.


5. Lapikkan dulang pembakar dengan aluminium foil atau daun pisang.


6. Lumurkan sambal ke atas ikan dan bakar dalam oven sehingga masak. Sesekali lumurkan lagi sambal.


Air Asam Jawa


* Ramas segumpal asam jawa dengan air masak. Buangkan biji2 dan kulit asam dan ambil airnya shj... Mayangkan bawang besar, buah tomato dan hiriskan halus cilipadi. Masukkan semua dlm air asam dan campurkan sedikit gula. Siap untuk dimakan.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 12:44 PG Kategori:

0 ulasan anda:

Catat Ulasan

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA