Rabu, 2 Disember 2009

SOLAT ISTIKHARAH



-->



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Solat dalam erti kata lain ialah sembahyang yang ditunaikan oleh umat Islam tanda mengingati dan kesyukuran kepada pencipta alam sekalian iaitu Allah s.w.t. Solat adalah suatu perkara yang perkara wajib ditunaikan dan perlu dilakukan sebanyak lima kali sehari oleh setiap umat islam di suluruh dunia. 

Solat dilakukan dengan perlu mengikut hukum-hukum islam yang telah disyaratkan. Sekiranya melanggar salah satu syarat sah , syarat wajib atau rukun dalam solat, oleh kerana itu menjadi penyebab bahawa solat yang dilakukan adalah tidak sempurna dan juga tidak sah. 

Sebelum melakukan solat, wajib mengambil wuduk iaitu air sembahyang bagi tujuan membersihkan di tempat-tempat tertentu. Setelah itu, berdiri tegak dan menghadap kiblat dengan tepat. Umat Islam yang menunaikan waktu solat perlu melepasi dalam syarat sah dan wajib solat, Sesudah itu, niat di dalam hati untuk bersolat dengan lafaz niat yang betul,sesudah itu, lakukan takbiratul ihram ( Allah akhbar yang pertama ), kepada yang sihat, perlulah berdiri bagi melakukan solat tetapi pada yang kurang upaya boleh solat dengan pelbagai cara yang terbaik asalkan tidak bertentangan dengan agama islam, seterusnya wajib membaca surah Al-Fatihah, selepas membaca surah Al-Fatihah, lakukan rukuk beserta tama'ninah( tenang, tertib dan tidak terburu-buru), sesudah itu iktidal beserta tama'ninah kemudian sujud dua kali beserta tama'ninah, seterusnya, sementetara waktu solat, lakukan duduk diantara dua sujud beserta tama'ninah,Tasyahhud akhir dengan bacaan Tasyahhud (baca dengan bacan yang betul), seterusnya lakukan duduk dalam keadaan Tasyahhud akhir, wajib selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam Tasyahhud akhir, dan pengakhiran solat ialah memberi salam dan tertib. Mengikut ajaran agama islam, sekiranya Jika tertinggal bacaan doa qunut ( dalam waktu solat subuh sahaja) atau Tasyahhud awal, perlu membuat sujud sahwi selepas memberi salam. 

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Di dalam ajaran agama Islam, umat Islam digalakkan untuk melakukan solat-solat sunat bagi mendapat pahala di dunia mahupun di akhirat, solat sunat kebiasaanya dilakukan dengan tujuan-tujuan tertentu yang diniatkan dan agar dimakburkan permintaan hatinya oleh yang maha pencipta alam iaitu Allah s.w.t. Diantara solat-solat sunat dalam ajaran agama islam ialah solat sunat istikharah, solat sunat ini dilakukan pada malam hari iaitu pada 2/3 malam terakhir. Solat sunat istikharah ialah solat sunat yang meminta petunjuk untuk membuat pilihan sekiranya mempunyai peluang untuk memilih dan merasa sukar dan ragu-ragu untuk memilih antara salah satunya daripada daripada pilihan itu. Oleh yang sedemikian, perlulah meminta petunjuk agar digerakkan hati untuk memilih yang terbaik daripada kalangan yanag terbaik contohnya sukar memilih pasangan hidup.
PANDUAN SOLAT ISTIKHARAH
Lafaz niat:


"Usholli sunnatal istikhaarati rok'ataini lil laahi ta'aalaa"
Ertinya:

"Sahaja aku solat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala" 

Dibuat sebanyak 2 rakaat, rakaat pertama selepas baca surah Al-Fatihah, baca surah Al-Kafirun sekali. Rakaat kedua selepas baca surah Al-Fatihah, baca surah Al-Ikhlas sekali.

Selepas salam baca doa berikut:

Doa Solat Istikharah   



Ertinya:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan....) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

Nabi SAW bersabda:

Ertinya:

"Tidak rugi orang yang beristikharoh dan tidak menyesal orang yang bermusyawarah." (H.R. Jabir bin Abdullah)

Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.

Allah SWT telah berfirman:



"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".

Wasallam

Ditulis Oleh : Captain Hari: 12:50 PTG Kategori:

Comments
9 Comments

9 ulasan anda:

  1. Salam,

    Sunat istikharah seswai utk memohon Allah swt melorong dan memilihkan keputusan yg baik utk kita. Cth. Kalu Si A dah jatuh hati pada B, dan ingin melamar B utk jadi pasangan hidupnya. Tak perlu istikharah tapi terus buat solat hajat agar dipermudahkan urusan.

    Sunat istikharah lebih baik seandainya kita buntu utk membuat keputusan. Pilih A or pilih B, asalnya tak suka A nak pilih B. Tapi selepas istikharah hati berpindah dari B kpd A. Begitulah keadaannya. Kalu hati dah bulat utk membuat sesuatu keputusan tak perlu dah buat istikharah kan. Wallahu'alam.

    BalasPadam
  2. salam,

    juz nk minta pandangan..saya dh buat solat istikharah,byk kali..istikharah samada baik tuk saya teruskan hubungan dengan A ataupn x...tp xdpt pe2 petunjuk lagi..saya juga pernah buat 7 malam berturut2,tp masih xde pe2..cuma selalu teringat pd si dia..adakah itu salah satu petanda dari Allah?saya takut itu hanyalah perasaan saya je..tp kalo betul,perlukah saya bulatkan hati dan terus istikharah sampai la dpt petunjuk dari NYA..

    BalasPadam
  3. salam..pertunjuk bagaimana yang diminta??.

    Jika minta petunjuk perhubungan diteruskan atau tidak.

    Petunjuk seperti langit terang dan suasana nyaman. Tandanya baik. jika hujan ribut sebaliknya.

    Jika tak ada petunjuk apa-apa mungkin jangan teruskan perhubungan tsb.

    Nak diterangkan pertunjuk terpulang masing-masing punya niat.

    Yang baiknya kerja solat taubat dahulu diikuti solat hajat minta Allah beri pertunjuk dan baru solat istikharah. InsyaAllah..

    Itu yang selalu capt buat pada 2/3 malam.

    jazakallah khairan.

    BalasPadam
  4. kalau kita xhafal doa utk solat istikharah, camne ek?

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum.

    Terima Kasih atas panduan yang disediakan. Saya ada 1 soalan. Kenapa bacaan dalam tulisan arab itu tak sama dengan yang rumi. Terdapat kelainan dari segi bunyi/bilangan perkataan.

    Contoh:

    1. Selepas ayat: خَيْرٌ لِي فِي دِينِي
    Sambungan Arab: وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ
    Sambungan Rumi: wa dunyaaya wa 'aaqibati

    2. Selepas ayat: وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
    Sambungan Arab: أَوْ قَالَ : عَاجِلِ
    Sambungan Rumi: wa 'aajilih wa ajillih

    3. Selepas ayat: فَاقْدُرْهُ لِي
    Sambungan Arab: وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ
    Sambungan Rumi: wa baarik lii fiih

    Terdapat beberapa ketidak-samaan lagi pada ayat-ayat yang berikutnya. Kelainan tersebut menyebabkan saya menjadi sangsi mengenai ayat yang mana satu yang betul.

    Ataupun adakah makna yang diberikan sama walaupun terdapat kelainan pada bacaan di tulisan arab dan rumi.

    Jika kelainan yang saya tunjukkan itu merupakan satu kesilapan saya, saya minta maaf. Saya masih lagi belajar.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum.

    Terima Kasih atas panduan yang disediakan. Saya ada 1 soalan. Kenapa bacaan dalam tulisan arab itu tak sama dengan yang rumi. Terdapat kelainan dari segi bunyi/bilangan perkataan.

    Contoh:

    1. Selepas ayat: خَيْرٌ لِي فِي دِينِي
    Sambungan Arab: وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ
    Sambungan Rumi: wa dunyaaya wa 'aaqibati

    2. Selepas ayat: وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
    Sambungan Arab: أَوْ قَالَ : عَاجِلِ
    Sambungan Rumi: wa 'aajilih wa ajillih

    3. Selepas ayat: فَاقْدُرْهُ لِي
    Sambungan Arab: وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ
    Sambungan Rumi: wa baarik lii fiih

    Terdapat beberapa ketidak-samaan lagi pada ayat-ayat yang berikutnya. Kelainan tersebut menyebabkan saya menjadi sangsi mengenai ayat yang mana satu yang betul.

    Ataupun adakah makna yang diberikan sama walaupun terdapat kelainan pada bacaan di tulisan arab dan rumi.

    Jika kelainan yang saya tunjukkan itu merupakan satu kesilapan saya, saya minta maaf. Saya masih lagi belajar.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum.

    Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih atas usaha yang telah dicurahkan untuk menghasilakan panduan ini. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

    Keduanya, saya ingin bertanyakan soalan mengenai perbezaan yang terdapat diantara ayat tulisan arab dan tulisan rumi. Saya dapati terdapat kelainan pada sesetengah sambungan ayat jika dibandingkan diantara dua jenis tulisan tersebut.

    Contohnya selepas ayat "خَيْرٌ لِي فِي دِينِي", sambungannya pada ayat tulisan arab adalah "وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ" tetapi untuk tulisan rumi pula adalah "wa dunyaaya wa 'aaqibati".

    Terdapat beberapa lagi perbezaan antara tulisan arab dan rumi untuk ayat-ayat seterusnya. Kelainan ini mewujudkan rasa sangsi didalam diri saya mengenai ayat mana yang betul.

    Saya meminta maaf jika maksud yang cuba disampaikan adalah tidak berubah dengan perbezaan tersebut. Saya insan yang sedang belajar.

    BalasPadam
  8. Sila baca doa yang dalam bahasa arabic utk tidak melakukan kesilapan...jazakallahu khairan.

    BalasPadam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA