Sabtu, 24 Oktober 2009

SOLAT SUNAT "KIFARATUL BAUL"


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Fahamnya ialah sembahyang sunat untuk kifarat bagi najis kencing. Sebahagian dari azab kubur adalah berpunca daripada kencing seseorang itu tidak dibersihkan dengan baik. dalam sebuah hadits Rasulullah s.a.w bersabda, memberi ingat bahawa siksa kubur itu dikenakan keatas seseorang hingga selisih tulang dadanya kerana ia tidak menyucikan kencingnya dengan sempurna.

Sesiapa yang mengharapkan pengampunan daripada Allah SWT daripada dosa yang disebabkan najis kencing yang terkena badannya atau pakaiannya secara sedari ataupun tidak, maka perlu sekalilah mereka mengerjakan sembahyang sunat KIFARATUL BAUL. 

Cara Sembahyang ini dilakukan:

1. Sembahyang dua rakaat selepas sunat Dhuha.

2. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah - bacaannya ialah Surah Al-Kautsar, tujuh kali bacaan.

3. Rakaat kedua selepas Al-Fatihah - bacaannya ialah surah Al-Ikhlas, tujuh kali bacaan.

Lafaz Niatnya: 

"Sahaja aku sembahyang sunat kifaratul baul 2 rakaat kerana Allah taala".

Demikian seperti yang diterangkan didalam Khazinatul Asrar. 

Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 10:23 PTG Kategori:

Comments
1 Comments

1 ulasan anda:

  1. assalamu'alaikum Tuan,
    makasih diatas panduan solat sunat kifaratul baul. diharap tuan sudi nyatakan do'a selepas solat tersebut.

    ps. seikhlasnya saya rasa gambar anak berbogel dan sedang kencing tu amat tidak manis sekali buat tontonan ramai. drp Hj Shaiful

    BalasPadam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA