Khamis, 8 Oktober 2009

ADAB MELAKUKAN PERSETUBUHAN DALAM ISLAM

Gambar dari goggle


Bab ini telah ditulis dalam buku Asas-asas Fardu Ain oleh Allahyarham Ustaz Sulaiman Endut yang telah kembali ke rahmatullah pada September 2001. Semuga roh beliau dicucuri rahmat dan tempat dikalangan orang-orang yang beriman. Banyak adab-adab yang kita tidak ketahui dalam melakukan persetubuhan kerana kita tidak banyak membaca atau tidak diajar kepada pasangan-pasangan yang akan mendirikan rumahtangga. Disini ingin saya sampaikan kepada kawan-kawan pembaca supaya mendapat panduan dan memperolehi kebahagian dalam berumahtangga nanti.

Perkara-perkara yang mesti dilakukan oleh pasangan sebelum dan sesudah persetubuhan.

1. Membersihkan gigi.

2. Sunat berwuduk terlebih dahulu.

3. Memakai bau-bauan.

4. Memohon ampun kepada Allah SWT.

5. Bercumbuan-cumbuan bagi menaikan nafsu isteri terlebih dahulu.

6. Bila kedua-dua pihak sudah bersedia hendaklah baca doa berikut yang diterjemahkan:

"Dengan nama Allah, ya Allah, jauhkanlah syaitan dari kami dan jauhkan syaitan dari apa yang engkau kurniakan kepada kami (anak)"

7. Apabila suami telah keluar mani terlebih dahulu sedangkan isterinya belum hendaklah suami jangan lekas-lekas menarik zakarnya sebelum isterinya mencapai kepuasan (keluar air mani).

8. Sunat bersetubuh, pada malam Jumaat dan Isnin.

9. Setelah selesai melakukan persetubuhan jangan tergesa-gesa berdiri sebaiknya berbaringlah sebentar untuk menormalkan denyutan jantung.

10. Selepas melakukan persetubuhan hendaklah membasuh kemaluan masing-masing, kemudian berwuduk sebelum tidur.

11. Suami-isteri hendaklah jangan saling melihat kemaluan antara satu sama lain.

12. Elakkan dari bertelanjang. Suami-isteri disyorkan menanggalkan semua pakaian masing-masing, tetapi keduanya mestilah menutup diri dengan sehelai selimut.

13. Ketika melakukan persetubuhan, kedua suami isteri haram membayangkan pasangan orang lain (bukan isteri atau suaminya).

14. Jangan melakukan azl (onani) tanpa kebenaran isteri. Azl ialah suami mengeluarkan air mani diluar kemaluan isteri.

15. Disunat bagi suami berwuduk terlebih dahulu jika mahu mengulangi persetubuhannya.

16. Diharamkan melakukan persetubuhan melalui dubur isterinya atau ketika isteri didatangi haid atau nifas.


Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 2:11 PG Kategori:

0 ulasan anda:

Catat Ulasan

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

ARKIB


get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA