Sabtu, 17 Oktober 2009

ADAB DAN HAK JIRAN TETANGGA


Di dalam masyarakat Malaysia terutama di bandar besar, kadang-kadang kita tidak kenal siapakah jiran disebelah kiri atau kanan rumah kita. Mungkin kerana masing-masing terlalu sibuk sehingga tidak ada masa berbual selepas balik dari waktu kerja. Kadang-kadang ada jiran sebelah mengadakan jamuan atau kenduri tetapi tidak menjemput kita. Kita mula merasakan keluarga kita terpinggir dan kita akan berasa berkecil hati.

Sekiranya berlaku sesuatu kes seperti kes pecah rumah kepada jiran kita, kita mungkin tidak akan ambil peduli lagi atau ingin menolong kerana ayatnya berbunyi begini “padan muka, sombong sangat, rasakan” sekiranya terjadi sikap demikian maka rosaklah seluruh masyarakat di kawasan tersebut.

Masa dahulu kita tinggal di kampung, sekiranya diadakan kenduri kahwin, seluruh kampung akan dijemput hadir dan bergotong-royong dalam menyediakan masakan dan mendirikan khemah-khemah bersama penduduk kampung. Kata perpatah melayu “
berat sama di pikul, ringan sama dijinjing”.

Sekarang walaupun di kampong atau di desa, banyak perubahan sudah berlaku. Orang yang status tinggi dimuliakan dalam apa-apa majlis pun dan yang miskin dianggap seperti “melukut ditepi gantang” diketepikan. Jiran-jiran mula dengki dan khianat satu sama lain. Kata mereka bangsa Melayu bangsa yang banyak kelulusan PHD (Perasaan Hasad Dengki). Tak boleh tengok jiran senang sikit. Mula sakit hati dan kalau jiran itu miskin pulak di kutuk dan dihina seperti anjing kurap.

Kita hendaklah faham dan tahu adab dan hak jiran kita. Prinsip hidup kita kata perpatah Melayu “
Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali-kali

Jiran ialah mereka berada 40 buah rumah disekeliling kita, antara adab-adabnya:

1. Tidak melakukan penganiayaan terhadap mereka. Antara bentuk penganiyaan yang dimaksudkan ialah:

- tidak melakukan zina terhadap isteri dan anak jiran.
- Tidak mencuri
- Tidak membuang sampah
- Tidak menyakiti jiran
- Tidak menghina jiran atau kebodohannya

2. Melindung tetangga dengan bersikap mengambil berat terhadap kesusahan mereka dan menyelamat mereka dari bahaya.

3. Membuat baik kepada jiran tetangga seperti mengucapkan tahniah atas kejayaan atau kemenangan kerana mendapat cahaya mata atau anak-anak mereka lulus peperiksaan. Mengucapkan takziah kerana kemalangan atau kematian. Melawat ketika sakit. Membimbing dan menasihati ke jalan yang benar. Mengajar dan membantu mereka jika mereka perlukan bantuan dan sebagainya.

4. Bersikap berlapang dada terhadap jiran seperti memaafkannya jika mereka berlaku kasar terhadap kita.

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:

“Barangsiapa menutup pintunya terhadap jirannya kerana bimbang atas keluarganya dan harta bendanya maka bukanlah dia seorang mukmin. Dan tiadalah beriman sesiapa yang jirannya tidak selamat dari kejahatannya.Adakah anda tahu hak jiran itu? Hak jiran itu ialah jika dia memohon bantuan, anda membantunya. Jika dia meminta pinjaman anda hendaklah memberi pinjaman itu. Jika memerlukan sesuatu anda hendaklah memenuhinya. Jika dia sakit hendaklah melawatnya. Jika dia mendapat kebaikan anda hendaklah mengembirakannya. Jika dia dia ditimpa kesuahan anda hendaklah ucapkan takziah. Jika dia meninggal dunia anda hantarkan jenazahnya ke kubur. Jangan membina rumah lebih tinggi dari rumahnya sehingga angin tertahan masuk ke rumahnya melainkan dengan izinnya. Jangan mengganggui dengan bau masakan, melainkan anda hendaklah memberinya sedikit daripada masakan itu. Jika anda membeli buah-buahan, berikanlah kepada berapa biji. Jika anda tidak mahu memberikannya bawa buah itu di dalam bungkusan, janganlah biarkan anak-anakmu memakan makanan di luar rumah sehingga menyebabkan anak jiran kamu merasa teringin apabila melihat anak mu makan”



Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 11:38 PTG Kategori:

Comments
2 Comments

2 ulasan anda:

  1. walaupun entry ni dah lama tapi saya nak komen.....skang saya tinggal kat kampong....dulu tinggal kat kampong gak tapi tengah2 jer kampong depan belakang tepi kiri kanan bandar.....best lagi kat kampong skang....walaupun tak kenal sapa...tapi budi bahasa berstandard tinggi......cuma tang peribahsa...ni nenek saya yang pesan....buat baik berpada-pada ,buat jahat sekali sekala.......jangan marah yer capt....hehehe

    BalasPadam
  2. salam Saidila,

    Terima kasih komen atau pandangan Jiran di kampung kadang ada yg baik kadang pening juga...

    Dulu pengalaman kat kampong. Bila bisnes baik, semua jiran senyum dan ajak minum kopi.

    Bila down bisnes 1997 masa Gawat ekonomi. Masa itu tahu lah yg mana baik dan yg mana kutuk kat belakang.

    Tapi betul, buat baik berpadax shj. Jahat jgn buat dosa ya.

    BalasPadam

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA