Khamis, 24 September 2009

KELEBIHAN SURAH AL-MULK



Semasa Allahyarham bapa penulis masih hidup, beliau selalu membaca dan menghafal banyak surah-surah didalam Al-Quran. Diantara surah-surah yang selalu penulis dengar dihafas oleh kedua-dua Allahyarham ibu dan ayah ialah surah Al Mulk. Mereka juga memberitahu kelebihan surah Al Mulk. 

Diantaranya ialah apabila ajal telah hampir tiba, kita dapat merasainya. Mereka berpesan kepada saya supaya menghafal surah tersebut, Alhamdulillah, saya dapat menghafalnya. Saya harap kawan-kawan pembaca blog ini juga turut menghafal surah ini. 

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan: 

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: 


"Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka." 

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya: 

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: 


"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk." 

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: 


"Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur." 

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: 


"Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya." 

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: 


"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur." 

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: 


"Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir". 

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: 


"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga." 

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: 


"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga." 

8. Ulama berkata:


"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk." 

9. Ulama berkata: 


"Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka." 

10. Saiyidina 'Ali berkata: 


"Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf." 

11. Ulama berkata: 


"Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk." 

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: 


"Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."

Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk.

wasallam.

INGIN MEMBACA KLIK SINI: SURAH AL-MULK

Ditulis Oleh : Captain Hari: 1:06 PTG Kategori:

Comments
10 Comments

10 ulasan anda:

  1. salam...alhamdulillah hampir tiap2 mlm sy bace tp ape yg sy bimbangkan sy sering melakukan maksiat samade sedar atau x...takut sngt bacaab sy x membawa manfaat sbb maksiat yg sy buat...tiap kali sy nak berubah tiap kali tu la sy rs susah sngt nk jd baik...

    BalasPadam
  2. salam,

    Tuan boleh terus membaca surah Al-Mulk atau menghafalkannya.
    Tuan masih belum tergelincir hati lagi kerana masih sedar akan perbuatan maksiat yg sedar atau tidak. Apa yg perlu tuan buat kerana nafsu kadangx mengawal hati..yg penting hati kena kuat dari nafsu..

    1. Niat yg penting. utk kembali ke landasan yg lurus.
    2. Sembahyang taubah 2 rkt. Dan minta dikuatkan iman dan diri.
    3. Astaghfar 100x setiap kali lps solat waktu.
    4. Org yg dapat membaca surah Al-mulk insyAllah Allah akan buka pintu hatinya dan menjauhikan maksiat.
    5. Baca artikel.Membersihkan Hati Sanubari Topik 6.Buat yg terdaya.
    6. Tawakal dan berdoa utk berubah menjadi lebih baik.
    7. Ingatlah Allah Maha Pengasih.

    InsyAllah tuan berusaha nanti apa yg sy tulis demi kebaikan bersama.

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum wtw.

    ~ SAUDARAKU.
    SAYA BERSYUKUR PADA ALLAH SWT DEBERIKAN KEKUATAN LAGI UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN DI DUNIA SEMENTARA INI,MARILAH KITA SAMA2 MEMPERINGAT KEPADA SAUDARA2 KITA SUPAYA MERAKA DAPAT MEMBACA DAN MENGHAFAL SURAH (TABAROKAL AL MULK).
    SURAH YANG PALING SAYA CINTAI IAITU 30 AYAT AL_MULK.

    BalasPadam
  4. @Anonymous

    Alhamdulillah dengan nawaitu saudara...semuga menghafal dan membaca sebilang masa yg terluang dan mengingati kematian yg pasti..jazakallah khairan.

    BalasPadam
  5. nk tanya admin sket...job di rumah mmg komfem kita dpt payment?just nk tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah dapat hasilnya itu sebabnya captain iklankan di blog ini. Jika ia scam sudah lama captain keluarkan iklan ini. Buat apa nak aniayai pembaca.

      InsyaAllah, rezki itu Allah SWT yang beri. Samada sikit atau banyak.

      wslm.

      Padam
  6. nk tanya admin sket...job di rumah mmg komfem kita dpt payment?just nk tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah dapat hasilnya itu sebabnya captain iklankan di blog ini. Jika ia scam sudah lama captain keluarkan iklan ini. Buat apa nak aniayai pembaca.

      InsyaAllah, rezki itu Allah SWT yang beri. Samada sikit atau banyak.

      wslm.

      Padam
  7. nk tanya admin sket...job di rumah mmg komfem kita dpt payment?just nk tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam,

      Sudah dapat hasilnya itu sebabnya captain iklankan di blog ini. Jika ia scam sudah lama captain keluarkan iklan ini. Buat apa nak aniayai pembaca.

      InsyaAllah, rezki itu Allah SWT yang beri. Samada sikit atau banyak.

      wslm.

      Padam

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA