Sabtu, 15 Ogos 2009

PENETAPAN BULAN RAMADHAN


"Puasalah kamu kerana melihatnya ( anak bulan ), berbukalah kerana melihatnya. Sekiranya kamu terhalang daripada melihatnya, maka sempurnakanlah bilangan Sya'ban selama 30 hari" [ Bukhari dan Muslim ]

HURAIAN
Penetapan bulan Ramadhan adalah berdasarkan salah satu daripada 2 perkara berikut :

Pertama : Melihat anak bulan Ramadhan ( Ru'yah al-hilal ) pada malam 30 Sya'ban. ini boleh berlaku apabila seorang saksi yang adil menyatakan kesaksiannya di hadapan qadhi bahawa dia telah melihat anak bulan.

Kedua : Mencukupkan 30 hari bulan Sya'ban. Ini berlaku apabila susah melihat anak bulan disebabkan awan tebal ataupun saksi adil tidak datang menyatakan bahawa dia telah melihat anak bulan. Ketika itu disempurnakan bulan Sya'ban 30 hari kerana itu adalah asal keadaan selagimana tidak datang perkara lain yang bertentangan dengannya.
Daripada Ibnu Abbad ra katanya, seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah saw lalu berkata :

"Sesungguhnya aku telah melihat anak bulan Ramadhan. Sabda Baginda : "Apakah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah?" Katanya : "Ya". Tanya Baginda : "Apakah kamu menyaksikan bahawa Muhammad itu utusan Allah?" Jawabnya : "Ya". Sabda Baginda : "Wahai Bilal, isytiharkan kepada orang ramai hendaklah mereka berpuasa pada esok hari". ( Disahihkan oleh Ibnu Hibban di dalam Mawarid az-Zham'an (870) dan Al-Hakim (1/424).

Dengan ini, apabila anak bulan kelihatan di suatu negeri ( bandar ), maka penduduk negeri
( bandar ) yang berhampiran dengan negeri yang melihat anak bulan itu wajib berpuasa
Ukuran jarak jauh dan dekat adalah berdasarkan kepada perbezaan matla' ( tempat terbit anak bulan ).

Berdasarkan sebuah hadith lain yang panjang yang diriwayatkan oleh Muslim (1087 ), para ulama mengatakan :

Apabila puasa tidak diwajibkan terhadap penduduk negeri yang jauh lalu seseorang penduduk negeri yang telah melihat anak bulan bermusafir ke negeri tersebut, maka hendaklah dia berpuasa bersama mereka di akhir bulan walaupun dia telah menyempurnakan puasa selama 30 hari. Ini kerana disebabkan perpindahannya ke negeri tersebut, dia dianggap salah seorang dari mereka. Dengan itu dia mesti mengikut hukum mereka.

Sesiapa yang bermusafir dari negeri yang tidak melihat anak bulan ke negeri yang melihat anak bulan, dia hendaklah berbuka ( berhari raya ) bersama mereka sama ada dia telah berpuasa 28 hari ( disebabkan Ramadhan pada penduduk setempat hanya 29 hari ) ataupun dia berpuasa 29 hari ( kerana Ramadhan di sisi mereka sempurna 30 hari ). Walaubagaimanapun, jika dia berpuasa selama 28 hari sahaja, hendaklah dia mengqadhakan puasanya selama sehari kerana satu bulan bukanlah 28 hari.

Sesiapa yang pada waktu paginya berada di negeri yang merayakan hari raya, lalu bermusafir negeri yang jauh dan penduduknya masih berpuasa, wajib baginya menahan dirinya untuk baki hari tersebut sebagai mengikuti penduduk negeri tersebut.

Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah. Siri 21/05

Ditulis Oleh : Captain Hari: 5:53 PTG Kategori:

0 ulasan anda:

Catat Ulasan

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA