Ahad, 9 Ogos 2009

PANDUAN SOLAT MUSAFIR




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kepada pengembara Muslim yang selalu ke luar kawasan untuk bertugas.



-->
CARA-CARA MELAKSANAKAN SEMBAHYANG JAMAK

Cara melaksanakan sembahyang jamak itu terbahagi kepada dua bahagia iaitu 'jamak taqdim' dan 'jamak takhir'.

Jamak taqdim bermaksud menghimpuan sembahyang asar ke dalam waktu zuhur serat sembahyang isya ke dalam waktu maghrib,manakala jamak takhir pula bermaksud sembahyang yang terdahulu kedalam waktu yang terkemudian iaitu menghimpunkan sembahyang zuhur ke dalam waktu asar,menghimpunkan sembahyang maghrib ke dalam waktu sembahyang isya.

SEBAB-SEBAB YANG MEMBOLEHKAN SEMBAHYANG JAMAK.

1. Berada di Arafah dan di Muzdalifah.
Para Ulamak sependapat bahawa menjamak sembahyang zuhur dengan sembahyang asar secara jamak taqdim di arafah dan menjamak sembahyang maghrib dengan sembahyang isya' di Muzdalifah adalah hukumnya sunat.

2. Musafir.
Menurut pendapat Imam syafie dan sebahagian Ulamak,menjamak sembahyang kerana musafir adalah hukumnya harus samada sembahyang itu dilakukan sedang berhenti mahupun sedang dalam perjalanan.

3. Hujan lebat.
Para Ulamak Syafieyah membolehkan seseorang yang bermukim menghimpunkan antara sembahyang zuhur dengan sembahyang asar,sembahyang maghrib dengan isya' secara taqdim apabila hujan lebat ketika mengangkat takbiratul ihram dalam sembahyang yang pertama sehingga selesai, sementara itu masih berterusan hujan ketika ingin memulakan sembahyang yang kedua. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa ' sesunggunhya Nabi saw menghimpunkan antara sembahyang maghrib dan isya pada waktu malam kerana hujan lebat.'

4. Sakit atau uzur.
Imam Ahmad qadhi Hussain Al-Khattabi dan Al-Mutawwali dari kalangan Syafieyah membolehkan seseorang muslim menghimpunkan solat baik secara taqdim mahupun secara takhir. Mereka mengkiaskan bahawa kesukaran kerana sakit lebih besar daripada kesukaran kerana hujan.Dalam kitab Al-Mughni dinyatakan bahawa sakit yang membolehkan seseorang menghimpunkan sembahyangnya ialah apabila sembahyang itu dikerjakan pada waktunya, akan menyebabkan kesukaran dan lemah badan samada seseorang ditimpa sakit teruk seperti sakit kepala, sakit perut ataupun cirit-birit sehingga penyakit yang ddialaminya itu menghalangnya menunaikan sembahyang pada waktunya, maka ketika itu diharuskan menghimpunkan sembahyangnya.

5. Ada keperluan.
Dalam kitab 'syarah muslim' Imam An-Nawawi sebagai berikut: 'Beberapa Imam membolehkan menghimpun sembahyang bagi orang yang tidak musafir, apabila ada keperluan, asalkan hal itudijadikannya suatu kebiasaan'.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang berbunyi: 'Sesungguhnya Nabi SAW sembahyang di Madinah sebanyak lapan rekaat, iaitu masing-maisng menghimpunkan sembahyang zuhur dengan asar serta maghrib dengan isya.

SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG JAMAK

1. Syarat-syarat jamak taqdim.
(1) Berniat untuk sembahyang jamak dalam sembahyang yang pertama ( bermula dari takbiratul ihram atau di tengah-tengah sembahyang,selagi sebelum memberi salam )
Lafaz niatnya seperti berikut :

(a) Lafaz niat sembahyang zuhur.
"Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rekaat dihimpunkan asar kepadanya tunai kerana Allah Taala. "

(b) Lafaz niat sembahyang maghrib.
"Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rekaat dihimpunkan Isyak kepadanya tunai kerana Allah Taala."

(c) Lafaz niat sembahyang fardhu isya.
"Sahaja aku sembahyang fardhu isya’ empat rekaat dihimpunkan maghrib padanya Tunai kerana Allah Taala."

(2) Tertib.
Didahulukan sembahyang yang pertama,kemudian baru ditunaik yang kedua.

(3) Mualat.
Mualat iaitu berturut-turut antara dua sembahyang yang dikumpulkan.Jangan diselangi dengan masa yang panjang.Peringatan :-

- Selang masa yang dibenarkan ialah tidak melebihi masa kadar dua rakaat sembahyang sunat yang ringkas.

-Setelah mengerjakan solat yang pertama hendaklah kita segera melakukan solat yang kedua tanpa dibatasi oleh suatu perbuatan mahupun sekadar membaca tasbih kecuali untuk mengambil wudhuk sekiranya wudhuk batal.

(4) Masih berkekalan dalam musafir sehingga takbiratul ihram sembahyang yang kedua ( tidakdisyaratkan sampai tamat sembahyang yang kedua itu )

SYARAT-SYARAT JAMAK TAKHIR.

(1) Niat hendak takhirkan sembahyang fardhu zuhur ke waktu asar atau takhirkan sembahyang fardhu maghrib ke waktu isyak iaitu bermulanya masuk waktu sembahyang yang pertama hinggalah berakhirnya waktu ( dengan kata lain niat untuk takhirkan fardhu ke dalam waktu asar hendaklah diniatkan dalam waktu zuhur).

(2) Sekiranya jamak itu dilakukan semasa musafir,maka hendaklah perjalanan itu berkekalan sehingga selesai melakukan solat yang kedua. Dalam sembahyang jamak takhir ini tidak disyaratkan tertib, kerana Rasulullah SAW pernah menghimpunkan sembahyang zuhur ke dalam waktu asar ( jamak takhir ) dan beliau menunaikan sembahyang asar terlebih dahulu.
Lafaz niat jamak takhir seperti berikut:

(a) Lafaz niat sembahyang fardhu zuhur.
"Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rekaat dihimpunkan asar kepadanya tunai kerana Allah Taala."

(b) Lafaz niat sembahyang fardhu asar.
"Sahaja aku sembahyang fardu asar empat rekaat dihimpunkan zuhur kepadanya tunai kerana Allah Tala."

(c) Lafaz niat sembahyang fardhu maghrib.
"Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rekaat dihimpunkan isyak kepadanya tunai kerana Allah Taala.”

(d) Lafaz niat sembahyang fardhu isya.
"Sahaja aku sembahyang fardhu isya empat rekaat dihimpunkan maghrib padanya tunai kerana Allah Taala".

SEMBAHYANG QASAR SERTA JAMAK.

Bagi orang yang sedang bermusafir, selain daripada dibolehkan menjamak dan mengqasarkan, bolehjuga menunaikan sembahyang jamak dan qasar sekaligus. Perbezaannya ialah apabila seseorang mengqasarkan sembahyangnya sahaja maka dia mestimenunaikan pada waktunya tetapi apabila seseorang itu menunaikan sembahyang secara jamak dan qasar sekaligus, maka sembahyang tersebut boleh dihimpunkan dan dipendekkan rekaatnya, yakin masing-masing sembahyang dijadikan dua rekaat. Keterangan kedudukan sembahyang yang lima waktu berkenaan dengan jamak dan qasar ini :

1)Sembahyang yang boleh dijamakkan ialah sembahyang zuhur,asar,maghrib dan isya.
2)Sembahyang yang boleh diqasarkan ialah sembahyang yang empat rekaat sahaja iaitu fardhuzuhur, asar dan isya.
3)Sembahyang yang boleh dijamak dan di qasarkan sekaligus ialah fardhu zuhur, asar dan isya.
4)Sembahyang yang boleh dijamakkan sahaja ialah sembahyang fardhu maghrib.
5)Sembahyang yang tidak boleh dijamak mahupun diqasarkan ialah fardhu subuh.

CONTOH LAFAZ NIAT QASAR DAN JAMAK.

1) Jamak taqdim.

a) Lafaz niat fardhu asar.
"Sahaja aku sembahyang fardhu asar dua rekaat qasar,dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala.”

b) Lafaz niat sembahyang fardhu isya.
"sahaja aku sembahyang fardhu isya dua rekaat qasar,dihimpunkan maghrib kepadanya tunai kerana Allah Taala."

TEMPOH YANG DIHARUSKAN QASAR ATAU JAMAK KETIKA BERMUSAFIR.

1) Boleh sembahyang jamak dan qasar disatu tempat ( dalam musafir ) selama empat hari tidaktermasuk hari masuk dan hari keluar daripada tempat itu.

2)Jika kita niat hendak berhenti semata-mata disatu tempat ( dalam musafir ) selama empat hari atau lebih, maka putuslah musafir sebaik sahaja sampai ke tempat tersebut dan tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar. Begitu juga kalau berhenti itu kerana hajat yang tidak boleh selesai dalam masa empat hari,maka putus juga musafirnya. Tetapi kalau berhenti itu kerana hajat yang boleh selesai dalam masa empat hari ( atau hendak berhenti kurang dari empat hari ) maka boleh qasar dan jamak selama empat hari itu.

3)Jika kita niat hendak berhenti terus disuatu tempat, maka berakhirlah musafir apabila sampai ke tempat tersebut.Kita tidak boleh lagi sembahyang jamak dam qasar kerana kita telah niat bermukim disitu.

4)Jika kita berhenti disuatu tempat dalam musafir kerana ada urusan yang dijangka selesai dua atau tiga hari tetapi urusan itu tidak juga selesai dari sehari ke sehari,maka kita boleh terus sembahyang jamak dan qasar sehingga 18 hari.

5)Jika kita bermusafir dalam keadaan tidak tahu tempoh berhenti atau tiada tempat yang tertentu yang dituju,kita tidak boleh sembahyang jamak dan qasar.

6)Jika kita sedang sembahyang qasar dan jamak dalam kenderaan,tiba-tiba sampai ke tempat yang dituju yang tidak boleh jamak dan qasar atau sampai ke tempat asal ( tempat menetap ) kita wajib sudahkan sembahyang fadhu itu secara tamam ( empat rekaat ).

7)Jika bermusafir tetapi tidak tahu hukum dan syarat-syarat mengenai sembahyang jamak dan qasar,maka kita wajib sembahyang tamam ( sempurna ) sepanjang musafir.

8)Jika kita keluar dari rumah sebelum fajar hari jumaat,kita diharuskan mengerjakan sembahyang jumaat.Tetapi jika keluar selepas fajar hari jumaat,kita wajib mengerjakan sembahyang jumaat di mana tempat kita mendengar azan semasa kita bermusafir.

Sekian Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 1:21 PTG Kategori:

Comments
1 Comments

1 ulasan anda:

  1. undetuadync
    [url=http://healthplusrx.com/buy-health-pills]buy health pills[/url]
    MoogyNaky

    BalasPadam

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA