Jumaat, 21 Ogos 2009

MENU BULAN PUASA RAMADHAN


Apabila bulan ramadhan menjelang tiba, selera manusia juga akan berubah. Surirumah memikirkan apakah menu yang akan disediakan untuk berbuka puasa dan sahur untuk keluarganya. Seperti selalunya Pasar Ramadhan menjadi tumpuan ramai dan semua juadah yang kita ingini ada di pasar ramadhan. Adakalanya juadah-juadah di pasar ramadhan, enak dipandang dimata terutamanya sebelum berbuka puasa. Selepas berbuka puasa mungkin tidak jamah langsung masakannya kerana tidak sedap dan akhirnya akan dibuang pada keesokkan harinya.
Sekiranya ini berlaku, kita boleh dianggap membazir makanan.Kadang-kadang juadah yang dibeli dipasar ramadhan ada yang dimasak awal pagi dan menjadi basi selepas 6 jam terutama yang menggunakan santan kelapa. Sebaiknya perhatikan betul-betul juadah yang terdedah, kadang-kadang terdapat telor ulat yang berwarna putih, boleh menyebabkan sakit perut.
Islam melarang kita membazir makanan yang sebenarnya bulan puasa itu mengajar kita menginsafi insan lain yang tidak ada makanan dan kita bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang melimpah yang Allah SWT berikan kepada kita. Selalunya di bulan puasa, masakan lauk ikan kurang mendapat sambutan dan yang menjadi pilihan adalah masakan ayam atau daging.
Disini diperturunkan menu yang mudah dan senang disediakan. Bagi surirumah yang tidak bekerja eloklah belajar masakan ini.
  1. Masakan Ayam Merah.
  2. Masakan Ayam/Daging Kurma.
  3. Masakan Ayam/Daging Beriani.
  4. Masakan Ayam/Daging Kicap.
  5. Masakan Ayam/Daging Lada Hitam.
MASAKAN AYAM MERAH.
Bahan-bahan
:
  1. Ayam 2 kg yang dibelah 12 bahagian.
  2. Minyak Masak ½ cawan atau secukupnya.
  3. Rempah Gulai Daging 3 sudu besar.
  4. Garam ½ sudu besar.
  5. Gula ½ sudu besar.
  6. Bawang Besar 2 biji labu. }
  7. Bawang putih 4 biji labu. }
  8. Halia ½ inci. } Dikisar halus.
  9. Bawang Merah 3 biji labu. }
  10. Kayu Manis 1 batang.
  11. Cengkih 7-10 biji.
  12. Buah pelaga 5 -6 biji.
  13. Bunga lawang 3-4 biji.
  14. Bawang goreng secukupnya.
  15. Daun sup secukupnya
  16. Kentang dibelah besar.
  17. Tomato Puree ½ cawan.
Cara memasak:
  1. Masukkan ½ cawan minyak ke dalam kuali dan panaskan minyak.
  2. Apabila minyak sudah panas, masukkan kayu manis, cengkih dan bunga lawang dan buah pelaga.
  3. Apabila bau sedikit, masukkan Bawang Besar,Putih,Halia dan Bawang Merah yang dikisar ke dalam kuali dan tunggu hingga bertukar warna kuning .
  4. Masukkan rempah dan tambah sedikit air dan tunggu hingga pecah minyak.
  5. Apabila pecah minyak kemudian masukkan 4 cawan air, tunggu hingga air mendidih.
  6. Masukkan ayam, kentang, tomato puree, gula dan garam tadi.
  7. Masak selama 30 – 40 minit.
  8. Apabila sudah masak selama 30 minit. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit lagi.
  9. Selepas itu tutup api dan masukkan bawang goreng dan daun sup yang dipotong ke dalam masakan tersebut sebelum dihidangkan.
Untuk masakan lain.
1. Masakan Ayam/Daging Kurma.
Gantikan Rempah Daging dengan Rempah Kurma. Lain-lain bahan adalah sama.
2. Masakan Ayam Beriani.
Gantikan Rempah Daging dengan Rempah Beriani. Lain-lain bahan adalah sama.
3. Masakan Ayam Kicap.
Tambah kicap 5 ke 6 sudu sahaja. Tomato puree dan Rempah Daging tidak digunakan. Lain-lain bahan adalah sama.
4. Masakan Ayam/Daging Lada Hitam.
Tidak menggunakan sebarang Rempah Daging dan tomato puree. Masukkan Perencah Lada Hitam yang dibeli dipasaraya. Lain-lain bahan adalah sama.
Selamat mencuba resepi masakan ini. Semua masakan ini adalah menu harian yang dimasak oleh penulis blog ini untuk makanan tengahari di hari biasa untuk anak-anak. Kepada suami yang minat nak jadi chef, cubalah sekali-sekala.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 9:49 PTG Kategori:

Comments
1 Comments

1 ulasan anda:

NOVEL-NOVEL ANA SOFIYA

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-7. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15



cintamu cintaku satu

ccs 1, ccs 2, ccs 2-samb, ccs 3, ccs 4, ccs 5














get this

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA