Jumaat, 14 Ogos 2009

SOLAT HAJAT


solat hajat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Solat Sunat Hajat adalah solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat yang besar mahupun hajat yang kecil, untuk dicapai, solat sunat hajat dilakukan pada malam hari iaitu 2/3 malam terakhir. Solat sunat ini dilakukan dalam 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan besertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.

PANDUAN SOLAT HAJAT

Mandi terlebih dahulu dan mengambil wuduk. Pakaian yang bersih, yang afdal berwarna putih.

Lafaz Niat:
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

“Ushollii sunnatal haajati rok’ataini lil laahi ta’aalaa” 

Ertinya:

“Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”

SEBENARNYA SOLAT HAJAT BOLEH DILAKUKAN DALAM 22 CARA SOLAT. HANYA CARA SOLAT HAJAT PERTAMA, KEDUA, KETIGA DAN SOLAT HAJAT KEEMPAT DITERANGKAN KALI INI.

1. Cara Solat Hajat yang Pertama

Dibuat sebanyak 2 rakaat, Baca mana-mana ayat lazim selepas surah Al-Fatihah. Selepas salam masih mengadap kiblat, baca surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 152 kali. Kemudian mohonlah segala hajat pada Allah SWT.

2. Cara Solat Hajat yang Ke-2.

Dibuat sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.

Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas Nabi sebanyak 10 kali:

(Boleh dibaca salawat/tasbih dan doa semasa sujud terakhir sebelum memberi salam).


"Allahumma salli `wasallim a'laa saiyidinaa muhammadin wa`ala ali saiyidinaa muhammad"

Kemudian membaca Tasbih 10 kali: 


"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."

Kemudian Doa ini 10 kali: 


"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."

Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud.

3. Cara Solat Hajat yang Ke-3.

Sebelum solat, mengucapkan Astaghfirullahal'adzim seberapa banyak yang boleh untuk memohon keampunan dan keredaan daripada Allah SWT. Baca Al-Fatihah sekali dan hadiah pahalanya kepada Nabi besar SAW, seterusnya kepada sekalian roh sahabat-sahabat, keluarga-keluarga mereka, para-para tabi’in, wali Allah dan ulama as solihin serta kaum Muslimin dan Muslimat.

Kemudian baca Surah Yasin sebanyak 4 kali berturut-turut kemudian baca doa berikut:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Suci (Allah) yang melepaskan dari setiap hutang,Maha Suci (Allah) yang melegakan dari setiap kesedihan. Maha Suci (Allah) dimana urusanNya diantara Kaf dan Nun,Maha Suci (Allah) dimana apabila Dia berkehendak untuk membuat sesuatu, Dia akan berkata; jadi, maka iapun terjadi. Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri, rahmatilah penghulu kami Muhammad dan lakukanlah untukku (tunaikanlah hajat ini)…………sebutkan apa-apa hajat anda dan anda bangun untuk menunaikan solat hajat sebanyak dua rakaat seperti kaifiat solat hajat yang ke-2 tadi.

4. Cara Solat Hajat yang Ke-4

Dibuat sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahiim sebanyak 786 kali. Kemudian solat sebanyak 6 rakaat dan 3 salam berturut-turut. Pada setiap rakaat hendaklah membaca Al-Fatihah dan diiringi surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 15 kali seterusnya dibuat setiap-tiap rakaat.

Apabila selesai baca doa ini:

Ertinya:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Allah sesungguhnya aku meminta dan kelebihan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dari Mu dengan kebesaran nama Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dariMu dengan kemuliaan dan kekayaan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.Dan aku meminta dariMu dengan kehebatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan kehormatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan jabarut dan malakut dan kebesaran nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan keagungan, kekuatan dan kudrat nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, angkatlah qadarku, permudahkanlah urusanku,tutupilah kelemahanku dan cukupkanlah kefakirannku”


5. SOLAT HAJAT 12 RAKAAT

Wasallam.

Ditulis Oleh : Captain Hari: 12:26 PG Kategori:

Comments
50 Comments

50 ulasan anda:

  1. salam.
    terima kasih sbb postkan cara2 nak kerjakan solat hajat. saya dah pun lakukannya tadi.tapi saya ada sedikit kemusykilan.

    - dikatakan adalah afdal jika memakai pakaian putih. tadi saya memakai baju putih dan tuala putih saja kerana takde seluar berwarna putih. boleh ke macam tu?

    - selepas habis solat, saya telah membaca selawat, tasbih dan doa itu dalam keadaan duduk dan tidak bersujud seperti yang disuruh. adakah bermakna yang solat hajat saya itu tidak sah?

    - selepas selesai ketiga2nya, saya pun memohon hajat yang diingini dan selepas itu membaca pula doa pengasih (surah yasin ayat 36 dan surah yusuf ayat 4) dan menyeru nama orang yang dikasihi. masalahnya, saya masih tidak menghafal ayat2 tersebut dan telah merujuk kepada kertas yang telah dituliskan ayat2 berkenaan di dalam rumi. bolehkah ?

    diharap dapat jelaskan kemusykilan saya ni. terima kasih ya

    BalasPadam
  2. @Anonymous Asalkan kainnya putih... insyaAllah baik lagi afdal.

    Tuan solat hajat yg biasa dilakukan selalu oleh orang. Solat tsb tetap sah. Boleh baca selepas habis solat tetapi duduknya seperti dududk diantara dua sujud dan mengadap ke kiblat.

    Tidak mengapa membaca dari kertas. Asal tahu maknanya sekali dlm hati semasa membaca doa tsb.

    InsyaAllah buat lagi solat hajat ini banyak kali semuga Allah perkenankan hajat tuan.

    Selepas ini jika tuan nak lakukan solat hajat yang lebih sempurna. Lakukan pd 2/3 malam. Tidur dahulu.

    1. Bila bangun mandi taubat... niatnya: shj aku mandi taubat zahir dan batin kerana Allah taala. Simpan air yg belum digunakan, jika tak guna shower. Jangan gunakan air yg sudah termasuk air mandi yg lps.

    2. Lakukan solat taubat 2 rakaat.

    3. Lakukan solat Hajat.

    4. Akhir sekali lakukan solat Tahajjud dan penutup solat witir.
    Jika terdaya lakukan semua diatas..

    SEmuga tuan dirahmatiNya.

    Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2009/08/derma-amal-jariah-nusantara.html#ixzz1PCacyn61

    BalasPadam
  3. terima kasih kerana menjawab kemusykilan saya.

    -kena tidur dulu ke? sebab semalam saya melakukan solat hajat tu kira2 pukul 2.30 pagi dan selepas itu baru saya tidur.

    -dan pasal mandi tu, saya mandi biasa je, gunakan air dari baki mandi yang lepas.

    -saya tak lakukan solat taubat lagi , tuan. semalam pun solat hajat saya tak berapa nak khusyuk sebab saya tak biasa. terus terang bercakap, saya sebenarnya rasa agak.... takut dan tidak berapa khusyuk. lagipun, tanggungjawab selepas melakukan solat taubat ini agak besar, saya takut tak tertanggung pulak nanti.

    -jadi saya boleh lakukan semua solat ni sekali tanpa tidur dulu dan lepas tu bangun balik dan lakukan tahajjud?

    untuk pengetahuan tuan, saya juga sedang berpuasa dan ini adalah hari kedua saya menjalani ibadah tersebut. saya telah bercadang dan berniat untuk berpuasa selama tujuh hari dan tujuh malam untuk mendekatkan diri saya dgn allah dan semoga dosa2 saya diampunkan. selain dari itu, saya juga ingin mencari ketenangan jiwa dan juga beberapa jawapan kepada persoalan saya. oleh itu saya telah berniat sahaja aku puasa sunat esok hari kerana allah taala. bolehkah ini dikira sebagai puasa sunat ataupun adakah dia dikira sebagai puasa nazar?

    dan saya adalah seorang gadis, sebenarnya. saya telah banyak melakukan dosa dan ingin mendekatkan diri saya kepada tuhan. saya telah banyak melakukan dosa dgn lelaki yang namanya saya ingin seru itu. saya ingin berkahwin dgnnya, insyaAllah. biarlah dosa saya dgn lelaki itu menjadi dosa yang terakhir. saya mahu dia juga bertaubat dan menjadi seorang muslim yang sejati.

    justeru itu saya juga mengamalkan doa api nabi ibrahim "qulna yana rukuni bardan ala ibrahim" atas saranan ibu angkat saya. ayat ini disuruh baca dan dihembus ke mukanya apabila berjumpa. adakah ayat ini berkesan?

    BalasPadam
  4. @Anonymous Salam adik kerana kamu mungkin sebaya adik saya.. Tujuan tidur kerana nak dahulukan solat tahajjud. Solat tahajjud kena tidur dahulu walapun sekejap shj. Tapi tak apa jika belum tahu bagaimana nak lakukan solat tahajjud. Rajinx dtg buka dan baca caranya...isyaallah. Niat yg ada Allah tahu.

    Sebaiknya adik buat solat taubat dahulu. Usah fikirkan perkara yg lepas. Jangan diulangkan dosax yg lps. Sementara masih sempat lakukan solat taubat dahulu dan kemudian lakukan solat hajat. Allah itu Maha Pengampun kepada hambaNya yg ingin berubah ke arah yg baik dan diredhai. Jika kesilapan yg lalu kerana tersilap langkah, maka pohonkan keampunan darinya. Minta Allah tunjukkan jalan yg benar,minta tetapkan iman dan minta dijauhkan maksiat dari nafsu yg jahat.

    Solat hajat buat lagi dan perbaiki bacaannya dan hati yg khusyuk supaya Allah makbulkan hajat itu nanti.

    Doa api Nabi Ibrahim itu, bacalah selagi ia adalah ayat suci Allah swt. Kesan atau tidak berkesan itu hanya Allah yg tahu.

    Yang penting niat baik disertai dengan hati yg ikhlas dan ingin menjadi muslimah yg menurut perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

    Jazakallahu khairan..Semuga Allah swt memberi balasan baik kepada kamu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. sebaiknya buatlah solat taubat daahulu sebelum solat hajat..kerana bertaubat itu memudahkan doax kita dimakbul Allah swt..

      Padam
  5. ASSALAMMUALAIKUM.. saya tidak hafal dengan bacaan yang ada dalam solat hajat ni~ boleh kah saya bawa kertas? dan letakkannye di depan saya? boleh?

    BalasPadam
  6. @Anonymous salam..dibolehkan letak kertas yg dituliskan asal bacaannya betul.

    jazakallahu khairan.

    BalasPadam
  7. terima kasih~ syukran

    BalasPadam
  8. assalamuailkum....saya nak tanya,jika kita solat hajat dengan membca surah al kafirun sekali pada rakaat pertama,dan membaca surah al ikhlas sekali pada rakaat kedua,adakah ia dikira sah @tidak?minta penjelasan...

    BalasPadam
  9. salam tanpa Nama,

    Solat tu tetap sah, walaupun hanya membaca 1 surah al- kafirun, dan 1 surah al-ikhlas. Hanya hajat kita sahaja yg Allah nak makbulkan...semua urusanNya... Kita ikut apa yg di suruh baca.

    Biar lengkap bacaan kerana Allah swt suka mendengar bacaan hambaNya. Jika sedikit bacaan begitu juga hasilnya. Wallahualam.

    BalasPadam
  10. salam @Anonymous, macam mane kalau kte x jmpa org tu, xdpt la nak hembuskan ayat tu kat muka dye, kalau tgh call dlm tlefon bleh xguna kan ayat ni asalkan niat kta tu d tujukan kat dye..bleh x..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamu alaikum... ayat apa 2 yg d hembuskan ke muka? n maaf untuk apa 2?

      Padam
    2. Assalamu alaikum... ayat apa yg dihembuskan ke muka?... dan untuk apa 2?

      Padam
    3. Assalamu alaikum... ayat apa 2 yg d hembuskan ke muka? n maaf untuk apa 2?

      Padam
    4. salam,

      Rujuk tajuk yg mana..admin kurang pasti soalan kamu? harap beritahu bahagian mana?

      wslm

      Padam
  11. salam @Anonymous, saye nak tanye kalau ayat ni di baca tym calling bleh tak..sbb nye, ssah la nak jumpe..sb jauh..

    BalasPadam
  12. SALAM TANPA NAMA,

    Doa bacalah semasa lakukan solat hajat...insyaAllah sampailah doa-doa anda walaupun ia jauh.....kerana doa itu ibarat wireless connection dari hambaNya dengan Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui..

    wslm

    BalasPadam
  13. salam..
    saya selalu buat dgn bacaan rakaat pertama surah alkafirun 7x..dan rakaat yg ke2 surah ikhlas 7x..dan pada sujud yg terakhir baru saya berhajat tetapi saya tidak ada membacakan doa2 tertentu sblm berhajat..adakah solat hajat saya sah?

    terima kasih

    BalasPadam
  14. salam Tanpa Nama,

    Pada sujud terakhir, selalunya yang dibaca
    1. Doa Mohon kebaikan Didunia dan di akhirat..Rabbana atina.
    2. Tasbih..subhanallah, Walhamdulillah....
    3. Hajat yang dimohon.

    Sah solat. Sebaiknya biar baca yg telah diberikan..mogax diberkati dan dimakbul solat hajat tuan.

    wslm.

    BalasPadam
  15. boleh tak bace surah lain selain surah alkafirun dan surah ikhlas

    BalasPadam
  16. @Tanpa NamaSalam,

    Sebaikxnya hafalkan Surah Kafirun untuk solat Hajat..

    Jika tidak baca Surah Alam Nasroh 15x...ikut CARA SOLAT HAJAT KE 4.

    wslm.

    BalasPadam
  17. asalamualaikum..sy blajar solat hajat dr buku pnduan solat2 sunat, terbitan hidayah klu xsilap.caranya rakaat 1,surah alfatihah n ayat kursi 7x, rakaat 2, surah alfatihah n al-ikhlas 11x...dlm sujud akhir zikir "laa illa ha illa anta, subhanaka inni kuntu minnal zolimin" 40x n barula bhajat dlm hati (masih sujud)..slepas slm barula bdoa...betul ke kaedah sy buat solat hajat ni??

    BalasPadam
  18. @Tanpa Nama Salam,

    Solat hajat boleh dibuat dlm 22 cara solat hajat. Yang anda baca dari Al-Hidayah itu pun boleh dilakukan.

    Cara yang captain catatkan yang kebiasaan dilakukan oleh kita dan pelajarx sekolah.

    Boleh baca doa Nabi Yunus a.s dlm sujud terakhir bersama tasbih dan mohon hajat yang diminta.

    Ataupun selepas habis salam, baca doa Nabi yunus, tasbih dan mohon hajat.

    Mana-mana satu pun boleh.

    wslm

    BalasPadam
  19. terima kasih captain. sy da terbiasa dgn cara ni, insyaAllah.Allah maha Mengetahui niat hamba2Nya..

    BalasPadam
  20. @Tanpa Nama Terima kasih maklumbalas..insyaAllah nnt ada masa captain buat N3 22 Cara solat hajat...

    wslm.

    BalasPadam
  21. Oh bila hendak melakukan sebarang solat, wajib mandi?.jadi sebelum ini, solat sy terbatal ker?.samada solat wajib, solat hajat, solat tobat?.kalau sy bekerja bagaimana?.kiranya, lepas abis waktu bekerja, solat sprt maghrib, isya', subuh, harus mandi sblm solat?.

    BalasPadam
  22. @Tanpa NamaSalam,

    Dalam melaksanakan solat wajib termasuklah solat hajat..sebaiknya mandi utk kebersihan diri dari kekotoran dan pakai pakaian yg bersih sebelum mengadap Allah SWT..

    Kebersihan itu separuh daripada iman..

    wslm.

    BalasPadam
  23. Bagaimana pula jika kita bersolat hajat secara berkumpulan (seperti berjamaah) tetapi niatnya dgn niat seorang diri, bukan berjamaah tetapi makmum masih berpandu pada orang yg di hadapan (imam), yakni tidak mendahului imam. Ini kerana ada nas mengatakan solat hajat ni hanya utk berseorangan bukan berjamaah. Ada pula sesetengah pendapat mengatakan tidak sah dilakukan cara sedemikian, perlu berjamaah jika dilakukan secara berkumpulan (imam niat imam, makmum niat makmum)....

    BalasPadam
  24. @ee_zamm salam,

    Dari Abdillah bin Aufa Al-aslamiy katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi wasallam keluar (menemui kami) dan berkata:
    “Sesiapa yang ada sebarang hajat kepada Allah atau kepada seseorang di kalangan makhluk–Nya (manusia) maka hendaklah dia berwudhu'
    dan solat dua rakaat kemudian dia berkata (berdoa):
    Tiada Ilah melainkan Allah yang bersifat Al-Halim dan Al-Karim, maha suci Allah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung,
    Segala puji bagi Allah Rabb seluruh alam, Ya Allah! Aku memohon kepada engkau wajiblah ku mendapat rahmat-Mu,
    kemestian memperolehi keampunan-Mu, kaya dengan segala kebajikan, selamat sejahtera dari sebarang dosa,
    aku memohon kepada-Mu agar tidak engkau biarkan bagiku sebarang dosa melainkan diampunkan,
    tiada kedukaan melainkan dilepaskannya (dariku), tiada sebarang hajat demi redha-Mu melainkan engkau tunaikannya bagiku",

    kemudian mintalah kepada Allah dari sebarang urusan dunia dan akhirat apa yang dia kehendaki, maka sesungguhnya Dia (Allah) yang menentukan.

    Sembahyang sunat yang sunat dilakukan secara berjemaah ada tujuh iaitu sembahyang dua hari raya (raya puasa dan raya haji), sembahyang gerhana matahari dan bulan, sembahyang minta hujan, dan sembahyang tarawih”… sembahyang sunat witir selepas tarawih adalah disunatkan berjemaah.

    Ia bukan sunnah nabi bila dilakukan berjemaah walaupun niatnya sendirian.

    Tapi dari pertanyaan tuan, sekiranya dilakukan berjemaah..kesimpulannya solat hajat berjemaah yang diamalkan di Malaysia pada hari ini secara berjemaah adalah bidaah dhalalah yang tercela pada syarak kerana tidak berhukum dengan hukum Allah S.W.T

    wslm.

    BalasPadam
  25. salam..sy just nak berkongsi..sy ade terbaca yg dimana doa Nabi Yunus itu hendaklah di baca diluar solat iaitu sujud selepas salam kerana ianya potongan ayat Al-quran kerana ada larangan membaca ayat quran di dalam sujud semasa dalam sembahyang.

    Dari Ali bin Abi Thalib katanya “Aku dilarang Rasulullah s.a.w. membaca Quran dalam rukuk dan sujud (Riwayat Muslim)

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama Rasulullah SAW bersabda:


    "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah dikala ia sujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakaan doa didalamnya."

    Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk di amalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

    "Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanafaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar".

    wslm

    BalasPadam
  27. salam,
    kalau tak baca doa tu ketika sujud boleh atau tidak?

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum.....cara solat hajat yang ke 2 tu...lepas beri salam kita sujud semula dan baca selawat keatas Nabi sebanyak 10 kali, Kemudian membaca Tasbih 10 kali dan terakhir baca di 10 kali. Lepas tu kita bangun dari sujud...adakah kita terus melakukan tahiyat akhir dan memberi salam?

    BalasPadam
  29. Tanpa Nama Salam, Cara solat ke 2, selepas bagi salam terus sujud dan baca ayatx tsb. Dan mintalah hajatnya yg dikhendaki.

    Solat hajat biasa dilakukan di sekolah utk exam PMR/SPM ada yg baca semasa sujud terakir sebelum bagi salam.

    Tetapi cara solat hajat ke 2..selepas habis tahiyyat dan bagi salam..dan terus sujud dan baca ayat-ayat yg berwarna birukan..

    wslm.

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum,

    nak tnya solat suna wajib baca doa iftitah ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam,

      Doa iftitah adalah sunat sahaja dlm solat wajib atau dalam solat sunat. Tapi adalah baiknya kita baca mendapat pahala. Lagipun kita berhajat sesuatu dengan-Nya.

      wslm.

      Padam
  31. Salam.. bolehkah kita tunaikan solat sunat hajat ini tetapi tidak menunaikan solat tahajud atau solat-solat sunat yg lain sebelumnya? sekian ~syukran =)

    BalasPadam
  32. Apakah harus tdor trlbh dahulu mau mlakukan slat hajat.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam,

      Yg tidur dahulu iaitu utk solat Tahajjud, solat hajat lakukan selepas solat tahajjud adalah baik juga.

      Padam
  33. assalam ,

    Ingin bertanya pada kemusykilan saya.

    1. Boleh kah solat hajat dilaksanakan selepas Solat Duha.
    2. Apakah betul aturan solat saya dimana saya mulai dengan Solat Tahajud, Solat Taubat, Solat Hajat dan diakhiri dengan Solat Witir (satu rokaat)

    Sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam,

      Dari Abi Hurairah r.a:

      Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang dari mengerjakan solat selepas asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas subuh sehingga terbit matahari.[hadis riwayat Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Abu Dawud,Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad.

      Selepas solat Dhuha boleh lakukan solat hajat.

      Aturan solat itu dah betul selepas tidur bangun utk tahajud dahulu. Taubat sebelum solat hajat itu yg betul kerana sebelum memulakan memohon sesuatu dari Allah swt kena bertaubat baru permintaan kita tidak terhalang. Sebelum berdoa banyakx salawat dan penutup doa pun kena salawat juga. Penutup dgn solat witir.

      Jazakallahu khairan.

      Padam
  34. Salam...sy selalu buat solat hajat selepas bacaan yassin...lepas tu sy buat solat hajat dgn rakaat pertama baca alfatehah n surah al kafirun atau ayat qursi...rakaat kedua dgn surah alikhlas...semasa sujud terakhir iaitu sebelum tahiyat akhir,sy baca tasbih asyhadulallah ilah ha illah subhana kuntum minal zalimi 7 kali atau 41 kali...lepas tu berhajat...bangun dan selepas itu duduk tahayat akhir...kemudian selepas salam sy berwirid...bagaimana solat sy ye tuan??

    BalasPadam
  35. Salam...sy selalu buat solat hajat dimana rakaat pertama n kedua mcm solat biasa tp dgn surah2 yg dicadangkan cuma masa sujud terakhir sebelun tahiyat akhir sy baca tasbih asyhadullah ilahaillah anta subhana ka inni kuntum minal zalimin...7 kali atau 41 kali...kemudian berhajat...kemudian baru baca tahiyat akhir dan seterus nya salam...mcmana ye tuan...lepas tu sy berwirid....dan berdoa lagi....

    BalasPadam
  36. salam lindaran,

    Adalah lebih afdal nak sesuatu hajat dari Allah SWT perbanyakkan bacaan seperti dicatatan dalam SOLAT HAJAT KE-2.

    Baca Surah Al- Kafirun 10x pada rakaat pertama selepas Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas 10x pada rakaat kedua,

    Baca:

    1. Shalawat Nabi 10x,
    2. Tasbih 10x
    3. Doa Kebahagiaan dunia akhirat 10x

    semasa sujud sebelum tahiyat akhir atau sujud semula selepas memberi salam.

    wasallam.

    BalasPadam
  37. Terimakasih.sangat2 membantu.mohon copy ya.

    BalasPadam
  38. Terimakasih .sangat2 membantu.mohon copy ya.

    BalasPadam

E-CERPEN

E-CERPEN

JOM TERJAH IKLAN

IKLAN BERBAYAR

FEEDJIT

.


get this

,

Free Page Rank Tool My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free free search engine submission BLOGGER INDONESIA