141++ DOA-DOA PILIHAN DIJADIKAN BUKU.

23 Ogos 2009

Home » » 10 ORANG YANG SOLATNYA TIDAK DITERIMA ALLAH

10 ORANG YANG SOLATNYA TIDAK DITERIMA ALLAH

Captain | 10:50 PM |


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: “10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2, Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5, Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah / menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah s.w.t dan jauh dari Allah s.w.t.”

6 ulasan anda:

  1. Bismillah...

    Aku fikir nak tambah satu lagi. Iaitu sesiapa yang mempercayai horoskop atau bintang 12.

    Dalilnya - Sabda Rasulullah "Sesiapa yang datang kepada dukun
    kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat
    orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

    Dan Surah Al-Nahl ayat 105.

    BalasPadam
  2. Salam Saudara Ku Muhammad,

    Terima kaseh, perkara yg baik patut diberitahu kpd saudara kita yang lain supaya kita tidak mengulangi perkara-perkara yang syirik dan khurafat.wslm

    BalasPadam
  3. assalamualaikum,

    nak tanya sikit, boleh? macam mana kalau org tu tak pakai tudung tapi still solat? diterima ke tak tu?

    BalasPadam
  4. @Anonymous Dari Sabda Rasulullah SAW. 10 org yg solat tidak diterima Allah SWT dan diantaranya....orang perempuan yg tidak tutup auratnya.

    Yang ini dari hadis Nabi SAW. Tak boleh nak komen sebabnya datang hadis ini dari Nabi SAW.

    Definasi aurat Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

    “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

    Soal ibadahnya diterima ke tidak tu Hanya Allah sahaja yang tahu kita tidak boleh mengatakan ia atau pun tidak...siapa kita untuk menimbangnya.. hanya Allah sahaja yang layak memiliki sifat ini


    Persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:

    30."Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

    31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." sehingga akhir terjemahan ayat ini.

    Wallahualam.

    BalasPadam
  5. sy nk tye.. adakah doa sy akn di terima oleh allah sdgkn sblum nie sy dh byk wat dosa.. sy kini dlm proses utk brubah n sntiasa bdoa supaya allah bukak kn pintu hati untuk mgenal erti islam sbnr and mbri ptunjuk.. adakah doa sy ni di dengar oleh allah.?

    BalasPadam
  6. @akied Dosa byk mana pun Allah swt ampunkan kecuali dosa sesama manusia. Dengan manusia kena minta ampun dahulu baru Allah ampunkan.

    Jika ada kesedaran begini nescaya Allah swt sudah buka pintu hati kamu.. Lakukan solat sunat taubat segera bila dah timbul keinsafan.

    Byk beristighfar dan baca doa keampunan yg ada di sidebar blog ini.

    wasallam.

    BalasPadam

Terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi memberi komen. Komenlah secara berhemah dan janganlah beri komen yang negatif. Komen-komen sebegitu tidak akan dilayan oleh penulis blog ini.

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat, maka salin dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang lain. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.

Resepirahsiaku.com is powered by Blogger © All Rights Reserved